Monday 27 November 2017

Rasa: Give up?

Rasa nak gelak 😆
Rasa nak ketawa 😆
Rasa nak nangis dalam tawa 🤣

Kadang giveup
Kadang bersemangat tahap dewa
Kadang ignore
Kadang tak peduli langsung

Dan bila melihat sudah tak dapat dibendung, turn back and do it again..

Jika rasa giveup itu ada
Jika rasa malas nak ulang ulang itu ada
Jika ahhh lantak lah nak jadi apa sekalipun..

Jika mahu ceritakan penat letih lelah boring anda...

Saya masih ada banyak berkali ganda untuk diceritakan

Adakah saya akan berputus harap?

Tidak!

Kerana saya yakin dan percaya, di dalam setiap diri manusia itu ada bintang untuk menyinar
Ada berlian yang sedang dibentuk dilebur sedang kesakitan untuk dia lebih kemilau satu hari nanti..

Kadang, saya bertanya diri sendiri.. adakah saya terlampau laju menjejak bintang?
Atau hanya angan angan mat jenin yang hanya akan sedar bila jatuh tersungkur mencium tanah?

Sesungguhnya bila kita berkata begitu dan begitu, ujian itu akan hadir untuk mengatakan ya laluilah ujian ini untuk mengiakan apa yang telah kamu kata, kamu janji dan tanpa sedar kamu telah bersetuju tentangnya..

#ingatandirisendiri
#muhasabah



Life is great!

LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...