Sunday 24 December 2017

Iklan: Bengkel Lori di Shah Alam, Selangor

Kepada pemilik lori, atau pemandu lori yang mahu menggunakan servis atau perkhidmatan bengkel lori, ada satu workshop lori di Shah Alam, Selangor.

LAAWRI WORKSHOP yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam, Selangor. 

Antara perkhidmatan yang diberikan, boleh tengok video di bawah. 

Semoga membantu pemilik lori dan juga driver lori.

Boleh call no: 0124038335 Cik Ika untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Website: www.laawriworkshop.com.my
LAAWRI WORKSHOP


FB: LAAWRI WORKSHOP






Nota: Jika mahu membuat iklan atau paid review boleh email saya: liyanurli@gmail.com dengan tajuk: paid review blog


Semoga membantu dan terus maju jaya

LiyaNurli Salleh
 

Saturday 23 December 2017

Jalan-Jalan: Rumah Empat Musim, Taman Botani Shah Alam

23 December 2017, Sabtu

Hari tu balik kampung, datang ke Shah Alam Adam Baihaqi ikut sama balik Shah Alam.

Amni dah excited mengatur tentatif nak bawa AdamB jalan jalan. Bila musim cuti sekolah, pastilah kat mana mana tempat pun penuh sesak.

2hari tak berjalan, duduk kat rumah ja.. Makanya hari ini keluarlah bawa depa berjalan.

Keluar pergi makan dulu, lepastu terus ke Taman Botani Shah Alam.

Tempatnya sangat luas, nak tahu detail boleh google info nya.

Memang fokus nak pergi Rumah 4 musim tu untuk rasa musim sejuk itu. Amni duk cakap nak salji, nak salji. 



Beratur beli tiket dahulu.
Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam Rm3 untuk dewasa, Rm1 untuk kanak kanak



Tiket masuk Rumah Empat Musim Rm5 dewasa, Rm3 untuk umur 4-11tahun. 



Rumah Empat Musim ini dia ikut bulan. Setiap bulan akan berubah musimnya. Sekarang musim sejuk sehingga Februari 2018 rasanya, lepas tu musim lain pula



Sebab nak tunggu bas orang sangat ramai, makanya kami buat keputusan untuk berjalan sahaja sambil melihat scenery dan boleh stop melihat taman taman yang ada. Ingatkan 1.6km itu terus sampai, rupanya bukan hahahaha.. memang betul betul exercise lah hari ini.. tapi seronok lah sebab cuaca redup kan



Sampai tempatnya, kena menunggu lagi mengikut turn kerana orang sangat ramai. Tunggu ajelah demi anak anak kan. Dahlah dah jalan jauh hahaha



Di dalam Rumah Musim Sejuk.. memang sejuklah.. tengok depa mulut ternganga tu keluarkan asap. Bolehlah sebelum sampai ke luar negara ya 



Semoga ia menjadikan memori yang menggembirakan untuk AdamB, Adam dan Amni. Azri belum ingat kot. Tetapi tempat sejuk seronoklah Azri. Behave jer beliau



Ini dah beratur nak keluar dah. Rupanya setiap orang diberi masa 8minit je untuk berada di dalam Rumah Empat Musim ini. Boleh lah sempat rasa menggigil juga. Itu masing masing nganga nak keluarkan asap lah tu



Keluar dari Rumah Empat Musim, Abah A’s cakap kita jalan balik juga.. dekat jaa ni.. hahaha memang dia nak kami exercise lah ni. So kita tengok ajelah bas yang lalu lalang itu



Banyak aktiviti yang boleh buat di sini. Ini depa lalu jambatan gantung. Sebab mama tak larat dah nak jalan, ambil gambat dari jauh je lah



Lalu di kawasan sawah padi, ini dah nak sampai pintu keluar  dah ni. Cantik kawasannya boleh buat fotoshoot ni



Kat dalam Taman tu banyak kiosk yang menjual makanan dan jajan. Jadinya standby lah duit untuk membeli. Kanak kanak kan apa nak aiskrim lah nak jajan lah dahaga dan sewaktu dengannya. 

