Thursday 11 January 2018

The Greatest Showman : 10/1/2018

Semalam, Rabu 10.1.18

Pergi tengok wayang. Sendirian sorang sorang pergi tengok wayang. Terima kasih ada yang nak jaga Azri. Adam Amni sekolah dan mama pergi lah sendirian berhad.

Depa beria, pergilah tengok, jangan risau kami jaga Azri. Hoho terima kasih daun keladi, nanti jaga lagi yaa. Nikmat tuhan yang tak dapat dinafikan lagi. Dikurniakan orang terdekat yang saling membantu. 

Jam 2.30petang pergi One City. lewat 15minit tetapi masih boleh follow lagi ceritanya. Dan menangis sendirian. 

Disaat semua orang tak boleh menerima diri kita, yang penting kita yang terima diri kita first
Disaat segalanya lebur, itulah hakikat yang sebenarnya

Mata terbuka belum tentu sedar
Mata tertutup belum tentu buta

Dan kita memang terlalu asyik dengan mimpi yang disangka realiti, dan realiti adalah mimpi.. hanya bila segalanya lebur hancur kosong.. masa itulah mana yang benar 

Dan bila mana orang mengatakan benar, belum tentu ia benar
Dan bila orang mengatakan itu salah, belum tentu ia salah

Dan terpulang kepada kita sendiri mahu mencorak hidup bagaimana
Bagaimana mahu pilih hidup dalam perancangan atau hidup bebas tanpa judgement 

Bebaskanlah diri dari penjara diri sendiri 



Mahu jadi apa?
Jadilah apa sahaja, pakailah segala topeng yang mahu dipakai.. kerana dipengakhirannya hanya kita yang bertanggungjawab kepada diri sendiri..

Pergilah tengok dan belajarlah. Semoga mendapat sesuatu



LiyaNurli Salleh
Yang masih lagi mencari makna kehidupan
1.39pm
11.11.2018

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...