Friday 26 May 2017

Kisah Buku 1 : Aku Lori Dan Laawri Workshop

Sebenarnya lama dah berangan nak tulis buku. Tetapi tak tahu nak tulis tentang apa. Kenapa nak tulis buku? Entah.. sebab rasa nak tulis dan seronok rasanya bila ada buku hasil tulisan sendiri.

Sebelum nak menulis buku, banyak yang saya fikir. Nak tulis tentang apa, ada orang nak baca ke? Nak jual kat siapa? Ada orang nak beli ke? Banyak yang difikirkan. Semuanya fikir tentang apa orang kata nanti.

Sehinggalah saya bertemu dengan Pak Agung Webe. Seorang yang sangat cool dan tenang-tenang aja. Mahu tulis? "Tulis ajalah" katanya.

Saya mula ada keberanian untuk fokus menulis bila beliau berkata sebegitu sahaja. Akhirnya saya daftar untuk join Writing Camp Malaysia, menulis sehingga jadi buku dalam masa 3 hari sahaja.


Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baikkan. Tarikh untuk writingcamp itu saya dalam pantang rupanya. Semasa kelas online bermula, saya dalam menunggu hari untuk melahirkan anakanda Azri. Kali ini keinginan untuk menulis buku sangat kuat.

Mahu menulis tentang perjalanan saya membina bisnes LAAWRI WORKSHOP sangat kuat kali ini. Kerana saya semakin lupa bagaimana saya bermula dahulu. Bagaimana penat dan perihnya permulaan dahulu. Bagaimana gigihnya kami berhempas pulas untuk membina sebuah bisnes untuk sentiasa kekal ada sehingga hari ini.


Bila orang tanya bagaimana bermula? Bagaimana boleh terjun ke dunia bisnes ini? Bila lama kelamaan saya makin lupa dan menjawab sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh seperti pada awalnya dahulu. Mungkin kerana bila makin lama saya makin selesa dan perlahan-lahan mahu melupakan segala keperitan yang dilalui pada awalnya, membuatkan saya semakin melupakannya.

Sayang jika dilupakan terus bagaimana kami bermula dahulu. Sayang jika sejarah itu tidak dicatat. Kerana ia merupakan satu kenangan yang sangat indah untuk diingati, ingatan bagaimana gigihnya saya untuk terus berjuang meneruskan kehidupan dan ingatan agar saya terus ingat di mana saya bermula.


Disaat kita tiada apa-apa, tiada fungsi yang tinggi, tiada kedudukan di atas, di saat semua tidak memandang, siapalah saya. Dan semua ini wajib dicatat, untuk ingatan dan pengubat rasa. Pengubat hati. Hidup ini ada kitarannya kan.

Andai satu masa nanti saya berasa lelah, buku ini sebagai ingatan agar saya sedar saya pernah kuat, saya pernah gigih, saya pernah berusaha sedaya mungkin.. Dan jika perlu sekali lagi saya berbuat sebegitu, kenapa mahu rasa susah? Saya pasti akan bangkit kembali dan menjalani hidup ini dengan senyum-senyum aja.

Sampai ketemu lagi tentang kisah saya menulis tentang buku Aku Lori dan LAAWRI WORKSHOP.
Terus Bangkit dan Berjuang!

Liyanurli Salleh

Wednesday 24 May 2017

Jalan-Jalan: Day Trip ke Seberang Prai, Pulau Pinang

24/5/17, Rabu

Pergi ke Penang sebab ada kerja sebenarnya.
Just to record tahun 2017 again ke Penang.

Walau tak jalan ke mana, tapi sempat juga pusing naik Penang Bridge.

Pergi tengok lori yang di repair belum siap dan juga diskusi tentang another branch. Banyak lagi yang perlu dibuat dan dilaksanakan.

