Monday 12 June 2017

Kisah Buku 2: Aku Lori dan LAAWRI WORKSHOP

Angan-angan nak menulis buku dah lama, tetapi tak serius menulis. Akhirnya bila ada writingcamp Malaysia, saya join camp tersebut supaya saya "dipaksa" menulis untuk merealisasikan impian ini.

Untuk menulis, kita boleh menulis dalam pelbagai genre buku. Mungkin teknikal, atau novel atau motivasi ataupun fiksyen. Diri sendiri yang kena tetapkan mahu menulis tentang apa. Kali ini saya hanya mahu menulis tentang perjalanan saya sehingga saya boleh buka Workshop Lori. Dan sehingga posting ini ditulis, saya masih lagi bersama LAAWRI WORKSHOP. Dan semoga di hari mendatang pun saya tetap bersama -sama membangun bersama LAAWRI WORKSHOP.

Saya membuat keputusan untuk join Writingcamp Malaysia pada 16 17 dan 18 December 2016.

Sebelum Writingcamp bermula di Bangi, kelas menulis online telah bermula 2minggu sebelumnya. Semasa di kelas online, kami mendapat guidence dari Pak Agung Webe untuk buat apa dan langkah seterusnya.

Setiap hari kami diminta untuk menulis di Facebook untuk biasakan diri menulis. Menulis apa sahaja yang mahu ditulis bila idea itu sedang mencurah-curah.


Di Facebook sebenarnya kita boleh menulis panjang-panjang apa sahaja idea yang terlintas untuk ditulis. Dan letaklah hashtag bank tulisan. Kerana mungkin dari bank tulisan ini boleh membantu kita mengembangkan idea yang telah ada.

Kali ini mungkin mudah bagi saya, kerana saya hanya menceritakan semula perjalanan saya membina bisnes dan bagaimana saya boleh terjun ke bidang ini.

Walau kadang datang bunyi bunyi kecil, adakah orang nak baca cerita aku ini?
Adakah orang mahu beli buku aku ini?


Akhirnya saya tetap juga kuatkan azam mahu menulis, sebabnya jika ia tidak bermanfaat untuk orang lain, sekurang kurangnya ia bermanfaat untuk saya.


Sebagai kenangan dan pencapaian diri saya sendiri.
Sehingga jumpa lagi di kisah penghasilan buku ini.

"Untuk bangkit, ia bukan dari sesiapa, tetapi dari dalam diri kita sendiri... cuma mungkin sebagai penyebab, jika dia boleh, aku pun pasti boleh!"

Liyanurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...