Tuesday 20 June 2017

Find out!

You have to keep asking yourself this, over and over again, 
"What is reality?
"What is consciousness?"
"What am I doing here?" 

Find out.
Spend periods in the silence, where you observe your breath, where you watch your thoughts, do this as often as you can. Never react to the world no matter what it shows you. Dive deep within the Self.
—Sri Robert Adams

Thursday 15 June 2017

POV: Betul ke dengan kereta besar mudah closed project?

Tahu kenapa kita berbisnes

Bila orang cakap, bila ada kereta besar, senang nak closed project.
Bila guna kereta kecil, orang nak pandang pun tak pandang langsung sebelah mata.
Cuba bawa BMW ke, turun dari kereta jaa terus orang senyum siap sambut lagi.


Betul ke?

Dulu pertama kali saya dapat projek, hanya ada kereta Wira Aerobak (betul ke ejaan ni?)
Kereta itulah yang enjin lori 3 tan pun kami angkut masuk dalam kereta tu.


Masa saya jumpa Madam untuk minta contract repair time tu, dia tak tanya pun saya guna kereta apa. Cumanya dia tahu saya ada pengalaman dalam urusan dan selok belok lori dan workshop.

Projek ke-2, kami masih lagi dengan kereta Wira. Dan dalam proses membeli pick up masa tu. Dah kesian sangat kat kereta Wira segala benda dah diangkut. Belum juga guna kereta besar dan projek closed, dengan izin Allah, Alhamdulillah.

Sejauh mana kebenaran, guna kereta besar mudah closed projek?

Betulkanlah mindset, orang menerima servis kita sebab apa?
Jika kita betul tak bagus, kena fikir berapa lama pelanggan akan bertahan dengan kita?
Jika servis kita betul, sampaikanlah dengan betul apa yang kita buat.


Orang yang betul-betul berbisnes, dia tidak akan membuat judgement dari apa jenis kereta yang kita guna, tetapi apa yang kita boleh bagi kepada mereka.

Jangan buang duit nak beli kereta besar sebab nak tunjuk kat orang kita orang ada-ada, tapi bulan bulan tersepit sentiasa mahu membayar. Mulalah berbisnes dengan cara yang betul.

Bila niat beli kereta besar dengan niat nak menunjuk kat orang, sampai bila agaknya boleh tahan? Bisnes entah ke mana, kereta entah ke mana nanti.

Dulu, bila orang cakap kami seperti setinggan, senyum jaaa lah. Sakit hati tetapi bergaduh tak menyelesaikan masalah pun... jalan ja lah.. dari setinggan dah bertinggan-tinggan dah. Yakinlah dengan rezekiNya.

Kisah seperti setinggan ni rasanya ada saya share dalam buku Aku Lori Dan LAAWRI WORKSHOP. Bermula dengan apa yang ada.

Nak cerita tentang STARTUP adalah sangat panjang, kena tulis di entry lain.

Cumanya bila ada yang bertanya tentang betul ke dengan menunjuk kita ada kereta besar mudah nak closed bisnes? Saya kurang bersetuju.

Pernah masa buat MLM saya juga diajar sebegitu. Dan resultnya ia tak bertahan lama. Bisnesman yang baik dia akan ajar macam mana cara kita nak generate income lebih baik, lebih banyak dan dari pelbagai sumber.

Bila yang mengajar hanya tahu suruh berbelanja, suruh beli itu ini hanya untuk kelihatan mewah dan bergaya, tak mengajar untuk membina aset, berhati hatilah. Beringat-ingatlah untuk masa depan yang lebih baik.

Ini hanya pandangan dan sedikit pengalaman saya ja.

Jumpa lagi.
LiyaNurli Salleh

Kisah Azri: Demam yang panjang

Azri 5 bulan ++ kena demam yang paling lama sepanjang umurnya. Macamlah umur Azri dah bertahun tahun kan.
Ada dalam note haritu monitor progress Azri. Setiap hari ke Hospital Umra untuk monitor Azri.
Kena sedut gas untuk cairkan kahak, tambah dengan eczemanya yang teruk masa itu. Jadinya sebab dah ada dalam Note, kita tampallah di sini sebagai kenangan dan ingatan ya.
Alhamdulillah sekarang Azri dah sihat dan membesar dengan jayanya. Dah makan pun sebab dah 6 bulan dah kan.


