Monday 27 November 2017

Rasa: Give up?

Rasa nak gelak 😆
Rasa nak ketawa 😆
Rasa nak nangis dalam tawa 🤣

Kadang giveup
Kadang bersemangat tahap dewa
Kadang ignore
Kadang tak peduli langsung

Dan bila melihat sudah tak dapat dibendung, turn back and do it again..

Jika rasa giveup itu ada
Jika rasa malas nak ulang ulang itu ada
Jika ahhh lantak lah nak jadi apa sekalipun..

Jika mahu ceritakan penat letih lelah boring anda...

Saya masih ada banyak berkali ganda untuk diceritakan

Adakah saya akan berputus harap?

Tidak!

Kerana saya yakin dan percaya, di dalam setiap diri manusia itu ada bintang untuk menyinar
Ada berlian yang sedang dibentuk dilebur sedang kesakitan untuk dia lebih kemilau satu hari nanti..

Kadang, saya bertanya diri sendiri.. adakah saya terlampau laju menjejak bintang?
Atau hanya angan angan mat jenin yang hanya akan sedar bila jatuh tersungkur mencium tanah?

Sesungguhnya bila kita berkata begitu dan begitu, ujian itu akan hadir untuk mengatakan ya laluilah ujian ini untuk mengiakan apa yang telah kamu kata, kamu janji dan tanpa sedar kamu telah bersetuju tentangnya..

#ingatandirisendiri
#muhasabah



Life is great!

LiyaNurli Salleh

Wednesday 22 November 2017

Journey A’s : Hari Ihtifal Genius Aulad, Amni 6tahun

12 November 2017, Ahad

Hari ini Amni “konvo” dari Genius Aulad, Putra Height. Kali ni dia pakai jubah, hat dan semua lah sebab 6tahun kan. Amni mula sekolah kat GAPH dari umur 4tahun hinggalah umur 6tahun.

Walau on off pergi school, sebenarnya bukan isu Amni tetapi isu mak abah dia yang kadang terbabas tidur sehinggalah lambat depa nak pergi sekolah. Itu kadang walau lewat macam mana pun, tetap hantar depa ke sekolah.

Tahun 2017 ni, Amni minta nak tidur kat sekolah. Maksud dia sebenarnya nak fullday kat school. Dia seronok ada kawan kawan kot, dan masa tengahhari semua wajib tidur sebelum memulakan kelas petang pula. Layan je lah asalkan Amni gembira. 

Tahun depan 2018, Amni dah masuk darjah 1. Itupun dia dah tak sabar dah tu. Semoga mudah ke sekolah sehingga ke puncak jaya ya Amni. 


Tak jelas gambarnya, mama ambil dari jauh je


Dia yang paling kenit tu 


Buat persembahan, penutup Amni cakap: That’s all from 6 Istanbul... waah bangga mama tau 


Selepas habis event.. seronok dia

liyanurlisalleh
Mama dan Abang Adam support Amni tauu.. Kaklong jaga baby Azri kat rumah, sebab Abah outstation, jadinya tak bawa Azri. Sebab dari jam 1pm sehingga 5.30pm.. risau kan Azri nangis bila lama lama. 

Nasib baik tak bawa Azri. Sebab dalam dewan pun panas, tak terasa sangat aircond. 

Sesuatu untuk diingati: Temanya: Children See, Children Do

Tahniah Amni berjaya menghabiskan fasa preschool. Next Fasa sekolah rendah pula ya. Semoga Amni terus happy dan bahagia sentiasa.