Boleh datang lagi. Boleh melawat Taman Haiwan pula. Ada juga ATV, aktiviti memanah dan banyak lagi.
Boleh berjalan sambil exercise menambah stamina. Seronok walau penat.

Semoga semua bergembira hari ini



Mak yang sangat gembira bila anak anak gembira

LiyaNurli Salleh
10.05pm
23/12/17

Wednesday 20 December 2017

Jalan-Jalan: 16 - 20 December 2017, Kelantan Kita


Banyak perkara untuk disyukuri.
Bila kita merasa kekurangan, lihat kembali nikmat nikmat yang telah dirasai, dinikmati dan yang telah diberikan oleh Allah swt. Semua dengan izin Allah kan? Sehenat mana sekalipun manusia merancang, sehebat mana sekalipun kita cuba melindungi, bila Allah kata Kun Fayakun, maka jadilah.. walau kadang kita rasa seperti mangsa, walau kadang kita rasa seperti dilukai, dikhianati oleh manusia, ingatlah semua yang berlaku dengan izinNya.. hanya Dia yang mengizinkan baik dan buruk.. cumanya biasalah sebagai manusia kita hanya mahu yang baik baik sahaja..

Saya berazam di blog ini hanya mahu menulis kenangan yang menggembirakan sahaja.. Apa sahaja yang dilalui, hanya akan tinggal kenangan dan memori sahaja untuk diingati.. untuk menjadikan saya lebih bersyukur dan terus menghapuskan rasa duka dan irihati jika ada.. 

Back to cerita jalan-jalan

Balik ke Kelantan bulan December 2017 ini kali ke 2 sebenarnya. Hinggakan makcik makcik tanya kenapa balik lagi? Hari tu kan dah balik? hahaha kadang depa ni tanya soalan entah apa apa kan

Mama gembiralah anak cucu nak balik, telefon cakap ja nak balik terus dia baliklah. Tanya juga nak balik buat apa? Nak balik cari makan.

5hari di kampung. Puashati kenyang perut dan Adam Amni pun tak banyak komplen. Balik sebelum ini rushing sangat bisinglah depa.

Nasib baik Abah A’s rajin melayan. Tapinya dia pula naik boring bila ajak berjalan saya sudah surrender. Penat sangat, jalan tak berhenti. Dan bila takda helper dah, ingatkan saya dah tak tahan berjalan jauh hanya dengan anak anak. Tetapi bila terpaksa, Allah permudahkan segalanya. 



Ini singgah di Pantai Penarik, Terengganu dalam perjalanan balik ke Shah Alam. AdamB ikut kami jalan jalan ke KL katanya



Gambar dalam perjalanan pulang sudah, sebabnya kat kampung hanya gambar makanan sahaja yang banyak



Jalan juga ke Pengkalan Kubor

Sekian cerita jalan jalan balik kampung cari makan. 

Tahun depan lah pula kita balik ya



LiyaNurli Salleh
20 Dec 2017, Rabu
8.35pm


Sunday 17 December 2017

Jalan-Jalan: Balik Kampung Cari Makanan

16 December 2017, Sabtu

Jam 5petang, start journey balik kampung.
Shah Alam - Bachok, Kelantan

Balik semata mata sebab nak makan Putu Halba. Boleh macamtu? Terpulang kepada diri masing masing.

Orang akan tanya, kenapa balik kampung? Ada hal ke? tiba tiba je.. tak ada apa apa sebenarnya. Memang saja nak balik, nak jumpa ma abah dan nak cari makan.

17 December 2017, Ahad



Kita mulakan dengan nasi berlauk, gulai ikan haruan di Pasar Jelawat



Satay Ikan Kuah manis



Pulut dan kelapa



Pulut Kacang dan kelapa



Putu Halba sebab makanan inilah hahahaha. Nanti kalau rajin kita tulis cerita tentang ini sahaja



Teh Ais Madu di Warung Pak Mat, Pengkalan Chepa

Sekian makan makan untuk hari ini



Kami yang suka makan 


LiyaNurli Salleh
2.54pm
17 December 2017

Wednesday 13 December 2017

Jalan-Jalan: Adam Amni naik cable car di Genting Highlands

5 November 2017, Ahad

Dah tulis kisah jalan jalan, sekarang fokus kepada Adam Amni naik cable car. Kenangan dan ingatan untuk depa. Jika depa berbunyi: kitaorang tak pernah naik puncable car, haaa mama tunjuk posting ini.. ini bukti korang dah naik cable car.



