Sunday 2 December 2018

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu

Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah rakyat jelata kita ke Tesco Shah Alam for lunch.

Siapa yang paling seronok bila dapat berjalan? Amni 

Anak anak, sesederhana itu sahaja pun mereka sudah bergembira.. betapa bahagianya seorang kanak kanak kan.. takperlu yang besar besar pun sebenarnya... peringatan untuk mak juga ni



Gambar ambil asal dapat.. 



3layer tea, nasi setiap orang, rojak buah 



Gambar lain posisi supaya nampak Adam dan Azri.. Ayra di dalam stroller



Habis makan, kerana tujuan utama hanya mahu datang makan, habis makan balik rumah. Dah namanya budak budak kan! 

Amni: ma! boleh lah kitaorang main sekejap kat atas.. tak boleh, lepas makan kita balik, ingat tadi.. jawab emak



Di pintu keluar dari Tesco, ada mainan itu.. makanya mainlah anak anak. Masukkan duit rm1 dan bergeraklah kereta tersebut. Asalkan seronok layankan ajelah




Anak anak... hanya sebegitu pun dah seronok. 

Terima kasih Angah dan Ika yang melayani A4.. 

Cerita makan dan jalan jalan untuk kanak kanak.. Bila musim cuti sekolah ini, tak kira masa pun ramai orangnya. Jadinya kita kurangkan sekejap untuk jalan jalan.. 



Kadang walau hanya sesimple sebegini pun dah menyegarkan angin dalaman badan hahhaa


LiyaNurli Salleh
December 2018

Tuesday 27 November 2018

Pullman Putrajaya Lakeside, 2018

25 - 26 November 2018
Ahad Isnin


Pagi Ahad, hari ni kita nak ke mana? Pergi MAHA nak? Hmm panas dan ramai orang adalah tidak sesuai untuk anak anak.. ataupun mak pak tak berapa rajin untuk handle anak anak dalam keramaian orang..

Nak mandi sungai, risau pula musim hujan ini.. akhirnya buka booking.com menengok harga hotel yang ada swimming pool yang anak anak boleh berendam. Bila ada anak, mereka dulu lah yang diutamakan. Hmm ke Putrajaya juga.. tak dapat pergi MAHA 2018, kita pergi tempat berjiran dengannya.

Sebab dah last minit booking, makanya berkejaran jugalah packing. Bila anak 4 seperti banyak lah yang perlu difikirkan.. bila tengok harga mampu dibayar, kita proceed ajalah dan jalan

Jam 3.30petang sampai di hotel, check in terus depa menuju ke swimming pool.

Kat Pullman Putrajaya Lakeside, ada 2 swimming pool.. yang kat bawah wajib pakai swimming suit, yang kat level 2 boleh lah pakai pakaian biasa.. haha boleh share sebabnya masa anak anak mandi kat pool level PL, lifeguard depa datang cakap kat mak tak boleh masuk pool tanpa swimming suit... ooh tidak.. saya tak mandi.. hanya anak anak jaa..

Selepas itu kami naik ke Level 2, mula mula hanya melihat depa berendam.. akhirnya mak pun terjun sama



Bilik kami di Bangunan Rafflesia bilik no 3221 dan 3220 , connecting room bila rakyat jelata ramai dah kan




View dari bilik dan ambil gambar asal dapat ja sambil berkejaran dengan anak anak



View yang cantik hanya simpan sebagai kenangan.. malam pun view nya cantik juga.. tapi bila malam dengan anak kecil, saya hanya kat bilik sahaja.. anak anak dan dayang dayang keluar sekali lagi ke swimming pool dan jalan jalan




Bilik mak pak, depa rasmi.. asalkan bahagia nakk



Di pool Level PL, cantik scenery nya.. wajib bergambar hahhaa



Ini pool di level PL kanak kanak 




Orang yang bahagia




Terima kasih Angah, KAwan Angah, wani dan Aunty Ika yang tolong melayan A4



Mak Pak dan Ayra yang awalnya takmo mandi



Pullman punya tagline.. tak sempat nak meneroka kesemua tempat.. anak anak excited nak swimming jaa



Penghujungnya.. mak pun terjun sama.. dan lengkaplah gambar 2 + 4 orang.. for November 2018



Hari ke 2

Bangun pagi pagi, terus pergi sarapan. Anak anak tak ada selera nak makan.. hmm paksa juga makan sebelum ke kolam lagi..