Mama sayang Amni banyak banyak tauu



Lots of love

LiyaNurli Salleh
12.14am
22/11/17, Rabu

Sunday 19 November 2017

Jalan-Jalan: Ancasa Residences, Port Dickson 18-19November 2017


Haa tajuk dia. Sengaja tulis tempat kami stay untuk rekod bila tengok balik berapa banyak tempat sudah kami pergi berjalan. Tak bersyukur juga tak tau lah. Bukan maksud bila tak jalan jalan tu tak rasa syukur, tetapi syukur sebab diberi nikmat untuk cuti cuti dan jalan jalan dengan anak anak dan mungkin satu masa dah boleh berjalan tinggal anak anak pula. Mungkin boleh setahun sekali berjalan sendirian, me time kononnya. Tapikan nanti bila anak anak dah besar, barulah tahu sunyi kena tinggal kan. Jujurnya memang tak sampai hati jika tak bawa anak anak jalan bersama. Tak taulah perasaan mak mak kot ya hahha. 


Jadinya back trip to Port Dickson ni last minute plan ja sebenarnya. Sebab taknak melepek je kat rumah, jomlah kita jalan jalan.

Bila nak booking last minute, bookinglah bilik apa yang ada ja. 


Jam 3pm gerak dari Shah Alam, ke Beranang ambil Angah dan terus ke PD. Jam 6.30pm sampai PD, check in dan keluar makan. Makan apa yang nampak kat tepi jalan je. Sebab masing masing dah penat. Habis makan, pergi cari KFC nak beli mash potato untuk Azri, dan terus balik ke Apartment.







Yang paling seronok, Adam dan Amni lah. Berulang kali cakap terima kasih mama. Tak sangka kitaorang boleh datang hotel ada swimming pool lagi.. hahahhadoi.. Padahal setiap hari atau weekend berjalan juga tu. Dan lepas itu tidurlah. 




Book apartment 2 bilik.. simple je biliknya. Bolehlah sekadar untuk tidur kan





Lena Azri tidur, nasib baik boleh tidur di mana mana saja ini baby




19 November 17, Ahad


Pagi dah bangun, jam 8pagi breakfast lepastu terus pergi ke pantai. Pantai kat belakang Ancasa ini je. Jalan kaki keluar ikut pintu pagar yang depa sediakan. Tahan 2jam je main air pantai. 












Lepastu Adam Amni dah bising nak mandi swimming pool. Memang niat nak bagi depa happy je kan, layan je lah.







Naik mandi swimming pool, Jam 11.30am naik bilik dah. Dah penat hahahaha. Mak Pak yang penat sebenarnya ni. 


Jam 1petang check out. Sekian kisah jalan jalan ke Port Dickson yang hanya nak main air pantai je. Nanti ada rezeki datang lagi.




Orang lain semua tidur, Azri layan diri sorang sorang, sambil tengok cerita baby bos sambil membebel. Dalam perjalanan pulang dan semua keletihan. Hanya Azri dan driver lah yang bertahan hahahha. Azri dah tidur tadi sebelum check out. 



Terima kasih Ya Tuhan, untuk semuanya.




Note: Adam 7yo, Amni 6yo, Azri 11bulan, Journey A4 6bulan




Lots of Love


LiyaNurli Salleh

19/11/2017

Ahad

8.36PM



Saturday 11 November 2017

Journey LS: 11.11.2017

11 November 2017

Hari ini termeterai satu kolaborasi baru dengan sahabat bisnes untuk JV in new bisnes venture. Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan selaju aliran sungai yang terus mengalir laju dan tenang

Semoga kerjasama ini terus menambah nilai manusia lain dan untuk kesenangan orang orang terdekat dengan kami di masa sekarang dan hadapan. 

Untuk ber JV dalam bisnes, ia bukan perkara yang mudah kerana memerlukan kepercayaan yang tinggi, transparent di antara kedua dua pihak, ketelusan dan kejujuran.

Saya berjanji dengan diri sendiri, jika ada rasa tak puashati, terus maklumkan dan kita mencari jalan penyelesaian sehingga selesai. Jika mahu bergaduh, bertekak tentang isu bisnes sekalipun, teruskan sehingga puashati dan menemui titik selesai. Dah habis selesai, kita berkawan balik seperti biasa seperti tiada badai dan terus fokus dengan matlamat dan apa mahu kita diawalnya. Alang alang menyeluk pekasam, buat biar sampai kebabom makan tak habis mengalir rezeki melimpah ruah kepada semua yang memerlukannya. Kan seronok untuk kegembiraan semua alam raya.