Mama Abah dan Azri hanya hantar kat Stesen Cable Car sahaja. Terima kasih Auntie Ika dan Kaklong rajin melayan Adam Amni. 



Abah A’s yang nak juga menghantar depa ke tempat beli tiket dan dia tunggu sehingga depa masuk ke dalam. Ikutkan hati mama biar jelah Adam Amni masuk dengan aunty ika dan kaklong. Kan ada orang dewasa tu. 

Mama sebenarnya penat nak jalan jauh jauh. Tapinya dah dia bertegas nak hantar juga, makanya mama seret kaki lah ya. Mama dan Abah dah naik dah dulu cable car ni. Jadinya bagi korang je lah naik. Sebenarnya abah hangpa tu gayat. Serik sudah dia tu hahaha. 

Azri tunggu besar sikitlah ya baru naik hahaha. Baby A4 pun sakan berjalan nih.



Lepas depa dah naik, makanya berlalulah kami dari situ. Ohh depa naik kat Stesen Genting Premium Outlet. Jadinya tunggu depa kembali semula ke GPO, kami duduklah melepak kat starbuck memanaskan badan dengan latte dan makan hahahha. 



Tengok baby boss kemain makan. Senyap terus dan lepas itu berak 



Gambar depa dalam cable car. Itu gambar dari fotografer dan Amni snap semula. Adalah kenangan depa kan



Again gambar depa dalam cable car. Gambar lain tak dapat dikesan. ok lah tu ada kenangan kan. Again thank you to kaklong dan auntie Ika temankan Adam Amni.

Turun dari cable car depa cakap pening. Hahahah. Cerita dalam cable car? Yang bising beria nak naik, terus senyap dan cuak..
Yang pada awalnya tak nak naik, terus cool dan peace yo lagi. Apapun anak anak gembira mama pun gembira juga.

Hanya memori indah yang boleh kita cerita nanti. 




Nota:
November 2017
Adam 7 yo
Amni 6yo
Azri 11m++
BabyA 6m++ in mama tummy



Semoga terus berbahagia

LiyaNurli Salleh

Tuesday 12 December 2017

Jalan-Jalan: Genting Highlands November 2017

5 November 2017, Ahad

Unplanned trip sebenarnya ni. Jam 1petang pergi kenduri, on the way tu cakap kat Abah A’s nanti nak pergi Genting Sempah nak beli potato manis tu. Rasa nak makan benda alah tu. Haha bab makanan sanggup hang jalan jauh kan.

Makanya lepas kenduri, terus ja Abah A’s pecut ke Genting Sempah. Kalau cuti panjang dah ke Janda Baik ni hahhaha. Lepas dah membeli, dia tanya nak ke mana lagi? Amboi! pucuk dicita ulam mendatang ni.. alang alang dah dekat, jomlah ke Genting Highland ambil angin sejukkk beku. 

Makanya teruslah beliau drive ke puncak. Kami seronok aja. Orang paling gembira mestilah A’s. Satu dapat berjalan, maknya pun seronok sama hahhaha.

Boleh lah jalan ke Genting Premium Outlet juga. Adam Amni nak naik cable car bila depa nampak benda yang bergayutan kat atas tu. ( nanti tulis entry lain pasal depa naik cable car )

Berhenti di setiap tempat berhenti nak ambil gambar dan nak rasa udara sejuk. Hahhaha. Sekejap sekejap ok lah.. if lama lama tak sanggup juga nak menahan kesejukan tahap menggigil. Dah naik sampai ke puncak, turun ke GPO untuk Adam Amni naik cable car.



