Monday 21 August 2017

Kisah Buku: Bila ditanya kenapa pendek sangat?

Ada yang dah baca buku saya? 

Lama tak update kisah buku ini. 
Ayat klise, tak sempat, sibuk adalah perkara biasa kan? Hehe alasan yang boleh diberi beribu sebenarnya. 

Terpulang kepada diri sendiri bagaimana mahu menjalaninya. Yang utama, usah terlalu stress. Buat yang mana dulu ikut keperluan yang utama. Nak stress pun nak pergi ke mana? Nak tunjuk kat siapa? Cuba duduk diam diam dan tanya diri sendiri. Sebenarnya aku ni mahu apa? Jika kita cukup tenang, pasti kita akan dengar suara dari dalam diri kita, kerana diri kita yang sesungguhnya ada bersama sama kita, jiwa yang sering dilupakan.

Back to kisah buku, hari tu jumpa dengan yang dah baca buku ini. 

Soalan pertama beliau: 
Kenapa pendek sangat tulis? Tulislah panjang panjang lagi. Satu hari saya dah habis baca tau! Sungguh sungguh saya baca, dan saya rasa seperti saya pun tak boleh seperti Puan. Tapikan saya jadi bersemangat dan sangat sangat memberi inspirasi. Hebat tau.. tapi tu laa tak puas baca, baru nak klimaks dah habis. Dah lah buat orang nangis.


Saya senyum jaa dengar komen beliau. Saya duk risau orang tak larat nak baca jika panjang sangat, dia boleh kata tak cukup. Nak menulis sebanyak itu pun dah berzaman hahha.

Tapi sebenarnya pada saya nak menulis tu mudah, cumanya jadi muak bila masuk bab editing. Nak kena ulang baca dan check ejaan, etc. Tiap kali ulang baca, tiap kali itulah sebak dan menitik airmata.

Itulah kisah buku Aku Lori Dan LAAWRI WORKSHOP kali ini.

Jika ada yang nak beli, boleh emel saya: liyanurli@gmail.com
Harga buku RM29 sahaja.

Sehingga ketemu lagi.
LiyaNurli Salleh

Sunday 20 August 2017

Happy Moment A's: Main Air di Wet World Park Shah Alam

Hari ni, 20.8.2017 (Ahad)

Sebenarnya dah lama tak bawa A's jalan jalan. Amni pun dah merungut mama tak bawa berjalan. Sorry anak-anak, keadaan yang tidak mengizinkan.

Katanya di blog ini mahu menulis/merekod kenangan terindah untuk anak-anak juga. Jadinya mama cuba untuk merakam sebanyak mungkin memori indah untuk Adam Amni Azri lihat semula pada akan datang jika panjang umur.

Saya hampir lupa bagaimana saya semasa kecil. Hanya sedikit moment yang diingati. Dan sebenarnya masa kanak kanak itulah kita menjadi diri kita yang sebenar-benarnya. Bila meningkat dewasa, banyak sudah yang terhijab kononnya itu tidak baik, dan kena behave. Eh dah lari topik.


Terima kasih kepada Aunty Ika, Kak Diba, Kak Mimi, Kak Long Azahra dan Abang Azfar yang sudi melayan Adam Amni.

Sebenarnya Mama dan Abah masa ni tak sihat. Betapa bertuahnya Adam Amni yang ramai mahu menjaga dan entertain korang.

Adam balik dengan penuh kegembiraan walau nampak sangat penat. Dan kerana terlampau gembira, malamnya di rumah, mungkin kerana dia terlalu excited sehingga tak terkawal, makan pun nak terkinja kinja. Dan gelas jatuh pecah, jari terkena kaca berdarah. Adam biasalah tak tahan sakit, menangis beria sakit dan darah. Orang tua selalu cakap kan, jangan terlampau gembira sangat, nantikan menangis. Kena betul kat Adam.

Bila tanya Adam gembira ke? Happy sangat ma! Adam naik slide tinggi dengan Abang Azfar.
Nak pergi lagi ke? Adam jawab, tunggu Adam darjah 2 lah pula. Memang puas lah tu dia main.

Amni pula, mengajak nak pergi lagi hari Ahad nanti. Amboi!
Apapun bila anak anak gembira, maknya pun gembira lah.

Terima kasih yang sudi melayan AAA.

👶      Azri tak ikut. Azri selesema. Dan azri baru 8bulan++. Menangis dia pagi tadi kena tinggal. Nanti dah besar Azri join sama ya. Petang tadi bila kaklong balik terus minta perhatian kaklong.

Wednesday 9 August 2017

Cerita Tentang Rezeki

Dulu bila duduk rumah kecil, rumah flat 2 bilik, satu bilik air, situlah ruang tamu, situlah ruang makan, dapur yang cinonet dan ruang ampaian yang sekangkang kera.

Masa tu berangan nak rumah besar, nak bilik master bedroom yang besar, katil king size dan segalanya besar.


Masa duduk rumah kecil itu, semua ruang diguna pakai sebaik mungkin. Ya lah dah sekangkang kera katanya kan.. langkah 2 langkah dah sampai dapur, buka pintu utama dah masuk ruang tamu, ke depan sikit dah bilik. Tetapi masa tu dalam bergembira sekurang-kurangnya tidak menumpang rumah orang lain, sekurang-kurangnya tak duduk bawah jambatan, tapi jauh disudut hati tetap berangan nak rumah besar, rumah teres pun dah ok tak perlu turun naik tangga kononnya lah kan.