Alang alang mahu berimpian, bermimpilah terus yang besar besar dan kita berjalan menuju ke arah situ... walau berat langkah sekalipun, kita tetap jalan sehingga berjaya. Semoga JV ini membuahkan hasil lumayan dan mengeratkan lagi silaturrahim kami. 

Aturan yang terbaik dari Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Memberi Maha Pengasih dan Penyanyang. 

Note to myself as a reminder, dalam masa 1tahun, pada tarikh akan datang, di manakah kami..

Terima kasih Ya Allah.. 




LiyaNurli Salleh
11.11.2017
Sabtu
2pm

Saturday 4 November 2017

Journey A’s: Azri 11bulan today

4 November 2017, Sabtu


Hari ini Azri dah 11bulan. Happy 11mo baby shark! budak baik dan sangat mendengar cakap ni. Hari ni Azri tak berapa sihat. Batuk kadang kadang dan selesema on off. Mungkin proses nak meringankan badan untuk dapat akal baru. Orang cakap budak nak berubah bulan. Tak tau nak percaya ke tak, tapi apapun nak sebab kan. Sebenarnya just enjoy the moment je lah.

Azri 11bulan, laju merangkak, gigi tumbuh 2batang belah atas, gigi kapak besar hahaha, terror memanjat dan terror turun katil dah. Sekarang dia duduk kat rumah dengan kaklong masa mama abah keluar. Kadang rasa kesian dengan Azri sebab masa dia banyak dengan kaklong than mama. Huhu mama looks like pemalas nak jaga anak anak.. mama melayan keletihan dan nak bersendirian.. bukan tak sayang anak.. mestilah sayang oii.. anak kita.. still makesure makan minum mereka cukup, selagi boleh tunaikan apa depa nak makan, mama usahakan.. bab makanan no kompromi.. tetapi bab mainan mengikut keadaan sahaja boleh hahaha. Tak tahulah pengaruh hormon ke apa. Mama dalam #journeyA4 huhu. Azri 11bulan, and mama pregnant again 6months dah ni.. Pregnancy untuk Azri dan babyA4 ini sepertinya memakan tenaga yang lebih dan kesihatan yang huru hara. Bukan merungut dan menyalahkan mereka, tetapi nak share how penat, sakit sakit dan kesihatan yang sangat teruk pada saya. Mungkin sebab dah berumur hahaha. Pedulilah orang cakap manja sangat pun huhu.

Eh melalut dah, back to birthday boy ke 11bulan, semoga Azri terus sihat dan gembira yaa. Apa jadi sekalipun, mama sayang Azri, abang adam, kakak Amni dan adik baby. Kasih sayang mama sama jaa semua untuk anak anak. Selagi daya tetap akan menjaga kamu semua.

11bulan, Azri lebih suka makan makanan orang dewasa berbanding bubur dan biskut baby beliau. Hmm.. suka makan sudah tentu lah sebab dia aktif bergerak kan. Suka jalan jalan, dan waktu dia bangun qiammullail dari baby 1hari sehingga sekarang belum lagi berakhir. Mula jam 2pagi dia akan bangun setiap 1jam sehinggalah jam 6pagi. Dan jam 8pagi dia terus segar bugar. Nanti jam 10pagi baru dia akan tidur lama huhu. Itu kadang mama jadi panda dan huru hara penat tak cukup tidur ditambah dengan sakit badan sendiri. Kadang Azri tidur ja dengan abahnya. masa tu tidur lena lah mama. Tapi mak, lena macam mana sangat kan? tetap berjaga jaga kot abahnya tak sedar Azri nangis nak susu ke apa. Hahahah mak mak betul kan!

Apalagi cerita tentang Azri? nanti kita sambung lain kali bila mama sempat tulis ya wahai anakku sayang.