Itu ajelah gambar hari ke 2... dan tiada gambar beramai ramai dengan Ika, Angah, Wani dan A’s Family.. boleh lah asalkan ada kan..




Again gambar satu keluarga yang mak tak masuk kolam dah.. begitu pun boleh asalkan bahagia..



Jam 11pagi checkout dan pulang kembali ke rumah meneruskan rutin hidup seperti biasa..




Berjalan untuk lebih mencintai

LiyaNurli Salleh
November 2018

Wednesday 21 November 2018

Sky Avenue, Genting Highlands 2018

18 November 2018, Ahad


Hari Ahad, hari anak anak cuti. Cuti sekolah, cuti pengasuh dan cuti hujung minggu.

Bila cuti, duduk di rumah diam diam adalah pilihan terakhir. Jika tidak awal pagi, lewat petang mesti depa akan berbunyi mengajak jalan. Mak pun sama sebenarnya 😂😂😂

Bangun pagi, dah lewat dan tak tahu nak pergi mana. Nak tempat sejuk.. makanya tempat paling dekat, Genting Highlands lagi lah 😅.

Sebelum ke Genting, singgah dulu ke rumah Hutan, bonda Rozita Ibrahim, dan Abah A4 pergi memancing. Nanti kita update jika rajin. 

Habis depa memancing, terus naik Genting, kali ini lebih spesifik nak ke Sky Avenue. 

Tak naik cable car, cukuplah pengalaman dulu dulu



Di dalam Sky Avenue, menarik!



Apa yang menarik untuk diambil gambar



Selagi ada ruang masa, mama dengan muka tak malu akan cakap: jomm ambil gambar semua..

ini hanya tinggal kenangan, dan semoga hanya yang baik baik sahaja diingatan 



Makan di dalam kesejukan sambil menggigi gigil. Makan kat Nene Chicken.. diluar open air pula tu



Terima kasih Auntie Ika sama sama jaga A4. Ambil gambar kami semua juga. Dan kenangan jalan sama sama juga ni..

Ooh gambat view genting tiada.. kerana masa itu sedang asyik membaca buku.


Terima kasih Abah A4 yang mendrive kami ke puncak.. 

Genting Highland, tempat yang akan sentiasa dituju.. 


18 November 2018
Ahad



LiyaNurli Salleh
Berjalan menemui makna

Tuesday 20 November 2018

Midhills, Genting Higlands 2018

28 October 2018, Ahad

Unplanned trip sebenarnya. Pagi ke Jerantut, follow event Abah A4, dalam perjalanan balik, Amni duk ulang nak tidur hotel. Jika ada, adalah.. jika tiada lain kali

Buka booking.com, mampu bayar makanya kita teruskan cuti pendek

Booking apartment, lupa Genting sejuk, macam mana anak anak nak swimming?

Namanya budak budak, bukannya depa hairan dengan sejuk.. terjun juga ke swimming pool



Masa sampai, tunggu owner turun bagi kunci



Bilik malam itu untuk 7 orang



Dah petang, dan makin sejuk.. terjun jaa depa



Amni, orang paling gembira walau banyak hal



Pagi mahu balik sudah.. Amni mana? merajuk 😏



Terima kasih Angah bantu kami jaga A4... bolehlah depa berubah tempat tidur. 
Tapinya next time kita duduk hotel je lah senang nak order makan. 



Terima kasih untuk semuanya



LiyaNurli Salleh

Tuesday 18 September 2018

Ke KLCC untuk makan September 2018

17 September 2018, Isnin


Semalam, bila recall eh haritu bila kita datang makan kat sini? Tahun lepas kan? Dan masing masing entah lupa dah.. tahun lepas ke tahun ini?

Jadinya kita tulislah kat blog ini.. selepas ini bila tanya dan tertanya tanya, eh jap saya search kat blog.. 

Just for memory dan selagi hayat ada.. whatever thinking yang hadir, itu mereka.. sampai bila nak feed orang je kan? Kita bahagia dengan cara kita, dia bahagia dengan cara dia.. dan kita tak boleh pukul rata semua sama sahaja.. rezeki ketetapan ajal maut Allah dah tentukan untuk setiap orang kan?

