Tuesday 8 May 2018

Selamat Mengundi PRU 14

Siapa yang balik kampung untuk mengundi? Selamat balik kampung dan berhati hati semasa memandu

Kepada yang memandu jauh, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan tiptop. 

Ini tips saya kongsi dari Team LAAWRI WORKSHOP




LAAWRI WORKSHOP standby 24jam untuk breakdown servis. Jika nampak lori rosak, boleh minta depa call hotline 012-4038335 untuk bantuan lanjut.

Semasa memandu, jika mahu berhenti ataupun mahu masuk ke kanan atau kiri jalan, sila bagi petunjuk signal supaya kenderaan dari depan atau belakang tahu ke mana kita mahu pergi. Mungkin dengan tindakan kecil kita ini boleh menyelamatkan banyak nyawa. 

Selamat pulang ke tempat mengundi masing masing. Have a safe journey.



🚚🚚🚚 LAAWRI WORKSHOP adalah bengkel
lori yang terletak di Shah Alam, Selangor. Boleh refer website www.laawriworkshop.com.my





Jom balik mengundi!

LiyaNurli Salleh




Monday 7 May 2018

Pilihan Raya ke 14, PRU 14

Salam

Setelah lama menghilang, tetiba tajuk kemain Pilihanraya ke 14

Tahun 2018, melalui PRU ke 14, kali ini sedikit sedar berada di musim pilihan raya. Bukan mahu menulis atau berkempen tentang sila undi siapa. Sebagai rakyat Malaysia, hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih pucuk pimpinan untuk terus membangunkan negara dan yang paling penting menjaga kebajikan rakyat jelata. Sebagai pemimpin, siapa yang patut berkorban terlebih dahulu sebenarnya?

Ceritanya, mama sudah bising supaya semua balik mengundi. Tunaikan kewajipan kepada agama bangsa dan negara.
Mama yang terlebih risau dan mama yang terlebih fikir bila kelihatan seperti anak anak taknak balik mengundi.

Sejujurnya saya berusaha balik untuk menggembirakan hati mama, dan seterusnya untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Bak kata mama: nak menjawab nanti bila ditanya kenapa tak mengundi? Dan bila mengundi pun ditanya juga.. kenapa undi si polan sipolan itu? apa justifikasinya? banyak persoalannya kan. 

Apapun yang dipilih, janganlah kerana berbeza sokongan, jadi bergaduh pula. 

Sama samalah kita meraikan apa pilihan setiap manusia itu.. Usah bergaduh kerana parti. 

Meriah dan juga menjadi sumber rezeki bertambah tambah kepada yang terlibat. 

Selamat berjuang kepada yang menjadi calon.

Selamat berjuang kepada pengundi pengundi yang bijaksana.

Semoga yang menang, terus mendahulukan kebajikan rakyat dan bukannya hanya mengenyangkan perut sendiri terlebih dahulu.




Rezeki orang bisnes printing. Car Sticker Magnet dari Jom Printing. Ambil kesempatan menjual lah kan?




Sokong siapa? Ada lagi satu sticker Keadilan yang belum siap. Seperti lalang pula kan? semua sticker ada ditampalnya. Kami nak jual sticker magnet sebenarnya. 

Bila dah habis musim pilihanraya ni, boleh buat sticker lain pula. Nak buat sticker logo sendiri pun boleh. Jadinya bila tampal di kereta, boleh buka dengan mudah tanpa risau kesan sticker melekat.



😎😎😎 Semoga terus rajin menulis di blog ini


Salam kasih sayang

Liyanurli Salleh
1609pm, Isnin




#liyanurlisalleh
#pru14

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...