Apapun disetiap perjalanan pastinya ada pengajaran baru yang dapat dipelajari.
Disetiap perjalanan, pasti ada kesedaran yang diberi, agar tetap menjadi manusia yang sedar diri.
Dalam perjalanan balik, berhenti lunch di Taiping. Makan kat Restoran Selamat. Sehingga kisah ini ditulis, masih teringat ingat kesegaran ikan dan sotong yang dimakan tadi. Bab makan selalu teruja.

Habis makan, meneruskan perjalanan pulang, sehinggalah sampai ke Ipoh, patah balik ke Taiping attend breakdown lori.


Kisah saya... yang mungkin hanya yang melihat senang dan gembira sahaja. Tetapi hidup sebegitulahkan.

Tak ramai manusia mahu menulis kisah sedih.. Kita simpan aja momen bahagia untuk dibawa sehingga mati. Momen bahagia, gembira manis itulah pengubat segala dukalara.

Sekian kisah ke Penang.

Thursday 18 May 2017

Dari sisi pandang mana, mahu memandang?

Bila masalah hadir, bagaimana mahu bereaksi
Bila segala mala dugaan hadir, apa yang mahu aku buat?


Berhentilah sejenak... tarik nafas dalam-dalam dan rasai nafas yang keluar masuk itu
Akal fikiran akan terus mendesak, berasak asak mahukan jawapan. 


Kenapa aku di duga sebegini?
Apa yang Allah mahu bagi aku sebenarnya?
Apalagi dugaan yang Dia mahu aku tempuhi?

Setiap persoalan, fikiran kita memberontak mahukan jawapan. 
Jawapan sepantas kilat yang bisa memuaskan hati dan perasaan.


Saat ini hanya nampak salah orang
Salah dia
salah dia 
salah orang itu
salah orang ini
Semua yang buruk adalah dia.
Yang nampak hanya buruk aku.


Pernah tanya diri sendiri? Apa buruk aku? Apa yang telah aku buat?

Disaat merasa diri adalah mangsa keadaan, mangsa di atas setiap kejadian, semua ini salah dia, salah si polan A, si polan B dan seterusnya.

Diam sejenak dan bertanya dalam diri... adakah aku yang membenarkan semua ini berlaku pada diri aku.

Adakah aku yang tanpa sedar telah merelakan semua ini terjadi.


Walau segunung sayang sekalipun
Jika itu yang perlu terjadi, maka jadilah ia


Dan manusia tetap akan menyalahkan
tetap juga memburukkan satu sama lain
Disaat nafsu amarah sedang memuncak, yang nampak hanya salah.. salah salah dan salah.


Diamlah untuk seketika
Bertapalah untuk memerhati setiap kejadian
Kerana setiap yang terjadi, ia tidak berlaku sia dia.
Ada pengajaran dan kesedaran yang mahu Dia sampaikan
Kerana peringatan dariNya hadir dalam pelbagai bentuk


Duhai Tuhan, berilah kekuatan pada diri aku dan juga yang membaca ini
Duhai Tuhan, tariklah segala rasa sakit hati, rasa sombong, rasa bongkak, rasa angkuh dari diri ini
Duhai Tuhan, terus berikan kesedaran kepadaku, agar aku terus tersenyum menerima segala kelebihan dan kekurangan yang hadir padaku
Duhai Tuhan, terus berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam susah dan senang
Duhai Tuhan, terus jadikan aku orang yang bersyukur dan berterima kasih


Duhai Tuhan, jadikanlah kami ini orang yang tenang jiwanya.. tetap tersenyum walau apa jua yang mendatang... kerana sesungguhnya beginilah perjalanan hidup menuju ke akhirnya..

Terima kasih Ya Tuhan
Untuk segalanya..


LiyaNurli Salleh

Sunday 14 May 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu. Tak kiralah ibu apa sekalipun anda memang hebat kerana berjaya memberi kasih sayang tanpa belas gantinya. Hanya memberi kasih sayang tanpa mengharapkan apapun balasannya.

