27 May 2017, Hari Ramadhan pertama.
Selamat menyambut bulan Ramadhan
Bulan semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa.
Di Facebook, saya bertanya:
Kenapa anda berpuasa?
Janganlah bagi jawapan seperti dalam buku. Seiring dengan peningkatan usia, pastinya kesedaran tentang kenapa kita diwajibkan berpuasa pastinya sudah lain. Dan ia pastinya tidak menjadi beban lagi.
Nikmati dan jalani ibadah puasa dengan penuh nikmat dan kesedaran. Di dalam pada menahan makan minum, menahan dari perkara perkara yang membatalkan puasa, mungkin ada ingatan desiran halus dari jiwa menyampai sesuatu.
Jika tidak mampu mengawal hawa nafsu, maka berpuasalah!
Dengan berpuasa, dengan perut yang kosong rupanya mampu menundukkan hawa nafsu.
Jika masih ada lagi kemarahan,
Jika masih ada lagi busuk hati
Jika masih ada lagi rasa ego diri
Jika masih ada lagi syak wasangka
Ada perkara yang wajib diperhati
Adakah dengan puasa ini menundukkan ego diri, atau masih sama?
Adakah sepenuhnya kita menikmati puasa ini?
Apakah ia mengubah sesuatu kepada bertambah baik?
Kerana dikala perut yang kekosongan, minda yang keletihan pastinya ada ingatan dariNya yang sedang disampaikan.
Kerana semakin 'no mind' semakin hampir kita dengan hal azali dari jiwa.. Bahasa jiwa yang selalu terbiar sepi dek fikiran yang sibuk merancang segalanya. Sedangkan semuanya telah teratur dengan sempurna tepat masanya.. akan indah pada akhirnya.
Selamat menjalani ibadah puasa.. Selamat bercinta denganNya.
Salam Ramadhan
6/6/17
LiyaNurli Salleh
No comments:
Post a Comment