2017, datang KLCC semata mata ke foodcourt Signatures untuk makan je.. masa tu ada azri dan sedang pregnant Ayra

2018, datang KLCC untuk makan juga dan Ayra dah ada dan mak tak pregnant again yaa hahhaha

Simple food ja pun yang nak dimakan, sebenarnya mungkin kerana memory sebelum sebelum ini.. dengan my sister dan apabila married dengan family sendiri lah pula

Tahun berganti dan tak dijangka ahli keluarga akan bertambah


Makan kat foodcourt berdepan dengan sushi king.. bukan makan sushi.. masing masing dengan pilihan masing masing

Team member: Mak Pak Adam Amni Azri Ayra dan Angah Ain tiada dalam gambar



ini yang teringat ingat walau kat mana mana pun ada.. dan another food yang tak sempat nak diambil gambar.. bila rakyat makin bertambah.. apa yang sempat aje lah



Nampak Amni dan Azri? tiba tiba depa hilang.. cuak kami.. lepastu kena marah.. huhu dan kami terpaksa pulang hahahha

2018
Adam 8yo
Amni 7yo
Azri 2yo in Dec 18
Ayra 7months old


Have a good memory everyone!!


Mak A4 

LiyaNurli Salleh



Tuesday 31 July 2018

Tengok Movie: Pulang

31/7/2018, Selasa

Tengok cerita PULANG

Pergilah tengok siapa yang free. Dan saya tengok cerita melayu dan ia best. Bukan seperti drama biasa.

Pulang mengajar sesuatu kepada saya
Memberi makna kepada saya

Sehebat manapun kita berusaha, jika takdir Allah telah tertulis sebegitu, redhalah

Walau mungkin hati kita membuak rasa, fikiran penuh dengan persoalan, mengapa begitu? kenapa begitu? patutnya begitu

PULANG ia memberi banyak makna
PULANG dan ia menyebabkan saya rasa sedih, sedar risau dan lebih kesedaran

Semua yang berlaku ada hikmahnya

PULANG membawa seribu makna..

Cakap biar terang
Cakap biar jelas

Jika hanya memendam, bagaimana manusia lain mahu memahami

Dan apa yang dipandang dengan mata kasar, belum tentu betul dengan apa yang kita sangka kan

PULANG! pergilah tengok 👍👍👍👍👍



Ini movie pertama ke ke 2 tengok tahun 2018.. Hanya bila perlu sahaja ke cinema





VVVIP satu hall kami ja yang ada 😅




Rindu laut.. Cantik Pemandangannya.. tak pandai nak ulas dari segi cinematograpy nya.. tapinya best dengan jalan cerita dan segalanya tentang movie ini.. sila tengok best!

Nak tengok kali ke 2? Nak!!! nak tengok pantai dan laut yang best itu..


Sekian
Yang masih dibawa rasa tentang Pulang


Liyanurli Salleh
3.55PM
31 July 2018, Selasa

Thursday 14 June 2018

Tenggelam Timbul

Ramadhan terakhir 2018, semoga dipanjangkan umur bertemu Ramadhan akan datang


Ia akan berlalu pergi.. dan hadir lagi nanti.. hidup pun begitulah, kadang baik baik saja, kadang seperti roller coaster

Sama juga dengan hidup sesama manusia, hargai dengan sebaiknya semasa ada, nanti bila dah tiada terkenang kenang pula. Sakit yang paling tersakiti bilamana rindu kepada yang telah tiada.. nak dipegang tidak boleh, nak dirasa sudah tiada.. hanya merasai mengenang segala layar dan kenangan yang masih ada diingatan.. pergi yang sudah tidak kembali lagi. Berpisah dari dunia nyata

Yang berjauhan, sekurang kurangnya masih ada harapan akan bertemu lagi.. jika dipanjangkan umur.. jika tiada? entah adakah penyesalan atau hanya kenangan yang baik baik sahaja diingati.. Rindu kepada yang masih ada dan mungkin hidup kerana adanya harapan

Hargailah orang yang ada di depan mata kita, saat ini.. jika mahu sayang, sayang aja
mahu cium? cium aja
mahu peluk? peluk aja
kerana kita tidak tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita.. atau adakah kita dahulu yang akan pergi terlebih dahulu..