Just throwback!
Azri Progress:

27/5/17 (Jumaat) Demam

28/5/17 (Sabtu)
7pm pergi UMRA
7.15 38'c
- supp voren
- basahkan kain
- 37.2'c

7.40pm
- jumpa doktor
- check 
- nebulizer ventolin + normal saline
- dapat ubat demam , batuk + antibiotik

9.45pm
- antibiotik day 1
- next 4am antibiotik 5days

11.15pm
- makan ubat demam 2.5ml
- next 4am ubat demam


28/5/17
6am 
- ubat demam 2.5ml next 10am
- antibiotik day2 2.5ml next 6pm

11.40am
- ubat demam 2.5ml next 4pm
- antibiotik 2.5ml next 6pm
- susu 3oz

1.40pm - tidur
4pm 
- ubat demam 2.5ml next 8pm
6pm
- antibiotik 2.5ml day2

8pm
- ubat demam 2.5ml next 12am
- next


29/5/17
- antibiotik day 3


30/5/17
- antibiotik day 4


31/5/17
-antibiotik day 5







Selepas urut barulah azri sihat dan aktif sepenuhnya. Lepas ni jika Azri demam dan lepas baik dan tak aktif juga, makanya kena urut supaya urat uratnya kembali segar dan bertenaga.

Sebenarnya sama ja Adam Amni Azri, peelnya jika demam, lepas urut terus sihat aktif dan ceria. (Haaa bakal menantu dah tahu rahsianya kan ðŸ˜‰ )

Monday 12 June 2017

Kisah Buku 2: Aku Lori dan LAAWRI WORKSHOP

Angan-angan nak menulis buku dah lama, tetapi tak serius menulis. Akhirnya bila ada writingcamp Malaysia, saya join camp tersebut supaya saya "dipaksa" menulis untuk merealisasikan impian ini.

Untuk menulis, kita boleh menulis dalam pelbagai genre buku. Mungkin teknikal, atau novel atau motivasi ataupun fiksyen. Diri sendiri yang kena tetapkan mahu menulis tentang apa. Kali ini saya hanya mahu menulis tentang perjalanan saya sehingga saya boleh buka Workshop Lori. Dan sehingga posting ini ditulis, saya masih lagi bersama LAAWRI WORKSHOP. Dan semoga di hari mendatang pun saya tetap bersama -sama membangun bersama LAAWRI WORKSHOP.

Saya membuat keputusan untuk join Writingcamp Malaysia pada 16 17 dan 18 December 2016.

Sebelum Writingcamp bermula di Bangi, kelas menulis online telah bermula 2minggu sebelumnya. Semasa di kelas online, kami mendapat guidence dari Pak Agung Webe untuk buat apa dan langkah seterusnya.

Setiap hari kami diminta untuk menulis di Facebook untuk biasakan diri menulis. Menulis apa sahaja yang mahu ditulis bila idea itu sedang mencurah-curah.


Di Facebook sebenarnya kita boleh menulis panjang-panjang apa sahaja idea yang terlintas untuk ditulis. Dan letaklah hashtag bank tulisan. Kerana mungkin dari bank tulisan ini boleh membantu kita mengembangkan idea yang telah ada.

Kali ini mungkin mudah bagi saya, kerana saya hanya menceritakan semula perjalanan saya membina bisnes dan bagaimana saya boleh terjun ke bidang ini.

Walau kadang datang bunyi bunyi kecil, adakah orang nak baca cerita aku ini?
Adakah orang mahu beli buku aku ini?


Akhirnya saya tetap juga kuatkan azam mahu menulis, sebabnya jika ia tidak bermanfaat untuk orang lain, sekurang kurangnya ia bermanfaat untuk saya.


Sebagai kenangan dan pencapaian diri saya sendiri.
Sehingga jumpa lagi di kisah penghasilan buku ini.

"Untuk bangkit, ia bukan dari sesiapa, tetapi dari dalam diri kita sendiri... cuma mungkin sebagai penyebab, jika dia boleh, aku pun pasti boleh!"

Liyanurli Salleh

Sunday 11 June 2017

Aktiviti Saya: Kadang kadang memasak

Bila saya ditanya bagaimana saya menguruskan kehidupan saya? Sebagai bisnes person, sebagai ibu sebagai anak dan juga kehidupan rumahtangga.

Hidup saya hanya seperti manusia normal yang lain juga. Cumanya saya tidak sesempurna surirumahtangga yang lain.

Kadang saya memasak, kadang tidak langsung. Datang rasa nak memasak, macam macam hidangan saya masak. Datang angin malas masak, mula lah search mana tempat mahu makan.

Rasanya duit saya banyak habis kepada makan. Rasa nak makan apa, pergi cari, jika tak tahan sangat dah, walau jauh pun tetap juga saya pergi.

Alhamdulillah sehingga hari ini anak anak membesar dengan sihat. Walau saya masak kadang kadang ja, saya tetap memastikan mereka tidak kelaparan. Zalim sangat bunyinya kan sebab malas masak, anak anak kelaparan.

Malas masak, jomm kita makan kat luar. Apa orang nak kata terpulanglah kepada depa, yang penting kami semua kenyang perut senang hati.

Amni biasanya akan request tempat makan ada aircond ðŸ˜‚😂😂
Amni: Mama! kita makan tempat sejuk ke? Dalam ke luar? Adik suka makan kat dalam, sejuk.
Di umur 6 tahun, demand kemain. ðŸ˜…
Adam: Ma, takyah masak lah, kita makan kat luar jaa.. Nanti mama penat.

