Thursday 4 May 2017

Salam Perkenalan

Rasa kekok mahu menulis kembali. 

Tetapi seperti ada satu peringatan agar saya terus menulis. Untuk berkongsi apa yang saya rasa, apa yang pernah saya lalui dan juga mungkin sedikit pandangan kecil saya dari pengalaman pengalaman yang telah dilalui dan juga pelajaran yang telah saya terima.


Saya hanyalah seorang manusia biasa, yang ada turun naik hidupnya. Pernah juga berbuat salah, pernah jatuh terlungkup ke lohong paling dalam gelap gelita, hitam pekat... pernah jatuh tersadung kerana kedegilan sendiri. Pernah tidak nampak jalan cahaya terang, pernah putus asa, pernah hilang harapan. Dan sehingga kini pun saya tetap begitu. Ups and down. Menjalani hidup seadanya.

Blog ini dicipta kembali agar saya dapat melihat kembali perjalanan hidup saya. Untuk saya merekod sebagai ingatan agar saya menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya.

Dikala saya jatuh terduduk, semoga memori yang tersimpan di blog ini dapat mengingatkan saya pernah berjaya, saya pernah bahagia, saya pernah menikmati setiap kegembiraan kurniaan Illahi.

Dan dikala saya sedang berada di puncak kejayaan, di puncak kenikmatan yang tinggi menjulang, semoga blog ini nanti dapat mengingatkan saya supaya sentiasa sedar diri, sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sentiasa ingat di mana saya bermula, asal usul saya dan tetap hidup menjadi diri saya sendiri.

Saya hanya mahu menjadi diri saya sendiri. Saya mahu berkongsi suka duka dengan yang sudi bersama saya. Hidup begitulah. Ada suka dan ada duka. Ada gembira dan ada rasa sedih. Kadang susah, kadang senang. Kadang huru-hara, kadang aman damai. Itulah hidup.

Dalam hidup kita takkan menemui yang gembira sahaja, kerana lama kelamaan kita juga akan merasa boring dengan hal yang sama. Itu kadangnya kita akan diuji untuk seketika. Supaya kita lebih menghargai, lebih menikmati apa sahaja yang dikurniakan kepada kita.

Semoga dengan terbinanya blog ini, ia juga bermanfaat untuk yang membacanya. ( Saya menulis sebegini kerana blog ini adalah public. ) Jadinya konon-kononnya akan ada interaksi dengan yang membaca lah kan? Hehehe

Saya suka berkongsi cerita, saya bersedia untuk menjawab persoalan, cumanya jika saya tahu.. Jika tak tahu, jika boleh saya rekemen kepada yang pakar, saya bagi cadangan untuk yang memerlukan.

Saya suka berangan. Walau orang cakap saya suka cakap besar, its okay. Saya hanya berangan dan saya tak menyakiti sesiapapun. Andai orang rasa kurang selesa dengan saya, its okay. Hidup begitulah.. ada yang suka dan ada yang tak suka.

Kenapa mahu risau? Hiduplah dengan orang yang boleh menerima dirimu seadanya. Hiduplah di atas track sendiri. Sayangilah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyanyangi orang lain. (Bukan maksud saya boleh menyakiti orang lain sesuka hati)

Bertanggungjawablah dengan diri sendiri
Jujurlah dengan diri sendiri.


Terus kuat dan selalu kuat;
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...