Zaman sekarang, dengan telefon canggih, rajin rajinlah memgambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Hanya dari sekeping gambar, banyak momen berbicara.. banyak kenangan yang tersimpan dan mungkin satu masa nanti berguna untuk ditunjuk kepada pewaris akan datang

Ini atuk
Ini nenek
Ini acu
Ini maknik
Ini paksu
Ini pakngah
Ini ayahchik
Ini atok we
Ini tok abah dan seterusnya... dengan gambar semuanya boleh dikenang kembali

Jika mahu diingat kembali hanya dari fikiran, mungkin agak payah dan sekali pakej pelupa ini.. hmmm

Saya? walau ada bunyi bunyi asyik ambil gambar jaa.. saya hanya senyum.. kerana saya tidak mahu lupa dengan segala kenangan indah yang berlaku saat ini.. untuk dijadikan penguat di masa akan datang

Insyaallah a good memory, segala kenangan indah, segala momen gembira penuh kasih sayang, penuh penyatuan mampu untuk melenyapkan segala rasa benci, rasa dendam rasa sakit hanya dengan kasih sayang dan cinta. Semoga segala kenangan indah bisa menjadi pengikat kasih sayang seluruh umat manusia..

Jom loading momen indah ke tahap infiniti penuh cinta kasih


Salam kasih sayang.. semoga yang sedang derita merasai sedikit getaran cinta kasih dari kami


Bila mahu menulis.. semoga terus rajin bercerita



Lots of love

Liyanurli Salleh
14 Jun 2018


Tuesday 8 May 2018

Selamat Mengundi PRU 14

Siapa yang balik kampung untuk mengundi? Selamat balik kampung dan berhati hati semasa memandu

Kepada yang memandu jauh, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan tiptop. 

Ini tips saya kongsi dari Team LAAWRI WORKSHOP




LAAWRI WORKSHOP standby 24jam untuk breakdown servis. Jika nampak lori rosak, boleh minta depa call hotline 012-4038335 untuk bantuan lanjut.

Semasa memandu, jika mahu berhenti ataupun mahu masuk ke kanan atau kiri jalan, sila bagi petunjuk signal supaya kenderaan dari depan atau belakang tahu ke mana kita mahu pergi. Mungkin dengan tindakan kecil kita ini boleh menyelamatkan banyak nyawa. 

Selamat pulang ke tempat mengundi masing masing. Have a safe journey.



🚚🚚🚚 LAAWRI WORKSHOP adalah bengkel
lori yang terletak di Shah Alam, Selangor. Boleh refer website www.laawriworkshop.com.my





Jom balik mengundi!

LiyaNurli Salleh




Monday 7 May 2018

Pilihan Raya ke 14, PRU 14

Salam

Setelah lama menghilang, tetiba tajuk kemain Pilihanraya ke 14

Tahun 2018, melalui PRU ke 14, kali ini sedikit sedar berada di musim pilihan raya. Bukan mahu menulis atau berkempen tentang sila undi siapa. Sebagai rakyat Malaysia, hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih pucuk pimpinan untuk terus membangunkan negara dan yang paling penting menjaga kebajikan rakyat jelata. Sebagai pemimpin, siapa yang patut berkorban terlebih dahulu sebenarnya?

Ceritanya, mama sudah bising supaya semua balik mengundi. Tunaikan kewajipan kepada agama bangsa dan negara.
Mama yang terlebih risau dan mama yang terlebih fikir bila kelihatan seperti anak anak taknak balik mengundi.

Sejujurnya saya berusaha balik untuk menggembirakan hati mama, dan seterusnya untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Bak kata mama: nak menjawab nanti bila ditanya kenapa tak mengundi? Dan bila mengundi pun ditanya juga.. kenapa undi si polan sipolan itu? apa justifikasinya? banyak persoalannya kan. 

Apapun yang dipilih, janganlah kerana berbeza sokongan, jadi bergaduh pula. 

Sama samalah kita meraikan apa pilihan setiap manusia itu.. Usah bergaduh kerana parti. 

Meriah dan juga menjadi sumber rezeki bertambah tambah kepada yang terlibat. 

Selamat berjuang kepada yang menjadi calon.

Selamat berjuang kepada pengundi pengundi yang bijaksana.