Alahai sweetnya abang Adam yang tahun 2017 umurnya 7tahun. Yang selalu huru hara nak ke sekolah.

Baby Azri? Bulan Jun2017, baru cukup 6bulan, dan mamanya gigih membuat puri untuknya. Carrot Brokoli dan bubur nasi at this moment. Akan datang tak tau lagi. ðŸ˜‰
Tetapi bila datang boring makan kat luar, depa akan berbunyi juga.. mama masak pleasee sambil buat muka comel. Demi anak anak maka bertabahlah mama masak.

Haha tak rasa beban pun masak sebenarnya bila mereka makan sehingga habis. Puas. Tetapi hidup ada turun naiknya kan.
Amni suka masakan jenis sup, sebijik ikut abahnya
Adam suka sambal pedas, ayam goreng pedas masak kari.. tapi kadang depa redha jaa apa mama masak. Bila lapar makan.

Inilah kisah saya. Kadang masak, kadang tak.
Masak pun terapi juga kan. Cumanya kadang kurang rajin bab nak mengemas dan cuci segala perkakas hahahha.







Sampai jumpa lagi.
Liyanurli Salleh

Wednesday 7 June 2017

Jalan-Jalan: Trip Ke Dua ke Pulau Redang

(12, 13 & 14 May 2017)

Again ke Pulau Redang!

Kali ini bawa 2nd Team LAAWRI WORKSHOP. Bulan April 2017 hari tu join half Team juga. Jadi to be fair, kenalah juga bawa yang mana belum sampai. ( Alasan sebenarnya sebab kali ini pergi tak bawa baby Azri)


Kali ni bawa Family Chief Mechanic, Abang Mie. Kami sekeluarga dan juga Abang Mie sekeluarga. Pergi juga sama sama dengan Family Fina. Seronok lah anak anak ada kawan-kawan.

Kali ini pergi stay kat Delima Redang Resort pula. Sebenarnya segala arrangement diuruskan oleh Fina, sahabat saya. Kawan bisnes juga. Bos Jom Printing. Seronoklah saya sebab tak perlu nak fikir apa, hanya bayar uwangnya aja.

Percutian 3hari 2Malam yang memang penuh dengan aktiviti.

Snorkelling 3kali rasanya. Dan kali ini saya menjadi lebih berani untuk berada di dalam Laut setelah didorong oleh Fina. Hmmm dah berani, taknak naiklah pula. Nasib baik Adam dan Amni pandai bawa diri.

Tengok penyu sewa 1 bot.
Lepas tu pergi mencandat sotong. Cerita ini saya share kat entry lain pula ya. Panjang boleh share tentang ini.

Semuanya baik baik saja. Bila melihat semua bergembira, itulah kepuasan bagi saya.
Semoga ada lagi rezeki untuk percutian seterusnya.





























Tuesday 6 June 2017

Ramadhan 2017

27 May 2017, Hari Ramadhan pertama.
Selamat menyambut bulan Ramadhan
Bulan semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa.


Di Facebook, saya bertanya:
Kenapa anda berpuasa?


Janganlah bagi jawapan seperti dalam buku. Seiring dengan peningkatan usia, pastinya kesedaran tentang kenapa kita diwajibkan berpuasa pastinya sudah lain. Dan ia pastinya tidak menjadi beban lagi.

Nikmati dan jalani ibadah puasa dengan penuh nikmat dan kesedaran. Di dalam pada menahan makan minum, menahan dari perkara perkara yang membatalkan puasa, mungkin ada ingatan desiran halus dari jiwa menyampai sesuatu.

Jika tidak mampu mengawal hawa nafsu, maka berpuasalah!
Dengan berpuasa, dengan perut yang kosong rupanya mampu menundukkan hawa nafsu.
Jika masih ada lagi kemarahan, 
Jika masih ada lagi busuk hati
Jika masih ada lagi rasa ego diri
Jika masih ada lagi syak wasangka


Ada perkara yang wajib diperhati
Adakah dengan puasa ini menundukkan ego diri, atau masih sama?
Adakah sepenuhnya kita menikmati puasa ini?
Apakah ia mengubah sesuatu kepada bertambah baik?
Kerana dikala perut yang kekosongan, minda yang keletihan pastinya ada ingatan dariNya yang sedang disampaikan.


Kerana semakin 'no mind' semakin hampir kita dengan hal azali dari jiwa.. Bahasa jiwa yang selalu terbiar sepi dek fikiran yang sibuk merancang segalanya. Sedangkan semuanya telah teratur dengan sempurna tepat masanya.. akan indah pada akhirnya.

Selamat menjalani ibadah puasa.. Selamat bercinta denganNya.
Salam Ramadhan
6/6/17

LiyaNurli Salleh

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...