Memenuhi undangan kenduri dahulu



Tahniah Ibu As dan Ayah Ajis dapat menantu

Yaa simpanlah gambar saya yang sangat gemuk itu. Eh ini sedang melalui Journey A4 juga ini. 6bulan sudah ni. Takpa gemuk sekarang, nanti kita pulun kurus yaa ( kurus dimulut sahaja hahhaha )




Ke Genting Sempah semata mata nak beli buah berangan dan potato manis. Sedap itu sahaja yang boleh diungkap



Inilah potato manis yang hanya drive thru sahaja



Selepas itu ke puncak genting highlands yang sangat sejuk rasanya pada ketika itu.. Siapa yang paling seronok? Itu sikenit kat atas dukung itu



Nampak berkabus itu.. teringat lah pula kat Kundasang. Tengok tahu  depan ada rezeki boleh pergi ke sana pula. Atau terus ke Korea? Semuanya dengan izinNya kan



Tengok kenit itu.. 



Selepas itu ke GPO

bila sejuk, mudahlah baby Azri tidoq

Cerita tentang GPO dan Adam Amni naik cable car kita tulis di entry lain lah. Dah panjang sangat dah.

Semua bergembira dan penat berjalan seharian. Terima kasih PakEncik rajin drive kerana masuk je kereta balik kami semua lena keletihan dari tengahhari sehingga malam. Abah A’s suka drive, makanya kami tumpang lah kesukaan beliau hahahha.


Nota: 
Azri 11bulan++
Amni 6tahun
Adam 7tahun
Journey A4 6m++



Terima kasih Ya Allah atas rezeki pemberianMu


LiyaNurli Salleh

Monday 11 December 2017

Jalan-Jalan: Ke Bentong makan durian, Ke Genting Highlands kali ke2, December 2017

10/12/2017, Ahad

Hari Ahad hari cuti yang jika tak keluar seharian seperti tak senang duduk. Dan esoknya pula public holiday jadinya kenalah keluar jalan jalan juga. Dan alasan terbaik untuk mama exercise.

Tak tahu nak pergi mana. Nak pergi bercuti dan nak booking hotel last minit memang penuhlah musim cuti sekolah ni. Cakap dengan Abah A’s nak pergi tempat sejuk. Sebab semalam Shah Alam panas.

Jam 1tengahhari keluar rumah, pergi lunch kat nasi campur, Puchong, lepastu ke Bentong nak makan durian Musang King. Lama dah mencari sebenarnya. Makanya jalan sahaja. 


Asal jumpa sudah sebab dah tak sabar nak makan 



Puashati lah dah dapat kan. Memang sedaplah, kalau tak sedap bukan nama musang king lah kan



Habis makan durian, terus naik ke Genting Highlands. Memang berjalan semata mata nak rasa sejuk dan excercise ja. Pusing pusing kat Genting Premium Outlet tu. 

Bulan lepas dah datang, ni datang lagi. tapi kali ni tak berhenti tepi jalan ambi gambar sebab hujan. Gambar yang lepas rupanya tak rekod pun lagi. Hmmm dah hampir lupa dah huhu


Notakaki: 10/12/2017, Ahad 
Lokasi: Bentong, Genting Highland : Pahang


Moment untuk menjadi manusia lebih bersyukur dan sedar diri

Thank you Allah


LiyaNurli Salleh

Friday 8 December 2017

Makan di Mana : Aunty Aini’s , Nilai

8.12.2017
Jumaat

Pagi tadi jam 11pagi pergi ke Nilai, atas urusan kerja. Jadinya mahu lunch di mana? Dah 2minggu rasanya nak makan masak lemak tempoyak kat kedai Aunty Aini’s, makanya hari ini pergilah. Angkut sama Team LW. Sekali jalan sudah.


Menunggu makanan sampai. Sedikit lambat tetapi sanggup tunggu juga. Sambil tu makan lah kuih muihnya.  Onde - onde dan lepat pisang. Sedap dan terasalah



Kedai makan di dalam taman katanya. Saya suka dikelilingi oleh pokok pokok dan nature. Berangan kalau rumah sendiri sebegini tenang jiwa. Tapinya saya membeli pokok pokok rajinlah, bab nak membelainya gagal. Hanya Pak Encik yang rajin bab maintenance pokok pokok. Makanya kita tengok laman orang sudahlah



Masak lemak kepala ikan jenahak
Masak sambal petai kupang
Ulam dan sambal belacan
Kailan ikan masin
Kerabu pucuk paku + kerang tetapi tiada dalam gambar sebab lambat sampai
Dan nasi putih

Makan bertambah tambah nasi nya. Haha tak taulah sebab portion nasi yang sikit atau memang dah sedap kan.