Semoga yang menang, terus mendahulukan kebajikan rakyat dan bukannya hanya mengenyangkan perut sendiri terlebih dahulu.




Rezeki orang bisnes printing. Car Sticker Magnet dari Jom Printing. Ambil kesempatan menjual lah kan?




Sokong siapa? Ada lagi satu sticker Keadilan yang belum siap. Seperti lalang pula kan? semua sticker ada ditampalnya. Kami nak jual sticker magnet sebenarnya. 

Bila dah habis musim pilihanraya ni, boleh buat sticker lain pula. Nak buat sticker logo sendiri pun boleh. Jadinya bila tampal di kereta, boleh buka dengan mudah tanpa risau kesan sticker melekat.



😎😎😎 Semoga terus rajin menulis di blog ini


Salam kasih sayang

Liyanurli Salleh
1609pm, Isnin




#liyanurlisalleh
#pru14

Thursday 1 February 2018

1 February 2018, 6tahun berlalu

Hari ini rasa mahu menulis
Melalui fasa sekarang
Dan nikmat nikmat yang telah Dia berikan
Mahu meminta apa lagi

Tetapi sebagai hamba
Tetap tidak pernah puas
Mahu lebih baik dan baik dan baik

dan hati berkata bukan hanya semata mata kerana diri ini
tetapi kerana yang lain juga
Entah aku pasti ia bukan semata mata kerana aku

Semoga terus diberikan rezeki yang melimpah ruah
Yang berkat
Yang bermakna untuk semua
Yang berguna untuk setiap yang bersamaku
Kerana aku mahu mereka bergembira
dan sangat mencintaimMu ya Tuhan

Terima kasih untuk segalanya
Terima kasih untuk yang telah lepas
Terima kasih untuk yang sekarang
Terima kasih untuk yang akan datang
Terima kasih untuk semuanya

Terima kasih Ya Allah

syukur dan syukur hanya itu yang hanya mampu dilafazkan



LiyaNurli Salleh
1 Februari 2018
2140pm

Friday 26 January 2018

Jalan-Jalan: The Pines Hotel, Melaka 13 - 14 January 2018

Melaka
13,14 January 2018

First trip jalan jalan di tahun 2018. 

Lamanya baru nak tulis di sini. Inipun sebab nak padam gambar 



Gambar asal boleh



Sebelum check in, berhenti makan asam pedas kat OPegoh. Orang paling happy berjalan itu budak kecil



Check in di malam hari



Pagi buffet breakfast, Adam dan Amni yang dah tak selera nak makan, sebab nak mandi swimming pool


 
Budak mudah ke mana mana ni, makan makanan orang tua ja dia nak



Time for swimming, dan airnya sangat sejuk membeku.. makanya tak tahan depa swim sekejap ja dan main 



Terima kasih dayang dayang meneman



Penat swimming dah hahaha



Sambung tidur lepas swimming



Masa untuk pulang sudah

Itulah aktiviti ke Melaka
Bermalam kat hotel, jam 2petang keluar lepastu pergi cari makan





Akhirnya dapatlah juga merasa kuih keria antarabangsa. Terima kasih Cik yang tolong beratur panjang untuk dapatkan keria ini. Boleh lah hahaha. Dan list goes on makanan lain yang tak sempat nak ambil gambar duk berkuntau dengan anak anak. 

Nak datang melaka lagi? Sudah tentu walau kadang tak tahu nak tuju ke mana. Pastinya tetap akan datang lagi..

Next trip? 

Semoga terus direzekikan untuk terus berjalan jauh sedar diri



LiyaNurli Salleh

Thursday 11 January 2018

The Greatest Showman : 10/1/2018

Semalam, Rabu 10.1.18

Pergi tengok wayang. Sendirian sorang sorang pergi tengok wayang. Terima kasih ada yang nak jaga Azri. Adam Amni sekolah dan mama pergi lah sendirian berhad.

Depa beria, pergilah tengok, jangan risau kami jaga Azri. Hoho terima kasih daun keladi, nanti jaga lagi yaa. Nikmat tuhan yang tak dapat dinafikan lagi. Dikurniakan orang terdekat yang saling membantu. 

Jam 2.30petang pergi One City. lewat 15minit tetapi masih boleh follow lagi ceritanya. Dan menangis sendirian. 

