Thursday 15 June 2017

POV: Betul ke dengan kereta besar mudah closed project?

Tahu kenapa kita berbisnes

Bila orang cakap, bila ada kereta besar, senang nak closed project.
Bila guna kereta kecil, orang nak pandang pun tak pandang langsung sebelah mata.
Cuba bawa BMW ke, turun dari kereta jaa terus orang senyum siap sambut lagi.


Betul ke?

Dulu pertama kali saya dapat projek, hanya ada kereta Wira Aerobak (betul ke ejaan ni?)
Kereta itulah yang enjin lori 3 tan pun kami angkut masuk dalam kereta tu.


Masa saya jumpa Madam untuk minta contract repair time tu, dia tak tanya pun saya guna kereta apa. Cumanya dia tahu saya ada pengalaman dalam urusan dan selok belok lori dan workshop.

Projek ke-2, kami masih lagi dengan kereta Wira. Dan dalam proses membeli pick up masa tu. Dah kesian sangat kat kereta Wira segala benda dah diangkut. Belum juga guna kereta besar dan projek closed, dengan izin Allah, Alhamdulillah.

Sejauh mana kebenaran, guna kereta besar mudah closed projek?

Betulkanlah mindset, orang menerima servis kita sebab apa?
Jika kita betul tak bagus, kena fikir berapa lama pelanggan akan bertahan dengan kita?
Jika servis kita betul, sampaikanlah dengan betul apa yang kita buat.


Orang yang betul-betul berbisnes, dia tidak akan membuat judgement dari apa jenis kereta yang kita guna, tetapi apa yang kita boleh bagi kepada mereka.

Jangan buang duit nak beli kereta besar sebab nak tunjuk kat orang kita orang ada-ada, tapi bulan bulan tersepit sentiasa mahu membayar. Mulalah berbisnes dengan cara yang betul.

Bila niat beli kereta besar dengan niat nak menunjuk kat orang, sampai bila agaknya boleh tahan? Bisnes entah ke mana, kereta entah ke mana nanti.

Dulu, bila orang cakap kami seperti setinggan, senyum jaaa lah. Sakit hati tetapi bergaduh tak menyelesaikan masalah pun... jalan ja lah.. dari setinggan dah bertinggan-tinggan dah. Yakinlah dengan rezekiNya.

Kisah seperti setinggan ni rasanya ada saya share dalam buku Aku Lori Dan LAAWRI WORKSHOP. Bermula dengan apa yang ada.

Nak cerita tentang STARTUP adalah sangat panjang, kena tulis di entry lain.

Cumanya bila ada yang bertanya tentang betul ke dengan menunjuk kita ada kereta besar mudah nak closed bisnes? Saya kurang bersetuju.

Pernah masa buat MLM saya juga diajar sebegitu. Dan resultnya ia tak bertahan lama. Bisnesman yang baik dia akan ajar macam mana cara kita nak generate income lebih baik, lebih banyak dan dari pelbagai sumber.

Bila yang mengajar hanya tahu suruh berbelanja, suruh beli itu ini hanya untuk kelihatan mewah dan bergaya, tak mengajar untuk membina aset, berhati hatilah. Beringat-ingatlah untuk masa depan yang lebih baik.

Ini hanya pandangan dan sedikit pengalaman saya ja.

Jumpa lagi.
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...