Ibu yang sanggup berkorban apa saja. Ibu yang sanggup mengetepikan segala keperluannya terlebih dahulu sehinggalah cukup sempurna apa kehendak anak anaknya.

Kisah saya. Saya sebelum ada anak sendiri, saya agak tidak peduli tentang anak anak kecil yang lain mahupun dengan adik beradik sendiri. Dan saya lupa adakah saya pernah menjaga adik adik di bawah. Masih ingat semasa saya di Tingkatan 5, bila mahu mencari gambar dengan anak kecil, even anak saudara pun tiada. Nampak sangat tahap saya tak peduli dengan persekitaran semasa saat itu. 

Dengan anak kecil saya tidak excited sepertimana orang lain. Bila tengok anak kecil, hanya seketika sahaja saya akan usik usik dan agah agahnya lepastu bye bye. Jarang mahu ambil dukung atau bawa bergurau lama lama.

Sehinggalah ada anak sendiri. Dan merasai menjadi ibu. 
Nak kata excited, pastinya gembira ada anak sendiri.. tetapi kadang bila huru hara stress juga 


Setelah saya menjadi ibu, barulah saya memahami apa perasaan Mama saya. Semasa mengandung, Semasa mahu bersalin , semasa membesarkan anak anak, semakin saya menyedari betapa kuatnya Mama. Betapa banyaknya kesakitan yang saya bagi kat Mama.


Masih ingat, saat pertama kali dapat Anak, habis luruh segala kedegilan saya pada Mama. Kalau dulu nak memberontak, nak buat muka, tak puashati tanpa fikir ja apa perasaan Mama. Sekarang cuba bersabar sepenuh hati bila sedar betapa sakitnya Mama nak melahirkan aku.

Bila dah lalui sendiri, barulah tahu sakit perit perih jerihnya kan. Selagi terdaya cuba menggembirakan Mama.. walau masih banyak kurangnya saya. Setakat yang termampu walau sehingga sekarang sering membuat mama risau.

Menjadi ibu banyak yang saya kena mengalah. Menjadi ibu walau kadang kehendak sendiri diketepikan tetap rasa gembira bila melihat anak anak gembira.
Saya bukan ibu yang baik pada pandangan mata manusia lain. Tetapi saya cuba menjadi ibu seadanya untuk anak anak saya. Saya tak mahu men stresskan diri sendiri semata mata untuk memenuhi dan menyedapkan mata yang memandang. Seperti mana saya menerima anak anak saya seadanya, begitulah mereka kena menerima saya seadanya. Mereka gembira sudah cukup bagi saya.

Di mata setiap anak, ibu bapa merekalah yang terbaik. Bandingkanlah dengan seberapa baik pun ibu bapa lain, jadilah ibu yang terbaik hanya untuk anak anak kita. Lain orang lain caranya. Hormati dan raikan bersama sama. Kerana setiap ibu adalah ibu yang terbaik.

Bila rasa diri kurang baik, ingatlah kembali betapa kuatnya ibu ibu menahan kesakitan saat mahu melahirkan, saat mengandung saat berjaga malam saat mengalah untuk anak.

Itulah momen kejayaan dan kehebatan ibu ibu. Ibu sempurna apa adanya.

Happy Mother's Day!
LiyaNurli Salleh

Wednesday 10 May 2017

Amni 6 tahun: Happy Birthday!

Amni request nak buat birthday party kat sekolah dan rumah Ibu As. Nak bagi hadiah kat kawan kawan.

Makanya dengan kuasa last minit mama, preparation done dan terlaksanalah cita-cita Amni pada 5 Mei 2017, Jumaat. Pagi potong kek di sekolah, petang potong cake kat rumah Ibu As.




Sambutan kat sekolah.






Ini pula sambutan kat rumah Ibu As.