Disaat semua orang tak boleh menerima diri kita, yang penting kita yang terima diri kita first
Disaat segalanya lebur, itulah hakikat yang sebenarnya

Mata terbuka belum tentu sedar
Mata tertutup belum tentu buta

Dan kita memang terlalu asyik dengan mimpi yang disangka realiti, dan realiti adalah mimpi.. hanya bila segalanya lebur hancur kosong.. masa itulah mana yang benar 

Dan bila mana orang mengatakan benar, belum tentu ia benar
Dan bila orang mengatakan itu salah, belum tentu ia salah

Dan terpulang kepada kita sendiri mahu mencorak hidup bagaimana
Bagaimana mahu pilih hidup dalam perancangan atau hidup bebas tanpa judgement 

Bebaskanlah diri dari penjara diri sendiri 



Mahu jadi apa?
Jadilah apa sahaja, pakailah segala topeng yang mahu dipakai.. kerana dipengakhirannya hanya kita yang bertanggungjawab kepada diri sendiri..

Pergilah tengok dan belajarlah. Semoga mendapat sesuatu



LiyaNurli Salleh
Yang masih lagi mencari makna kehidupan
1.39pm
11.11.2018

Wednesday 10 January 2018

Hidup di landasan sendiri

Usah terlalu membandingkan diri dengan orang lain

Dia lebih itu, aku kurang ini
Patutnya aku begitu begini

Semua dia lebih, itu dia dapat ini dia dapat.. sehingga lupa dengan nikmat yang telah diberi Tuhan kepada kita

Sehingga lupa seberapa banyak sudah Dia beri

Berjalan ditrack sendiri
Fokus kepada perkembangan diri sendiri

Terlalu fokus kepada orang lain, hanya membantut kemajuan diri sendiri

Untuk menjadi hamba bersyukur, sentiasa bersyukur betapa banyaknya nikmat yang telah dinikmati..

Impian tetap ada
Cita cita tetap ada
tetapi usah terlalu larut sehingga memudaratkan diri sendiri

Semua yang berlaku dan bakal berlaku telah ada aturanNya

Rezeki, tepat masanya, tibalah ia

Terima kasih Ya Allah.. untuk semua ingatan yang hadir..

#ingatandirisendiri
#ertihidup


LiyaNurli Salleh

Monday 1 January 2018

1.1.2018 , Selamat Tahun Baru 2018

Gambar passport pada tarikh 1.1.2018, Isnin






Apa azam tahun baru? Honestly as a person im just living moment to moment dan tak suka stress sendiri. looks like seperti orang tiada pegangan. Tetapi itu hanya pandangan manusia kepada manusia lain sahaja. Apa pandangan orang pun, apa pandangan diri sendiri kepada diri sendiri?


As a business person, kenalah bawa diri sebagai orang bisnes dan sudah tentu ada target yang mahu dicapai. Masih lagi berkira kira nak jadi apa. Sama ada mahu terus berubah menjadi diktator atau tetap juga give and take. Just give the chance and lets growth together


Sebagai ibu? just follow the flow walau at this moment rasa mahu jadi mak yang tegas dan diktator juga.. tapi soalnya betul ke anak anak akan jadi “orang” ? atau mungkin sedikit firm dan bagi depa rasa susah banyak. Nampak seperti senang sangat kan, apa yang nak semua mak layan ja.. lepas ni kita main tarik tali je lah.. As a human, moga lebih sayang diri sendiri more than orang lain, walau kononnya pay yourself first, tapi tetap juga nak menggembirakan orang lain dulu. Tahun 2018, jadi lebih firm dengan diri sendiri dan sayang diri sendiri dulu. Cukuplah jadi baik sangat walau sedar kena buli dan orang ambil kesempatan jaa


Walau pelik bunyinya azam ini, its okay.. masa untuk menikmati kedamaian dan hidup diri sendiri. Kelihatan seperti kejam tetapi mungkin masanya telah tiba... Berjalan dengan menikmati setiap kejadian dengan penuh kesedaran.. banyak yang boleh dipelajari dan disedari.. Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang hanya dapat disedari bila hidup dengan penuh kesedaran



Enjoy every moment


Semoga terus berbahagia 



LiyaNurli Salleh

8.17pm

1st day 2018

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...