Sedap pada selera kami lah. Tetapi biasanya jika Pak Encik sanggup nak datang berkali kali, makanya itu sedap dan kena selera beliau lah. Kalau tak payah juga dia nak drive ke sini. Biasalah sebab saya malas nak drive, kenalah harapkan beliau hahhaha. Shah Alam ke Nilai.. jauh juga sebenarnya, tetapi bab makan sanggup tu.

Akan datang lagi ke sini? Sudah tentu.



Ini detail yang saya ambil kat internet. Just sharing dan google lah tempatnya if nak pergi juga. Dia ada makanan lain juga, tetapi lupa nak snap gambar menu nya. 



Sharing is caring

LiyaNurli Salleh
7.50pm

Tuesday 5 December 2017

POV: MLM?

Bila saya ditanya tentang MLM

mula mula baca eh! MALAM  apa pula ni.. cer tulis dengan perkataan yang penuh

( yaa saya memang old school.. dan saya akan tegur directly kalau ada yang mesej saya word yang shortcut sesangat sehingga saya pun salah faham 🤣🤣🤣 ) 

Rupanya MLM = Multilevel Marketing

Hehehe tanya orang yang berjaya jatuh terlungkup tertusuk dalam ke lohong hitam buat MLM.. Masa buat MLM ini lah bercakap mendongak langit.. tetapi kat sini saya banyak belajar.. banyak sangat.. dan kat sinilah saya tahu saya boleh bercakap dan betapa terserlahnya sifat introvert saya. Cuma yang bestnya bila orang dah kenal kita, orang akan cari kita.. jadinya tetap introvert.. bila orang yang datang tegur kita, pandailah nak bercakap. 

Dan again dari awal mindset wajib dibetulkan dari awal. Apa jenis bisnes sekalipun, bila ada ja terma goyang kaki dapat duit, sila lari mencicit jauh jauh.. bisnes apa yang mudah cik? Itu dia hanya mahu closing duit hangpa sahaja.. kerana apa bisnes pun hangpa kena ada tindakan dan usaha

MLM itu tak salah. Dan jika satu masa nanti saya perlu berubah arah, saya akan pilih MLM juga. Yang salah adalah attitude orang yang membawanya. Saya sedar saya jatuh dulu sebab teruja sangat dan lupa diri dengan income yang banyak kosong tu. Dan masa itu diajar untuk belanja, untuk menunjukkan kemewahan untuk tunjuk hang ada ada aje... 

(bukan saya nak menyalahkan leader masa itu.. cumanya saya nak bagitahu dengan siapa kita berkawan, bagaimana kawan sebelah kita bagi nasihat bagi cadangan sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi kita juga )

Masa tu umur baru 21tahun awak.. pegang duit 5 angka.. dan masa saya umur tu tak banyak terdedah info kewangan seperti sekarang. Lagi bijak hutang tak bayar kononnya next next pendapatan boleh lah bayar hutang 😆😆😆

Cuma tengok dan perhati, produk dan company depa.. produk bagus, company pun dah establish. Yang duk ulang cakap orang atas makin kaya orang bawah terkulat kulat itu, cuba tengok balik dan kaji balik pro n cons nya. Banyak yang kita akan dapat belajar sebenarnya.

Setakat ini sahaja kerana apapun bisnes selagi buat dijalan yang betul yang memberi manfaat kepada manusia lain buatlah. 

Mana ada bisnes yang hari ini buat, esok terus kaya raya? Sudah sudahlah terpedaya dengan ayat scammer yang nak menyedapkan hati sanubari kita. 

🚚🚚🚚 buat apapun, konsisten jujur amanah tahan kuat tabah gigih wajib ada.. 

#journeyLS


LiyaNurli Salleh

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...