Ucapan terima kasih dari Amni untuk:

Umicik Amni, Born2bake sponsor cake
Ayahcik masak Spageti and Sandwich kat school from Born2bake juga
Abah Amni tukang angkut hadiah dalam goodies bag dan hantar ke school Amni
Auntie Ika, Kak Adibah dan Uncle Maumau tolong siapkan goodies bag, print tag 'toyol' bak kata Amni
Ibu As, Ayah Ajis dan Kak Ain yang bertungkus lumus siapkan tempat kat rumah
Abang Adam dan Adik Azri yang support Amni
dan juga..
Mama pun nak penghargaan juga hahahha
Amni, terus membesar dan bertumbuh dengan penuh kebahagiaan.
Mama sayang Amni.. ingat itu sentiasa sayangku.

Liyanurli Salleh

Monday 8 May 2017

Apa saya buat hari ini

Di Tahun ke-6,
Hari ini saya kembali semula mengambil position OM.

Di tahun pertama dan ke-2, segala benda semua saya buat juga. Dan perlahan-lahan saya mula pass kepada Team kami. Di tahun ke-2 saya dah mula beransur semakin mudah kerja fizikal, hanya menggunakan otak dan akal fikiran yang sangat kritikal.

Sebelum itu bila bekerja dan menguruskan sendiri sebuah perniagaan, ia adalah hal yang sangat berbeza.

Hari ini bila memegang kembali jawatan OM dan berpusing keseluruhan workshop dan melihat lori demi lori, balik ke rumah terasa kepenatan yang sangat berganda.
Mungkin kerana peroid.
Mungkin juga kerana usia makin bertambah.
Atau mungkin juga kerana berat badan yang bertambah juga :P

Penat, sakit peha sakit badan.
Di fikiran, cepatlah OM baru masuk. Rupanya tahap stamina memang kena tiptop. Hari ini saya mendapat pengajaran baru.. Again, mendapat ingatan untuk menjaga kesihatan. Bilamana saya sudah tak fit untuk terus aktif seperti dahulu.

Enam tahun lepas, masih 20an.  Sekarang bila di usia 3series rupanya stamina dah makin merudum.

Atau, saya terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang?
Terlalu selesa sekarang kerana hanya memberi arahan? 
Atau hari ini terlalu banyak ulang alik ke sana ke mari?

Sesuatu untuk dipelajari
Gerak kerja masih sama
Cumanya tenaga yang makin berkurangan.

Hari ini, saya lah OM, sayalah MD.
Bersabarlah satu masa nanti ia akan berganti.


Hidup begitulah..
It's me. Inilah kisah saya
🚚🚚🚚     Saya pun bukan sepanjang masa bersemangat waja, mara membara... ada ketikanya jatuh merudum jua.

🚚🚚🚚     Don't worry.. hanya untuk seketika supaya saya tidak lupa.

🚚🚚🚚     Bila berada di bawah, ia sebenarnya masa untuk saya melihat apa yang perlu ditambah baik untuk team kami dan pelanggan khasnya.

LiyaNurli Salleh

Saturday 6 May 2017

Jalan-jalan ke Pulau Redang 2hari 1malam

Sebenarnya nak balik kampung, dan percutian yang mengejut on the spot sebenarnya.

Di dalam urusan hidup harian, saya bukan jenis orang merancang... hanya follow the flow je... In terms of business kena juga ada perancangan (bab ini saya share kemudian ya).


Let story about Journey to Redang. 

Sesungguhnya dengan berjalan ke tempat orang, boleh menjadikan saya lebih bersyukur dengan tempat dan apa yang saya ada pada hari ini.

Saya mahu setiap perjalanan kami direkodkan, agar saya tahu dan sedar diri... oooo dah banyak tempat rupanya aku pernah pergi.. Apalagi lagi yang aku mahu?

22/4/17 (Sabtu)
23/4/17 (Ahad)
24/4/17 (Isnin)


Trip to Pulau Redang
Stay at The Taaraz Beach Resort


9pm: Start Journey from shah alam. 2 kereta
9.30pm: Makan kat Alam Megah 
10.30: Journey to Terengganu
5.30am: Arrival at Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
6.30am: Sarapan kat stall Mak Teh
7.30am: Ke Jeti Syahbandar, terletak di tengah tengah Bandar Terengganu. 
Dekat dah dengan Pasar Payang.