Dan seusai masa berlalu, Allah bagi rezeki duduk rumah teres 2 tingkat. Waah dah syukur sangat dah. Dapat duduk rumah corner lot, tapinya tetap kena turun naik tangga untuk ke master bedroom dan juga bilik lain. Masa ni mula lah pula fikir, kan best jika ada lift, sebabnya penat nak naik turun tangga. 

Dasar manusia yang terus lupa kan hahaha. Dan diberi master bedroom yang boleh muat 2 katil king, extra space lagi boleh buat bilik pakaian, master bedroom pun dah luas seluas rumah flat dulu, dan ada tandas sendiri juga. Lengkap dengan katil king size dan tilam empuk. Apa yang diangan angankan dulu semua Allah dah bagi.

Dan tentang rezeki, hari ini bilik atas hanya jarang sekali naik tidur di situ. Hanya rezeki untuk ada tetapi tidak untuk dirasai dan dinikmati. Kenapa? Sebab penat nak naik turun tangga dengan keadaan kesihatan yang kurang baik.

Dan rezeki dan nikmatnya untuk digunakan di bilik bawah bersebelah dapur yang kononnya bilik untuk bibik. Di bilik ini dengan hanya kelemgkapan asas katil dan tilam queen, almari dan seminimize mungkin kerana ruangnya yang terhad.

Hanya ruang bawah yang digunakan sepenuhnya. Nasib baik bilik atas masih direzekikan ada penghuninya.


Begitulah tentang rezeki.. ia bukan tentang seberapa banyak yang kita ada... tetapi seberapa banyak yang kita betul betul menggunakannya dan menikmati setiap pemberian dariNya.

Masih belum mahu bersyukur tentang nikmat yang Dia beri?
Banyak sebenarnya jika diperhati dan disedari tentang nikmat dariNya.
Jadikanlah kami orang yang sentiasa merasa cukup dengan apa adanya.

Rezeki tidak pernah salah alamat, hanya bila tepat masanya. So dont worry too much! Ingatan diri sendiri juga ni.

Thank you Allah
I love u


Lots of Love
LiyaNurli Salleh

Monday 7 August 2017

Credit Card, baik atau tak?

Saya: Berapa limit? If 5k ja saya taknak! (hint nak menolak)

Bank: Tidak puan, more than that.. xxRm dan puan boleh dapat 2 kad
Jadinya dapatlah limit xxxRM

Bank: If puan nak, tak perlu submit statement etc, just sign form untuk agree sahaja. Cukup kami refer dari loan kereta yang puan dah ada dengan bank kami.

Hehehe awak! dulu time saya susah jual mahal betul.
Sekarang, tak perlu bagi statement pun ya..
Sedang memikir ada baik dan buruknya.

Sunday 6 August 2017

Hidup ini ada pilihan!

Bila dah tak suka seseorang tu, teruslah block atau tak ambil tahu dah pasal dia.

Dia nak terus kaya raya biarlah dia
Dia jadi billionaire, biarlah dia
Dia berjaya dalam segala segi, biarlah dia


Ini tidak, kata tak suka, kata tak peduli.. tapi hari hari duk stalk fb dia, duduk tanya apa cer dia.. lepas tu sampaikan berita sebaliknya.. buat cerita paling sedih kononnya kitalah mangsa keadaan
Kita jadi begini sebab dia.


Dia dah kaya raya dah.. bagaimana dia buat awak sehingga merempat sebegitu?
Atau dia sibuk berusaha untuk melawan segala badai, tetapi awak sibuk duk korek cerita nak memburukkan dia? sehingga bila mahu selesai?


Kata ticer saya, untuk beliau menjaga mentally dan spiritual beliau dari segala anasir anasir negatif ini, terus beliau tak ambil tahu dan jangan dibagitahu pun kepada beliau.

Biarlah orang cakap ketinggalan pun.. its okay kerana ia tak mendatangkan hasil pun!

Jadinya tahu dah apa nak buat?
Block segala benda yang tak suka tu

Dah kata tak suka, diintai lagi pasai pa?
Hiduplah ditrack sendiri
Jujur dan ikhlas dalam menjalinkan silaturrahim


Bila berbaik kerana ada udang disebalik batu, ia takkan lama.. akhirnya ia jadi lelah dan meletup sendiri.
Penat tau... dah berlakon bertahun akhirnya terbarai juga dijalanan.
And again, berani kerana benar, takut kerana salah.

Friday 4 August 2017

Kerana Kita Saling Melengkapi

Sebenarnya boleh buat sendiri
Tetapi nak juga:
Tolong buat appointment dengan....
Tolong buat ..
Tolong pergi ambil ...
Tolong call ...

Tolong itu 
Tolong ini...


Dan sebenarnya kena faham juga istilah tolong itu..

Adakah sebenarnya tolong dengan ikhlas dan free
Adakah sebenarnya tolong disertakan bayaran
Adakah sebenarnya tolong hanya sekadar tolong dan tidak akan diungkit untuk mengenang budi sehingga mati


Dan selagi boleh minta tolong.. buat ajelah kan..
Ya boleh buat sendiri.. kan nanti takda kerja pula orang lain.

Sesuatu untuk difikirkan, bukan kerana yang minta tolong dan yang ditolong itu hebat.. tetapi kerana Dia mahu menyatakan bahawasanya hidup ini bukan kerna kamu seorang tetapi kerna saling melengkapi

Itulah hidup...
Dan bilamana rasa lebih, rasa tamak sudah melampaui akal, beringat ingatlah untuk kembali ke tempat 
yang sepatutnya.
Hidup itu mudah jika kita tahu mana asalnya.

Thank you Allah.. for everything
I love u...

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...