Saturday 23 December 2017

Jalan-Jalan: Rumah Empat Musim, Taman Botani Shah Alam

23 December 2017, Sabtu

Hari tu balik kampung, datang ke Shah Alam Adam Baihaqi ikut sama balik Shah Alam.

Amni dah excited mengatur tentatif nak bawa AdamB jalan jalan. Bila musim cuti sekolah, pastilah kat mana mana tempat pun penuh sesak.

2hari tak berjalan, duduk kat rumah ja.. Makanya hari ini keluarlah bawa depa berjalan.

Keluar pergi makan dulu, lepastu terus ke Taman Botani Shah Alam.

Tempatnya sangat luas, nak tahu detail boleh google info nya.

Memang fokus nak pergi Rumah 4 musim tu untuk rasa musim sejuk itu. Amni duk cakap nak salji, nak salji. 



Beratur beli tiket dahulu.
Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam Rm3 untuk dewasa, Rm1 untuk kanak kanak



Tiket masuk Rumah Empat Musim Rm5 dewasa, Rm3 untuk umur 4-11tahun. 



Rumah Empat Musim ini dia ikut bulan. Setiap bulan akan berubah musimnya. Sekarang musim sejuk sehingga Februari 2018 rasanya, lepas tu musim lain pula



Sebab nak tunggu bas orang sangat ramai, makanya kami buat keputusan untuk berjalan sahaja sambil melihat scenery dan boleh stop melihat taman taman yang ada. Ingatkan 1.6km itu terus sampai, rupanya bukan hahahaha.. memang betul betul exercise lah hari ini.. tapi seronok lah sebab cuaca redup kan



Sampai tempatnya, kena menunggu lagi mengikut turn kerana orang sangat ramai. Tunggu ajelah demi anak anak kan. Dahlah dah jalan jauh hahaha



Di dalam Rumah Musim Sejuk.. memang sejuklah.. tengok depa mulut ternganga tu keluarkan asap. Bolehlah sebelum sampai ke luar negara ya 



Semoga ia menjadikan memori yang menggembirakan untuk AdamB, Adam dan Amni. Azri belum ingat kot. Tetapi tempat sejuk seronoklah Azri. Behave jer beliau



Ini dah beratur nak keluar dah. Rupanya setiap orang diberi masa 8minit je untuk berada di dalam Rumah Empat Musim ini. Boleh lah sempat rasa menggigil juga. Itu masing masing nganga nak keluarkan asap lah tu



Keluar dari Rumah Empat Musim, Abah A’s cakap kita jalan balik juga.. dekat jaa ni.. hahaha memang dia nak kami exercise lah ni. So kita tengok ajelah bas yang lalu lalang itu



Banyak aktiviti yang boleh buat di sini. Ini depa lalu jambatan gantung. Sebab mama tak larat dah nak jalan, ambil gambat dari jauh je lah



Lalu di kawasan sawah padi, ini dah nak sampai pintu keluar  dah ni. Cantik kawasannya boleh buat fotoshoot ni



Kat dalam Taman tu banyak kiosk yang menjual makanan dan jajan. Jadinya standby lah duit untuk membeli. Kanak kanak kan apa nak aiskrim lah nak jajan lah dahaga dan sewaktu dengannya. 

Boleh datang lagi. Boleh melawat Taman Haiwan pula. Ada juga ATV, aktiviti memanah dan banyak lagi.
Boleh berjalan sambil exercise menambah stamina. Seronok walau penat.

Semoga semua bergembira hari ini



Mak yang sangat gembira bila anak anak gembira

LiyaNurli Salleh
10.05pm
23/12/17

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...