Naik feri untuk ke Redang Island.
Tiket untuk dewasa Rm55/trip, Rm110 pergi balik. 
Tiket kanak-kanak 6tahun ke atas Rm30/trip, Rm60 pergi balik.

Boleh beli open tiket jika rasa nak stay lebih lama. 
Kami selalunya tak merancang, kadang on the spot berubah tentatif 

Feri ke The Taaraz only jam 10.30pagi or 3petang.
Makanya kami naik Feri jam 10.30pagi.


Jangan lupa bawa IC / Passport. Semasa beli tiket, wajib tunjuk IC / Passport.

Ada speed boat untuk ke Redang, kami pilih naik feri kerana ada baby baru umur 4 bulan. Stabil sikit kan.

Kat jeti kena bayar juga Caj Pemuliharaan Taman Laut Malaysia. 

Rm5/person untuk dewasa
Rm2/person untuk kanak-kanak
Baby free ja.


10.25am Naik feri Sejahtera menuju ke Redang Island
1pm ++ sampai ke Pulau Redang, van hotel dah sedia menunggu.
Naik van dan terus menuju ke hotel.
2hari 1malam kami stay di sana.

Sebab bawa baby Azri (4mo) makanya kena duduk tempat yang selesa banyak.
Will come again to redang.

Kita layan gambar-gambar kami masa kat sana ye.






































Note: Dari perjalanan jauh ini banyak mengajar saya untuk lebih hidup dengan penuh kesedaran dan syukur yang amat.

Friday 5 May 2017

Kenali Saya: LiyaNurli Salleh

Hai!
Boleh panggil saya Liya. 

Untuk yang baru nak mengenali saya



Saya gembira untuk berkenalan dengan orang baru, walau saya sebenarnya sangat pemalu. Eh! Saya bukan sombong tau, tetapi saya sangat susah untuk mengenali orang baru... tetapi bila dah kenal, Insyaallah tahanlah telinga mendengar saya yang tak berhenti bercakap.

Untuk saya pergi menegur orang yang baru kenal buat kali pertama, peratusan yang sangat tinggi untuk saya berlalu begitu sahaja... mungkin jika ada orang disebelah, saya akan menolak orang itu ke hadapan untuk bertegur sapa. Tak kenal mungkin nampak seperti sombong.. sebenarnya tak tau... saya pemalu jaa.

Nama pena saya LiyaNurli Salleh.
Nama panggilan saya dari kecil Noli (Nurli).

Bila masuk fasa kerja, saya perkenalkan diri sebagai Liya. 
Kenapa? Sebabnya masa kerja, dengan orang cina, bila saya cakap saya NOLI, depa panggil saya NURI. Dah jadi macam burung Nuri dah. Tiap kali saya perkenalkan nama NOLI, mesti depa akan ulang 'hah? NURI?

Lepas hah? hah? hah? nak senang, okeylah call me Liya.
Ooo ok Liya.

Tapi dengan nama Liya inipun lama juga saya nak beradaptasi dengannya. Rasa macam lembut dan ayu nyaaa nama Liya. Tiapkali memperkenalkan nama, Liya.. saya senyum simpul. Mungkin juga masanya untuk saya menjadi lebih lemah lembut. Sebabnya saya ini ganas orangnya. Masa kecil kecil dulu pernah juga nak jadi lelaki. Tukar nama jadi Mat Ali ðŸ˜‚😂😂.     Kenangan betul kan.

Jadinya orang baru akan kenal saya dengan nama panggilan Liya
Kawan kawan sekolah dan ahli keluarga saya dengan panggilan Noli.

Nama Liya atau Noli tetap ada dalam nama penuh yang diberi oleh Ma dan Abah saya. Nama yang tetap tertulis di surat beranak dan teratur cantik olehNya.

