Friday 5 May 2017

Kenali Saya: LiyaNurli Salleh

Hai!
Boleh panggil saya Liya. 

Untuk yang baru nak mengenali saya



Saya gembira untuk berkenalan dengan orang baru, walau saya sebenarnya sangat pemalu. Eh! Saya bukan sombong tau, tetapi saya sangat susah untuk mengenali orang baru... tetapi bila dah kenal, Insyaallah tahanlah telinga mendengar saya yang tak berhenti bercakap.

Untuk saya pergi menegur orang yang baru kenal buat kali pertama, peratusan yang sangat tinggi untuk saya berlalu begitu sahaja... mungkin jika ada orang disebelah, saya akan menolak orang itu ke hadapan untuk bertegur sapa. Tak kenal mungkin nampak seperti sombong.. sebenarnya tak tau... saya pemalu jaa.

Nama pena saya LiyaNurli Salleh.
Nama panggilan saya dari kecil Noli (Nurli).

Bila masuk fasa kerja, saya perkenalkan diri sebagai Liya. 
Kenapa? Sebabnya masa kerja, dengan orang cina, bila saya cakap saya NOLI, depa panggil saya NURI. Dah jadi macam burung Nuri dah. Tiap kali saya perkenalkan nama NOLI, mesti depa akan ulang 'hah? NURI?

Lepas hah? hah? hah? nak senang, okeylah call me Liya.
Ooo ok Liya.

Tapi dengan nama Liya inipun lama juga saya nak beradaptasi dengannya. Rasa macam lembut dan ayu nyaaa nama Liya. Tiapkali memperkenalkan nama, Liya.. saya senyum simpul. Mungkin juga masanya untuk saya menjadi lebih lemah lembut. Sebabnya saya ini ganas orangnya. Masa kecil kecil dulu pernah juga nak jadi lelaki. Tukar nama jadi Mat Ali 😂😂😂.     Kenangan betul kan.

Jadinya orang baru akan kenal saya dengan nama panggilan Liya
Kawan kawan sekolah dan ahli keluarga saya dengan panggilan Noli.

Nama Liya atau Noli tetap ada dalam nama penuh yang diberi oleh Ma dan Abah saya. Nama yang tetap tertulis di surat beranak dan teratur cantik olehNya.

Apapun nama, saya tetap orang yang sama. Orang yang ada jatuh bangunnya. Orang yang tetap akan terus menjalani kehidupannya seadanya.

Semoga blog ini tercipta untuk memberi manfaat untuk semua.
Semoga saya terus konsisten menulis, merekod dan menikmati setiap detik kurniaan dariNya
Semoga saya terus mengerti tentang erti hidup ini.
Tetap kuat dan terus kuat ya!

Jumpa lagi.
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...