Thursday 5 October 2017

Journey LS: Kereta Pertama Saya

Ikutkan hati nak simpan sampai ke mati. Tapinya bila tengok ia dah tak digunakan lagi, lebih baik bagi kepada pemilik baru. Supaya ia digunapakai sepenuhnya.


Banyak jasa dia pada kami.

Dipermulaan bisnes, kereta ini lebih dari lori 1tan muatan didalamnya. Siap seketul enjin lori 10tan dibawa olehnya.

Dipermulaan, kereta inilah digunakan kehulu ke hilir untuk urusan bisnes.

Kereta pertama yang dibeli, masa tu atas paksaan ex-boss supaya saya mudah bergerak. Gigih kerja apa sahaja yang beliau suruh buat supaya dapat membayar kereta ini. Sehingga ia habis dibayar.

Dan kereta bersilih ganti. Hari ini dengan rela hatinya saya melepaskannya.


Walau roadtax dan insuransnya mampulah dibayar, tapinya bila tak digunakan sayang juga. Selama ini simpan, supaya menjadi ingatan bagaimana kami bermula.. bagaimana saya berusaha dengan komitmen yang ada.. tetapi itulah berapa lama mahu memegang tetapi tidak digunakan sebaiknya.

Terima kasih atas jasamu.

Hahadoii sedih la pulakk... Ingatan diri sendiri.. apa sahaja pun semuanya hanya pinjaman sahaja, walau kelihatannya ia pasti nama aku. Tak kekal derr.

Kereta ini dibeli pada tahun 2011, dan hari ini 5/10/2017 ia dijual dengan relahati.

🚚🚚 ðŸšš    Inilah yang saya cakap ia bukan berapa besar kereta yang kita bawa untuk closed bisnes, tetapi tentang seberapa kita tahu dan yakin dengan apa yang kita boleh berikan kepada bakal pelanggan kita.

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...