Monday 21 August 2017

Kisah Buku: Bila ditanya kenapa pendek sangat?

Ada yang dah baca buku saya? 

Lama tak update kisah buku ini. 
Ayat klise, tak sempat, sibuk adalah perkara biasa kan? Hehe alasan yang boleh diberi beribu sebenarnya. 

Terpulang kepada diri sendiri bagaimana mahu menjalaninya. Yang utama, usah terlalu stress. Buat yang mana dulu ikut keperluan yang utama. Nak stress pun nak pergi ke mana? Nak tunjuk kat siapa? Cuba duduk diam diam dan tanya diri sendiri. Sebenarnya aku ni mahu apa? Jika kita cukup tenang, pasti kita akan dengar suara dari dalam diri kita, kerana diri kita yang sesungguhnya ada bersama sama kita, jiwa yang sering dilupakan.

Back to kisah buku, hari tu jumpa dengan yang dah baca buku ini. 

Soalan pertama beliau: 
Kenapa pendek sangat tulis? Tulislah panjang panjang lagi. Satu hari saya dah habis baca tau! Sungguh sungguh saya baca, dan saya rasa seperti saya pun tak boleh seperti Puan. Tapikan saya jadi bersemangat dan sangat sangat memberi inspirasi. Hebat tau.. tapi tu laa tak puas baca, baru nak klimaks dah habis. Dah lah buat orang nangis.


Saya senyum jaa dengar komen beliau. Saya duk risau orang tak larat nak baca jika panjang sangat, dia boleh kata tak cukup. Nak menulis sebanyak itu pun dah berzaman hahha.

Tapi sebenarnya pada saya nak menulis tu mudah, cumanya jadi muak bila masuk bab editing. Nak kena ulang baca dan check ejaan, etc. Tiap kali ulang baca, tiap kali itulah sebak dan menitik airmata.

Itulah kisah buku Aku Lori Dan LAAWRI WORKSHOP kali ini.

Jika ada yang nak beli, boleh emel saya: liyanurli@gmail.com
Harga buku RM29 sahaja.

Sehingga ketemu lagi.
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...