Sunday 11 June 2017

Aktiviti Saya: Kadang kadang memasak

Bila saya ditanya bagaimana saya menguruskan kehidupan saya? Sebagai bisnes person, sebagai ibu sebagai anak dan juga kehidupan rumahtangga.

Hidup saya hanya seperti manusia normal yang lain juga. Cumanya saya tidak sesempurna surirumahtangga yang lain.

Kadang saya memasak, kadang tidak langsung. Datang rasa nak memasak, macam macam hidangan saya masak. Datang angin malas masak, mula lah search mana tempat mahu makan.

Rasanya duit saya banyak habis kepada makan. Rasa nak makan apa, pergi cari, jika tak tahan sangat dah, walau jauh pun tetap juga saya pergi.

Alhamdulillah sehingga hari ini anak anak membesar dengan sihat. Walau saya masak kadang kadang ja, saya tetap memastikan mereka tidak kelaparan. Zalim sangat bunyinya kan sebab malas masak, anak anak kelaparan.

Malas masak, jomm kita makan kat luar. Apa orang nak kata terpulanglah kepada depa, yang penting kami semua kenyang perut senang hati.

Amni biasanya akan request tempat makan ada aircond ðŸ˜‚😂😂
Amni: Mama! kita makan tempat sejuk ke? Dalam ke luar? Adik suka makan kat dalam, sejuk.
Di umur 6 tahun, demand kemain. ðŸ˜…
Adam: Ma, takyah masak lah, kita makan kat luar jaa.. Nanti mama penat.

Alahai sweetnya abang Adam yang tahun 2017 umurnya 7tahun. Yang selalu huru hara nak ke sekolah.

Baby Azri? Bulan Jun2017, baru cukup 6bulan, dan mamanya gigih membuat puri untuknya. Carrot Brokoli dan bubur nasi at this moment. Akan datang tak tau lagi. ðŸ˜‰
Tetapi bila datang boring makan kat luar, depa akan berbunyi juga.. mama masak pleasee sambil buat muka comel. Demi anak anak maka bertabahlah mama masak.

Haha tak rasa beban pun masak sebenarnya bila mereka makan sehingga habis. Puas. Tetapi hidup ada turun naiknya kan.
Amni suka masakan jenis sup, sebijik ikut abahnya
Adam suka sambal pedas, ayam goreng pedas masak kari.. tapi kadang depa redha jaa apa mama masak. Bila lapar makan.

Inilah kisah saya. Kadang masak, kadang tak.
Masak pun terapi juga kan. Cumanya kadang kurang rajin bab nak mengemas dan cuci segala perkakas hahahha.







Sampai jumpa lagi.
Liyanurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...