Tuesday 27 November 2018

Pullman Putrajaya Lakeside, 2018

25 - 26 November 2018
Ahad Isnin


Pagi Ahad, hari ni kita nak ke mana? Pergi MAHA nak? Hmm panas dan ramai orang adalah tidak sesuai untuk anak anak.. ataupun mak pak tak berapa rajin untuk handle anak anak dalam keramaian orang..

Nak mandi sungai, risau pula musim hujan ini.. akhirnya buka booking.com menengok harga hotel yang ada swimming pool yang anak anak boleh berendam. Bila ada anak, mereka dulu lah yang diutamakan. Hmm ke Putrajaya juga.. tak dapat pergi MAHA 2018, kita pergi tempat berjiran dengannya.

Sebab dah last minit booking, makanya berkejaran jugalah packing. Bila anak 4 seperti banyak lah yang perlu difikirkan.. bila tengok harga mampu dibayar, kita proceed ajalah dan jalan

Jam 3.30petang sampai di hotel, check in terus depa menuju ke swimming pool.

Kat Pullman Putrajaya Lakeside, ada 2 swimming pool.. yang kat bawah wajib pakai swimming suit, yang kat level 2 boleh lah pakai pakaian biasa.. haha boleh share sebabnya masa anak anak mandi kat pool level PL, lifeguard depa datang cakap kat mak tak boleh masuk pool tanpa swimming suit... ooh tidak.. saya tak mandi.. hanya anak anak jaa..

Selepas itu kami naik ke Level 2, mula mula hanya melihat depa berendam.. akhirnya mak pun terjun sama



Bilik kami di Bangunan Rafflesia bilik no 3221 dan 3220 , connecting room bila rakyat jelata ramai dah kan




View dari bilik dan ambil gambar asal dapat ja sambil berkejaran dengan anak anak



View yang cantik hanya simpan sebagai kenangan.. malam pun view nya cantik juga.. tapi bila malam dengan anak kecil, saya hanya kat bilik sahaja.. anak anak dan dayang dayang keluar sekali lagi ke swimming pool dan jalan jalan




Bilik mak pak, depa rasmi.. asalkan bahagia nakk



Di pool Level PL, cantik scenery nya.. wajib bergambar hahhaa



Ini pool di level PL kanak kanak 




Orang yang bahagia




Terima kasih Angah, KAwan Angah, wani dan Aunty Ika yang tolong melayan A4



Mak Pak dan Ayra yang awalnya takmo mandi



Pullman punya tagline.. tak sempat nak meneroka kesemua tempat.. anak anak excited nak swimming jaa



Penghujungnya.. mak pun terjun sama.. dan lengkaplah gambar 2 + 4 orang.. for November 2018



Hari ke 2

Bangun pagi pagi, terus pergi sarapan. Anak anak tak ada selera nak makan.. hmm paksa juga makan sebelum ke kolam lagi..

Itu ajelah gambar hari ke 2... dan tiada gambar beramai ramai dengan Ika, Angah, Wani dan A’s Family.. boleh lah asalkan ada kan..




Again gambar satu keluarga yang mak tak masuk kolam dah.. begitu pun boleh asalkan bahagia..



Jam 11pagi checkout dan pulang kembali ke rumah meneruskan rutin hidup seperti biasa..




Berjalan untuk lebih mencintai

LiyaNurli Salleh
November 2018

Wednesday 21 November 2018

Sky Avenue, Genting Highlands 2018

18 November 2018, Ahad


Hari Ahad, hari anak anak cuti. Cuti sekolah, cuti pengasuh dan cuti hujung minggu.

Bila cuti, duduk di rumah diam diam adalah pilihan terakhir. Jika tidak awal pagi, lewat petang mesti depa akan berbunyi mengajak jalan. Mak pun sama sebenarnya 😂😂😂

Bangun pagi, dah lewat dan tak tahu nak pergi mana. Nak tempat sejuk.. makanya tempat paling dekat, Genting Highlands lagi lah 😅.

Sebelum ke Genting, singgah dulu ke rumah Hutan, bonda Rozita Ibrahim, dan Abah A4 pergi memancing. Nanti kita update jika rajin. 

Habis depa memancing, terus naik Genting, kali ini lebih spesifik nak ke Sky Avenue. 

Tak naik cable car, cukuplah pengalaman dulu dulu



Di dalam Sky Avenue, menarik!



Apa yang menarik untuk diambil gambar



Selagi ada ruang masa, mama dengan muka tak malu akan cakap: jomm ambil gambar semua..

ini hanya tinggal kenangan, dan semoga hanya yang baik baik sahaja diingatan 



Makan di dalam kesejukan sambil menggigi gigil. Makan kat Nene Chicken.. diluar open air pula tu



Terima kasih Auntie Ika sama sama jaga A4. Ambil gambar kami semua juga. Dan kenangan jalan sama sama juga ni..

Ooh gambat view genting tiada.. kerana masa itu sedang asyik membaca buku.


Terima kasih Abah A4 yang mendrive kami ke puncak.. 

Genting Highland, tempat yang akan sentiasa dituju.. 


18 November 2018
Ahad



LiyaNurli Salleh
Berjalan menemui makna

Tuesday 20 November 2018

Midhills, Genting Higlands 2018

28 October 2018, Ahad

Unplanned trip sebenarnya. Pagi ke Jerantut, follow event Abah A4, dalam perjalanan balik, Amni duk ulang nak tidur hotel. Jika ada, adalah.. jika tiada lain kali

Buka booking.com, mampu bayar makanya kita teruskan cuti pendek

Booking apartment, lupa Genting sejuk, macam mana anak anak nak swimming?

Namanya budak budak, bukannya depa hairan dengan sejuk.. terjun juga ke swimming pool



Masa sampai, tunggu owner turun bagi kunci



Bilik malam itu untuk 7 orang



Dah petang, dan makin sejuk.. terjun jaa depa



Amni, orang paling gembira walau banyak hal



Pagi mahu balik sudah.. Amni mana? merajuk 😏



Terima kasih Angah bantu kami jaga A4... bolehlah depa berubah tempat tidur. 
Tapinya next time kita duduk hotel je lah senang nak order makan. 



Terima kasih untuk semuanya



LiyaNurli Salleh

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...