Again! selamat menikmati umur 11bulan sayangku Azri



Jom kita makan kek ya baby boy


Sebenarnya Abang Adam dan Kakak Amni yang nak makan kek, Azri menumpang tuah ajelah ya. Merasalah Azri makan cheese cake huhu


And pumpkin soup untuk Azri.. yummy lah yaa




Salam kasih sayang

LiyaNurliSalleh
11:09pm

Friday 3 November 2017

Berdua dengan Adam Danial

3 November 2017, Jumaat

Hari ini Adam balik sekolah jam 12.30tengahhari. Abah dia pergi ambil dan bawa masuk workshop. Suruh balik dengan mama lah tu. 

Adam, bila dengan mama beranilah dia minta apa yang dia nak. Kali ni ajak pergi Giant, nak repair jam. Bawalah ke Giant walaupun mama mata dah mengantuk sangat ni. Bagu layanan uncle chinese man itu melayan Adam. Kos repair jam Rm5. Dan lupa nak candid gambar Adam dan uncle. Dari semalam lagi sebenarnya Adam minta tolong mamanya pergi repair. Siap letak dalam zipper bag bersama duit Rm10, dan siap dia masukkan dalam handbag mama lagi. Dan mama penat nak ke Giant.. balik rumah marah dan menangis lah Adam sebab jam belum repair. And today settle, tuan punya badan pergi buat sendiri.

Dan tadi dalam kereta, Adam cakap: Thank you mama.. bawa Adam repair jam. Alahaii cair lah pula sweet sangat ni hahahaah. Mak mak begitulah kan bila anak pandai menghargai walau hanya say thank you.

Lepas siap repair jam, makan dan balik rumah. Mama nak balik tidur yaa anak anak. Okeh cerita di kemudian hari. 

Happy moment today dengan Abang Adam yang penuh kasih sayang. 




Budak baik. Kata kata tu doa kan. 7years old


Kadang bagus bila keluar berdua sahaja. Lepasni keluar dengan kakak Amni pula. Jika dia tengok ini nanti adalah ayat ayat cinta yang keluar tu.



Salam kasih sayang
LiyaNurli Salleh

Apa solusinya?

Bila ada masalah,

Contoh tiba tiba ada masalah A,

Dan setiap hari kita ulang tentang masalah A
Hari ini tentang masalah A...
Esok cerita tentang masalah A lagi...
Lusa pun cerita tentang masalah A lagi...
Dan hari seterusnya..

Soalnya bila kita ulang benda pernyataan yang sama adalah untuk apa?
Untuk dapatkan perhatian?
Untuk dapat penyelesaian
Atau supaya orang lain yang mendengar tolong selesaikan?

Cuba duduk diam dan tanya diri sendiri, apa solusi yang boleh dibuat?
Apa jalan alternatif yang ada?
Apa yang aku boleh buat untuk selesaikan masalah ini? 

Kan lebih baik, dari duk ulang ulang benda sama dan stresskan diri sendiri je..

Lepastu stress
Lepastu nak marah marah orang lain.. 

Jika hidup ini semudah itu..
Nak itu dapat
Nak ini dapat
Susah sikit terus ada yang tolong
Lapar sikit terus ada yang suap

Sampai bila? Gunalah kuasa luarbiasa yang ada dalam diri kita itu... Sayang di simpan kejap kerana hanya mahu selesa sahaja.

Orang cakap, zon yang paling senang membunuh adalah Zon Selesa



Terus berjuang
Peace ✌🏻✌🏻✌🏻



LiyaNurli Salleh

Wednesday 1 November 2017

Bila mahu mencuba, cuba aja

Mencuba untuk update blog dari telefon. Kita cuba jaya ajalah ya. Kadang bila duduk sendirian dan berfikir mahu buat apa, rasa mahu menulis, rasa mahu membuatnya sendiri... tetapi hanya rasa semata mata

Hadir suara halus, senang sangat dah hidup hang ni... hehehe syukur alhamdulillah atas kurniaanNya.. Doakan rezeki kami sentiasa melimpah ruah dan tetap mengalir dengan melimpahnya. Boleh kami sama sama menikmati dengan mereka yang mahu bersama kami.

