Friday 26 January 2018

Jalan-Jalan: The Pines Hotel, Melaka 13 - 14 January 2018

Melaka
13,14 January 2018

First trip jalan jalan di tahun 2018. 

Lamanya baru nak tulis di sini. Inipun sebab nak padam gambar 



Gambar asal boleh



Sebelum check in, berhenti makan asam pedas kat OPegoh. Orang paling happy berjalan itu budak kecil



Check in di malam hari



Pagi buffet breakfast, Adam dan Amni yang dah tak selera nak makan, sebab nak mandi swimming pool


 
Budak mudah ke mana mana ni, makan makanan orang tua ja dia nak



Time for swimming, dan airnya sangat sejuk membeku.. makanya tak tahan depa swim sekejap ja dan main 



Terima kasih dayang dayang meneman



Penat swimming dah hahaha



Sambung tidur lepas swimming



Masa untuk pulang sudah

Itulah aktiviti ke Melaka
Bermalam kat hotel, jam 2petang keluar lepastu pergi cari makan





Akhirnya dapatlah juga merasa kuih keria antarabangsa. Terima kasih Cik yang tolong beratur panjang untuk dapatkan keria ini. Boleh lah hahaha. Dan list goes on makanan lain yang tak sempat nak ambil gambar duk berkuntau dengan anak anak. 

Nak datang melaka lagi? Sudah tentu walau kadang tak tahu nak tuju ke mana. Pastinya tetap akan datang lagi..

Next trip? 

Semoga terus direzekikan untuk terus berjalan jauh sedar diri



LiyaNurli Salleh

Thursday 11 January 2018

The Greatest Showman : 10/1/2018

Semalam, Rabu 10.1.18

Pergi tengok wayang. Sendirian sorang sorang pergi tengok wayang. Terima kasih ada yang nak jaga Azri. Adam Amni sekolah dan mama pergi lah sendirian berhad.

Depa beria, pergilah tengok, jangan risau kami jaga Azri. Hoho terima kasih daun keladi, nanti jaga lagi yaa. Nikmat tuhan yang tak dapat dinafikan lagi. Dikurniakan orang terdekat yang saling membantu. 

Jam 2.30petang pergi One City. lewat 15minit tetapi masih boleh follow lagi ceritanya. Dan menangis sendirian. 

Disaat semua orang tak boleh menerima diri kita, yang penting kita yang terima diri kita first
Disaat segalanya lebur, itulah hakikat yang sebenarnya

Mata terbuka belum tentu sedar
Mata tertutup belum tentu buta

Dan kita memang terlalu asyik dengan mimpi yang disangka realiti, dan realiti adalah mimpi.. hanya bila segalanya lebur hancur kosong.. masa itulah mana yang benar 

Dan bila mana orang mengatakan benar, belum tentu ia benar
Dan bila orang mengatakan itu salah, belum tentu ia salah

Dan terpulang kepada kita sendiri mahu mencorak hidup bagaimana
Bagaimana mahu pilih hidup dalam perancangan atau hidup bebas tanpa judgement 

Bebaskanlah diri dari penjara diri sendiri 



Mahu jadi apa?
Jadilah apa sahaja, pakailah segala topeng yang mahu dipakai.. kerana dipengakhirannya hanya kita yang bertanggungjawab kepada diri sendiri..

Pergilah tengok dan belajarlah. Semoga mendapat sesuatu



LiyaNurli Salleh
Yang masih lagi mencari makna kehidupan
1.39pm
11.11.2018

Wednesday 10 January 2018

Hidup di landasan sendiri

Usah terlalu membandingkan diri dengan orang lain

Dia lebih itu, aku kurang ini
Patutnya aku begitu begini

Semua dia lebih, itu dia dapat ini dia dapat.. sehingga lupa dengan nikmat yang telah diberi Tuhan kepada kita

Sehingga lupa seberapa banyak sudah Dia beri

Berjalan ditrack sendiri
Fokus kepada perkembangan diri sendiri

Terlalu fokus kepada orang lain, hanya membantut kemajuan diri sendiri

Untuk menjadi hamba bersyukur, sentiasa bersyukur betapa banyaknya nikmat yang telah dinikmati..

Impian tetap ada
Cita cita tetap ada
tetapi usah terlalu larut sehingga memudaratkan diri sendiri

Semua yang berlaku dan bakal berlaku telah ada aturanNya

Rezeki, tepat masanya, tibalah ia

Terima kasih Ya Allah.. untuk semua ingatan yang hadir..

#ingatandirisendiri
#ertihidup


LiyaNurli Salleh

Monday 1 January 2018

1.1.2018 , Selamat Tahun Baru 2018

Gambar passport pada tarikh 1.1.2018, Isnin






Apa azam tahun baru? Honestly as a person im just living moment to moment dan tak suka stress sendiri. looks like seperti orang tiada pegangan. Tetapi itu hanya pandangan manusia kepada manusia lain sahaja. Apa pandangan orang pun, apa pandangan diri sendiri kepada diri sendiri?


As a business person, kenalah bawa diri sebagai orang bisnes dan sudah tentu ada target yang mahu dicapai. Masih lagi berkira kira nak jadi apa. Sama ada mahu terus berubah menjadi diktator atau tetap juga give and take. Just give the chance and lets growth together


Sebagai ibu? just follow the flow walau at this moment rasa mahu jadi mak yang tegas dan diktator juga.. tapi soalnya betul ke anak anak akan jadi “orang” ? atau mungkin sedikit firm dan bagi depa rasa susah banyak. Nampak seperti senang sangat kan, apa yang nak semua mak layan ja.. lepas ni kita main tarik tali je lah.. As a human, moga lebih sayang diri sendiri more than orang lain, walau kononnya pay yourself first, tapi tetap juga nak menggembirakan orang lain dulu. Tahun 2018, jadi lebih firm dengan diri sendiri dan sayang diri sendiri dulu. Cukuplah jadi baik sangat walau sedar kena buli dan orang ambil kesempatan jaa


Walau pelik bunyinya azam ini, its okay.. masa untuk menikmati kedamaian dan hidup diri sendiri. Kelihatan seperti kejam tetapi mungkin masanya telah tiba... Berjalan dengan menikmati setiap kejadian dengan penuh kesedaran.. banyak yang boleh dipelajari dan disedari.. Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang hanya dapat disedari bila hidup dengan penuh kesedaran



Enjoy every moment


Semoga terus berbahagia 



LiyaNurli Salleh

8.17pm

1st day 2018

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...