Thursday 14 June 2018

Tenggelam Timbul

Ramadhan terakhir 2018, semoga dipanjangkan umur bertemu Ramadhan akan datang


Ia akan berlalu pergi.. dan hadir lagi nanti.. hidup pun begitulah, kadang baik baik saja, kadang seperti roller coaster

Sama juga dengan hidup sesama manusia, hargai dengan sebaiknya semasa ada, nanti bila dah tiada terkenang kenang pula. Sakit yang paling tersakiti bilamana rindu kepada yang telah tiada.. nak dipegang tidak boleh, nak dirasa sudah tiada.. hanya merasai mengenang segala layar dan kenangan yang masih ada diingatan.. pergi yang sudah tidak kembali lagi. Berpisah dari dunia nyata

Yang berjauhan, sekurang kurangnya masih ada harapan akan bertemu lagi.. jika dipanjangkan umur.. jika tiada? entah adakah penyesalan atau hanya kenangan yang baik baik sahaja diingati.. Rindu kepada yang masih ada dan mungkin hidup kerana adanya harapan

Hargailah orang yang ada di depan mata kita, saat ini.. jika mahu sayang, sayang aja
mahu cium? cium aja
mahu peluk? peluk aja
kerana kita tidak tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita.. atau adakah kita dahulu yang akan pergi terlebih dahulu..

Zaman sekarang, dengan telefon canggih, rajin rajinlah memgambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Hanya dari sekeping gambar, banyak momen berbicara.. banyak kenangan yang tersimpan dan mungkin satu masa nanti berguna untuk ditunjuk kepada pewaris akan datang

Ini atuk
Ini nenek
Ini acu
Ini maknik
Ini paksu
Ini pakngah
Ini ayahchik
Ini atok we
Ini tok abah dan seterusnya... dengan gambar semuanya boleh dikenang kembali

Jika mahu diingat kembali hanya dari fikiran, mungkin agak payah dan sekali pakej pelupa ini.. hmmm

Saya? walau ada bunyi bunyi asyik ambil gambar jaa.. saya hanya senyum.. kerana saya tidak mahu lupa dengan segala kenangan indah yang berlaku saat ini.. untuk dijadikan penguat di masa akan datang

Insyaallah a good memory, segala kenangan indah, segala momen gembira penuh kasih sayang, penuh penyatuan mampu untuk melenyapkan segala rasa benci, rasa dendam rasa sakit hanya dengan kasih sayang dan cinta. Semoga segala kenangan indah bisa menjadi pengikat kasih sayang seluruh umat manusia..

Jom loading momen indah ke tahap infiniti penuh cinta kasih


Salam kasih sayang.. semoga yang sedang derita merasai sedikit getaran cinta kasih dari kami


Bila mahu menulis.. semoga terus rajin bercerita



Lots of love

Liyanurli Salleh
14 Jun 2018


The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...