Friday 26 May 2017

Kisah Buku 1 : Aku Lori Dan Laawri Workshop

Sebenarnya lama dah berangan nak tulis buku. Tetapi tak tahu nak tulis tentang apa. Kenapa nak tulis buku? Entah.. sebab rasa nak tulis dan seronok rasanya bila ada buku hasil tulisan sendiri.

Sebelum nak menulis buku, banyak yang saya fikir. Nak tulis tentang apa, ada orang nak baca ke? Nak jual kat siapa? Ada orang nak beli ke? Banyak yang difikirkan. Semuanya fikir tentang apa orang kata nanti.

Sehinggalah saya bertemu dengan Pak Agung Webe. Seorang yang sangat cool dan tenang-tenang aja. Mahu tulis? "Tulis ajalah" katanya.

Saya mula ada keberanian untuk fokus menulis bila beliau berkata sebegitu sahaja. Akhirnya saya daftar untuk join Writing Camp Malaysia, menulis sehingga jadi buku dalam masa 3 hari sahaja.


Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baikkan. Tarikh untuk writingcamp itu saya dalam pantang rupanya. Semasa kelas online bermula, saya dalam menunggu hari untuk melahirkan anakanda Azri. Kali ini keinginan untuk menulis buku sangat kuat.

Mahu menulis tentang perjalanan saya membina bisnes LAAWRI WORKSHOP sangat kuat kali ini. Kerana saya semakin lupa bagaimana saya bermula dahulu. Bagaimana penat dan perihnya permulaan dahulu. Bagaimana gigihnya kami berhempas pulas untuk membina sebuah bisnes untuk sentiasa kekal ada sehingga hari ini.


Bila orang tanya bagaimana bermula? Bagaimana boleh terjun ke dunia bisnes ini? Bila lama kelamaan saya makin lupa dan menjawab sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh seperti pada awalnya dahulu. Mungkin kerana bila makin lama saya makin selesa dan perlahan-lahan mahu melupakan segala keperitan yang dilalui pada awalnya, membuatkan saya semakin melupakannya.

Sayang jika dilupakan terus bagaimana kami bermula dahulu. Sayang jika sejarah itu tidak dicatat. Kerana ia merupakan satu kenangan yang sangat indah untuk diingati, ingatan bagaimana gigihnya saya untuk terus berjuang meneruskan kehidupan dan ingatan agar saya terus ingat di mana saya bermula.


Disaat kita tiada apa-apa, tiada fungsi yang tinggi, tiada kedudukan di atas, di saat semua tidak memandang, siapalah saya. Dan semua ini wajib dicatat, untuk ingatan dan pengubat rasa. Pengubat hati. Hidup ini ada kitarannya kan.

Andai satu masa nanti saya berasa lelah, buku ini sebagai ingatan agar saya sedar saya pernah kuat, saya pernah gigih, saya pernah berusaha sedaya mungkin.. Dan jika perlu sekali lagi saya berbuat sebegitu, kenapa mahu rasa susah? Saya pasti akan bangkit kembali dan menjalani hidup ini dengan senyum-senyum aja.

Sampai ketemu lagi tentang kisah saya menulis tentang buku Aku Lori dan LAAWRI WORKSHOP.
Terus Bangkit dan Berjuang!

Liyanurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...