Sunday 6 August 2017

Hidup ini ada pilihan!

Bila dah tak suka seseorang tu, teruslah block atau tak ambil tahu dah pasal dia.

Dia nak terus kaya raya biarlah dia
Dia jadi billionaire, biarlah dia
Dia berjaya dalam segala segi, biarlah dia


Ini tidak, kata tak suka, kata tak peduli.. tapi hari hari duk stalk fb dia, duduk tanya apa cer dia.. lepas tu sampaikan berita sebaliknya.. buat cerita paling sedih kononnya kitalah mangsa keadaan
Kita jadi begini sebab dia.


Dia dah kaya raya dah.. bagaimana dia buat awak sehingga merempat sebegitu?
Atau dia sibuk berusaha untuk melawan segala badai, tetapi awak sibuk duk korek cerita nak memburukkan dia? sehingga bila mahu selesai?


Kata ticer saya, untuk beliau menjaga mentally dan spiritual beliau dari segala anasir anasir negatif ini, terus beliau tak ambil tahu dan jangan dibagitahu pun kepada beliau.

Biarlah orang cakap ketinggalan pun.. its okay kerana ia tak mendatangkan hasil pun!

Jadinya tahu dah apa nak buat?
Block segala benda yang tak suka tu

Dah kata tak suka, diintai lagi pasai pa?
Hiduplah ditrack sendiri
Jujur dan ikhlas dalam menjalinkan silaturrahim


Bila berbaik kerana ada udang disebalik batu, ia takkan lama.. akhirnya ia jadi lelah dan meletup sendiri.
Penat tau... dah berlakon bertahun akhirnya terbarai juga dijalanan.
And again, berani kerana benar, takut kerana salah.

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...