Saya sedang memikir mahu menambah pendapatan melalui online bisnes. Mungkin melalui blog ini, disamping saya mencatat momen momen indah untuk dikenang. Azam saya mahu mencatat sebanyak mungkin kenangan yang gembira agar hanya yang baik baik sahaja untuk dikenang sehingga mati. Dan bila hadir apa dugaan sekalipun, ia menjadi satu pembangkit semangat untuk mengingatkan... apalah sangat dugaan yang hadir ini jika mahu dibandingkan nikmat yang melimpah telah Allah bagi. Banyak nikmat dan kelazatan dunia yang telah Dia beri.. Masih belum mahu bersyukurkah? Masih mahu membanding-banding kan? Kenapa dia ada itu? Kenapa aku tiada ini? Sehingga bila? Tanpa sedar banyak sudah yang telah kita lalui dengan tawa.. dan kadang airmata susah sempit itu wajib dilalui agar menjadikan aku hamba yang tahu apa itu nikmat dan apa itu syukur. 

Alamak! melalut ke arah lain sudah. Begitulah bila rasa mahu menulis itu hadir. Hanya menulis untuk kepuasan diri sendiri dan again akan dibaca semula apa yang ditulis seperti membebel kepada diri sendiri. Ingatan kepada diri sendiri agar terus berada di bumi yang nyata. Haaa ingat! ini yang kamu tulis kan? Dah pandai tulis, buat! barulah walk the talk namanya.. 

Oh tentang blog ini sebenarnya, saya hanya menulis, tetapi urusan susunatur apa apa kerja teknikal ada penulis upahan yang membuatnya. Sehinggalah beliau sudah tidak mahu mengambil fee nya lagi, kerana katanya saya tidak banyak entry yang ditulis. Baik sungguh beliau kan. Jika mahu ghostwriter @ penulis upahan blog,  boleh emel saya untuk saya perkenalkan kepada beliau. Insyaallah berpuashati dengan servis beliau yang sangat teliti dan ocd! ooppss termengata pula... bagus hasil kerjanya sehingga kadang saya pun tidak terjangkau boleh menjadi seperti beliau. 

Padahal dulu dulu pada tahun 2009, update blog pun sendiri jaa.. Amboi! sangat sekarang ni semua nak senang jaa kan. Cerita tahun 2009 nanti saya tulis semula jika ingat hahahaha. Masa itu gigih update blog untuk jual buku novel terpakai. Lepas tu sekarang boleh pula banyak alasan nak update blog kan? Hmmm itulah manusia yang nak juga diketuk baru sedar diri.. ( ketuk diri saya sendiri yaaa ) 

Ini saja test update dari telefon. Boleh menulis sambil baring starfish kat atas katil. Sambil membetulkan tulang belakang. Dan jujurnya saat ini sangat letih dan penat, tetapi tak boleh lena. Dengan masa yang suntuk, dengan kesihatan kadang ok, kadang kelaut, banyak perkara yang belum selesai sebelum babyA4 keluar. Penat dan letih bersebab sebenarnya.

Entah jika dijudge hanya merungut, its okay... kerana saya hanya mahu menulis di laman sendiri. Mahu membuang segala yang sesak difikiran. Nak kata stress tidak. Nak pergi bercuti lah.. tapi nak ke mana? Yang tidak memenatkan hahahha.. 

Orait... sekian bebelan saat ini.. kan nanti melalut lagi panjang.

Yang gigih membaca atau terbaca posting ini, semoga terus bahagia dan maju jaya.

Salam penuh kasih sayang

LiyaNurli Salleh
9.54malam
1 November 2017, Rabu

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...