Apapun nama, saya tetap orang yang sama. Orang yang ada jatuh bangunnya. Orang yang tetap akan terus menjalani kehidupannya seadanya.

Semoga blog ini tercipta untuk memberi manfaat untuk semua.
Semoga saya terus konsisten menulis, merekod dan menikmati setiap detik kurniaan dariNya
Semoga saya terus mengerti tentang erti hidup ini.
Tetap kuat dan terus kuat ya!

Jumpa lagi.
LiyaNurli Salleh

Thursday 4 May 2017

Salam Perkenalan

Rasa kekok mahu menulis kembali. 

Tetapi seperti ada satu peringatan agar saya terus menulis. Untuk berkongsi apa yang saya rasa, apa yang pernah saya lalui dan juga mungkin sedikit pandangan kecil saya dari pengalaman pengalaman yang telah dilalui dan juga pelajaran yang telah saya terima.


Saya hanyalah seorang manusia biasa, yang ada turun naik hidupnya. Pernah juga berbuat salah, pernah jatuh terlungkup ke lohong paling dalam gelap gelita, hitam pekat... pernah jatuh tersadung kerana kedegilan sendiri. Pernah tidak nampak jalan cahaya terang, pernah putus asa, pernah hilang harapan. Dan sehingga kini pun saya tetap begitu. Ups and down. Menjalani hidup seadanya.

Blog ini dicipta kembali agar saya dapat melihat kembali perjalanan hidup saya. Untuk saya merekod sebagai ingatan agar saya menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya.

Dikala saya jatuh terduduk, semoga memori yang tersimpan di blog ini dapat mengingatkan saya pernah berjaya, saya pernah bahagia, saya pernah menikmati setiap kegembiraan kurniaan Illahi.

Dan dikala saya sedang berada di puncak kejayaan, di puncak kenikmatan yang tinggi menjulang, semoga blog ini nanti dapat mengingatkan saya supaya sentiasa sedar diri, sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sentiasa ingat di mana saya bermula, asal usul saya dan tetap hidup menjadi diri saya sendiri.

Saya hanya mahu menjadi diri saya sendiri. Saya mahu berkongsi suka duka dengan yang sudi bersama saya. Hidup begitulah. Ada suka dan ada duka. Ada gembira dan ada rasa sedih. Kadang susah, kadang senang. Kadang huru-hara, kadang aman damai. Itulah hidup.

Dalam hidup kita takkan menemui yang gembira sahaja, kerana lama kelamaan kita juga akan merasa boring dengan hal yang sama. Itu kadangnya kita akan diuji untuk seketika. Supaya kita lebih menghargai, lebih menikmati apa sahaja yang dikurniakan kepada kita.

Semoga dengan terbinanya blog ini, ia juga bermanfaat untuk yang membacanya. ( Saya menulis sebegini kerana blog ini adalah public. ) Jadinya konon-kononnya akan ada interaksi dengan yang membaca lah kan? Hehehe

Saya suka berkongsi cerita, saya bersedia untuk menjawab persoalan, cumanya jika saya tahu.. Jika tak tahu, jika boleh saya rekemen kepada yang pakar, saya bagi cadangan untuk yang memerlukan.

Saya suka berangan. Walau orang cakap saya suka cakap besar, its okay. Saya hanya berangan dan saya tak menyakiti sesiapapun. Andai orang rasa kurang selesa dengan saya, its okay. Hidup begitulah.. ada yang suka dan ada yang tak suka.

Kenapa mahu risau? Hiduplah dengan orang yang boleh menerima dirimu seadanya. Hiduplah di atas track sendiri. Sayangilah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyanyangi orang lain. (Bukan maksud saya boleh menyakiti orang lain sesuka hati)

Bertanggungjawablah dengan diri sendiri
Jujurlah dengan diri sendiri.


Terus kuat dan selalu kuat;
LiyaNurli Salleh

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...