Sunday 14 May 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu. Tak kiralah ibu apa sekalipun anda memang hebat kerana berjaya memberi kasih sayang tanpa belas gantinya. Hanya memberi kasih sayang tanpa mengharapkan apapun balasannya.

Ibu yang sanggup berkorban apa saja. Ibu yang sanggup mengetepikan segala keperluannya terlebih dahulu sehinggalah cukup sempurna apa kehendak anak anaknya.

Kisah saya. Saya sebelum ada anak sendiri, saya agak tidak peduli tentang anak anak kecil yang lain mahupun dengan adik beradik sendiri. Dan saya lupa adakah saya pernah menjaga adik adik di bawah. Masih ingat semasa saya di Tingkatan 5, bila mahu mencari gambar dengan anak kecil, even anak saudara pun tiada. Nampak sangat tahap saya tak peduli dengan persekitaran semasa saat itu. 

Dengan anak kecil saya tidak excited sepertimana orang lain. Bila tengok anak kecil, hanya seketika sahaja saya akan usik usik dan agah agahnya lepastu bye bye. Jarang mahu ambil dukung atau bawa bergurau lama lama.

Sehinggalah ada anak sendiri. Dan merasai menjadi ibu. 
Nak kata excited, pastinya gembira ada anak sendiri.. tetapi kadang bila huru hara stress juga 


Setelah saya menjadi ibu, barulah saya memahami apa perasaan Mama saya. Semasa mengandung, Semasa mahu bersalin , semasa membesarkan anak anak, semakin saya menyedari betapa kuatnya Mama. Betapa banyaknya kesakitan yang saya bagi kat Mama.


Masih ingat, saat pertama kali dapat Anak, habis luruh segala kedegilan saya pada Mama. Kalau dulu nak memberontak, nak buat muka, tak puashati tanpa fikir ja apa perasaan Mama. Sekarang cuba bersabar sepenuh hati bila sedar betapa sakitnya Mama nak melahirkan aku.

Bila dah lalui sendiri, barulah tahu sakit perit perih jerihnya kan. Selagi terdaya cuba menggembirakan Mama.. walau masih banyak kurangnya saya. Setakat yang termampu walau sehingga sekarang sering membuat mama risau.

Menjadi ibu banyak yang saya kena mengalah. Menjadi ibu walau kadang kehendak sendiri diketepikan tetap rasa gembira bila melihat anak anak gembira.
Saya bukan ibu yang baik pada pandangan mata manusia lain. Tetapi saya cuba menjadi ibu seadanya untuk anak anak saya. Saya tak mahu men stresskan diri sendiri semata mata untuk memenuhi dan menyedapkan mata yang memandang. Seperti mana saya menerima anak anak saya seadanya, begitulah mereka kena menerima saya seadanya. Mereka gembira sudah cukup bagi saya.

Di mata setiap anak, ibu bapa merekalah yang terbaik. Bandingkanlah dengan seberapa baik pun ibu bapa lain, jadilah ibu yang terbaik hanya untuk anak anak kita. Lain orang lain caranya. Hormati dan raikan bersama sama. Kerana setiap ibu adalah ibu yang terbaik.

Bila rasa diri kurang baik, ingatlah kembali betapa kuatnya ibu ibu menahan kesakitan saat mahu melahirkan, saat mengandung saat berjaga malam saat mengalah untuk anak.

Itulah momen kejayaan dan kehebatan ibu ibu. Ibu sempurna apa adanya.

Happy Mother's Day!
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...