Wednesday 9 August 2017

Cerita Tentang Rezeki

Dulu bila duduk rumah kecil, rumah flat 2 bilik, satu bilik air, situlah ruang tamu, situlah ruang makan, dapur yang cinonet dan ruang ampaian yang sekangkang kera.

Masa tu berangan nak rumah besar, nak bilik master bedroom yang besar, katil king size dan segalanya besar.


Masa duduk rumah kecil itu, semua ruang diguna pakai sebaik mungkin. Ya lah dah sekangkang kera katanya kan.. langkah 2 langkah dah sampai dapur, buka pintu utama dah masuk ruang tamu, ke depan sikit dah bilik. Tetapi masa tu dalam bergembira sekurang-kurangnya tidak menumpang rumah orang lain, sekurang-kurangnya tak duduk bawah jambatan, tapi jauh disudut hati tetap berangan nak rumah besar, rumah teres pun dah ok tak perlu turun naik tangga kononnya lah kan.

Dan seusai masa berlalu, Allah bagi rezeki duduk rumah teres 2 tingkat. Waah dah syukur sangat dah. Dapat duduk rumah corner lot, tapinya tetap kena turun naik tangga untuk ke master bedroom dan juga bilik lain. Masa ni mula lah pula fikir, kan best jika ada lift, sebabnya penat nak naik turun tangga. 

Dasar manusia yang terus lupa kan hahaha. Dan diberi master bedroom yang boleh muat 2 katil king, extra space lagi boleh buat bilik pakaian, master bedroom pun dah luas seluas rumah flat dulu, dan ada tandas sendiri juga. Lengkap dengan katil king size dan tilam empuk. Apa yang diangan angankan dulu semua Allah dah bagi.

Dan tentang rezeki, hari ini bilik atas hanya jarang sekali naik tidur di situ. Hanya rezeki untuk ada tetapi tidak untuk dirasai dan dinikmati. Kenapa? Sebab penat nak naik turun tangga dengan keadaan kesihatan yang kurang baik.

Dan rezeki dan nikmatnya untuk digunakan di bilik bawah bersebelah dapur yang kononnya bilik untuk bibik. Di bilik ini dengan hanya kelemgkapan asas katil dan tilam queen, almari dan seminimize mungkin kerana ruangnya yang terhad.

Hanya ruang bawah yang digunakan sepenuhnya. Nasib baik bilik atas masih direzekikan ada penghuninya.


Begitulah tentang rezeki.. ia bukan tentang seberapa banyak yang kita ada... tetapi seberapa banyak yang kita betul betul menggunakannya dan menikmati setiap pemberian dariNya.

Masih belum mahu bersyukur tentang nikmat yang Dia beri?
Banyak sebenarnya jika diperhati dan disedari tentang nikmat dariNya.
Jadikanlah kami orang yang sentiasa merasa cukup dengan apa adanya.

Rezeki tidak pernah salah alamat, hanya bila tepat masanya. So dont worry too much! Ingatan diri sendiri juga ni.

Thank you Allah
I love u


Lots of Love
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...