Sunday 20 August 2017

Happy Moment A's: Main Air di Wet World Park Shah Alam

Hari ni, 20.8.2017 (Ahad)

Sebenarnya dah lama tak bawa A's jalan jalan. Amni pun dah merungut mama tak bawa berjalan. Sorry anak-anak, keadaan yang tidak mengizinkan.

Katanya di blog ini mahu menulis/merekod kenangan terindah untuk anak-anak juga. Jadinya mama cuba untuk merakam sebanyak mungkin memori indah untuk Adam Amni Azri lihat semula pada akan datang jika panjang umur.

Saya hampir lupa bagaimana saya semasa kecil. Hanya sedikit moment yang diingati. Dan sebenarnya masa kanak kanak itulah kita menjadi diri kita yang sebenar-benarnya. Bila meningkat dewasa, banyak sudah yang terhijab kononnya itu tidak baik, dan kena behave. Eh dah lari topik.


Terima kasih kepada Aunty Ika, Kak Diba, Kak Mimi, Kak Long Azahra dan Abang Azfar yang sudi melayan Adam Amni.

Sebenarnya Mama dan Abah masa ni tak sihat. Betapa bertuahnya Adam Amni yang ramai mahu menjaga dan entertain korang.

Adam balik dengan penuh kegembiraan walau nampak sangat penat. Dan kerana terlampau gembira, malamnya di rumah, mungkin kerana dia terlalu excited sehingga tak terkawal, makan pun nak terkinja kinja. Dan gelas jatuh pecah, jari terkena kaca berdarah. Adam biasalah tak tahan sakit, menangis beria sakit dan darah. Orang tua selalu cakap kan, jangan terlampau gembira sangat, nantikan menangis. Kena betul kat Adam.

Bila tanya Adam gembira ke? Happy sangat ma! Adam naik slide tinggi dengan Abang Azfar.
Nak pergi lagi ke? Adam jawab, tunggu Adam darjah 2 lah pula. Memang puas lah tu dia main.

Amni pula, mengajak nak pergi lagi hari Ahad nanti. Amboi!
Apapun bila anak anak gembira, maknya pun gembira lah.

Terima kasih yang sudi melayan AAA.

👶      Azri tak ikut. Azri selesema. Dan azri baru 8bulan++. Menangis dia pagi tadi kena tinggal. Nanti dah besar Azri join sama ya. Petang tadi bila kaklong balik terus minta perhatian kaklong.

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...