Thursday 18 May 2017

Dari sisi pandang mana, mahu memandang?

Bila masalah hadir, bagaimana mahu bereaksi
Bila segala mala dugaan hadir, apa yang mahu aku buat?


Berhentilah sejenak... tarik nafas dalam-dalam dan rasai nafas yang keluar masuk itu
Akal fikiran akan terus mendesak, berasak asak mahukan jawapan. 


Kenapa aku di duga sebegini?
Apa yang Allah mahu bagi aku sebenarnya?
Apalagi dugaan yang Dia mahu aku tempuhi?

Setiap persoalan, fikiran kita memberontak mahukan jawapan. 
Jawapan sepantas kilat yang bisa memuaskan hati dan perasaan.


Saat ini hanya nampak salah orang
Salah dia
salah dia 
salah orang itu
salah orang ini
Semua yang buruk adalah dia.
Yang nampak hanya buruk aku.


Pernah tanya diri sendiri? Apa buruk aku? Apa yang telah aku buat?

Disaat merasa diri adalah mangsa keadaan, mangsa di atas setiap kejadian, semua ini salah dia, salah si polan A, si polan B dan seterusnya.

Diam sejenak dan bertanya dalam diri... adakah aku yang membenarkan semua ini berlaku pada diri aku.

Adakah aku yang tanpa sedar telah merelakan semua ini terjadi.


Walau segunung sayang sekalipun
Jika itu yang perlu terjadi, maka jadilah ia


Dan manusia tetap akan menyalahkan
tetap juga memburukkan satu sama lain
Disaat nafsu amarah sedang memuncak, yang nampak hanya salah.. salah salah dan salah.


Diamlah untuk seketika
Bertapalah untuk memerhati setiap kejadian
Kerana setiap yang terjadi, ia tidak berlaku sia dia.
Ada pengajaran dan kesedaran yang mahu Dia sampaikan
Kerana peringatan dariNya hadir dalam pelbagai bentuk


Duhai Tuhan, berilah kekuatan pada diri aku dan juga yang membaca ini
Duhai Tuhan, tariklah segala rasa sakit hati, rasa sombong, rasa bongkak, rasa angkuh dari diri ini
Duhai Tuhan, terus berikan kesedaran kepadaku, agar aku terus tersenyum menerima segala kelebihan dan kekurangan yang hadir padaku
Duhai Tuhan, terus berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam susah dan senang
Duhai Tuhan, terus jadikan aku orang yang bersyukur dan berterima kasih


Duhai Tuhan, jadikanlah kami ini orang yang tenang jiwanya.. tetap tersenyum walau apa jua yang mendatang... kerana sesungguhnya beginilah perjalanan hidup menuju ke akhirnya..

Terima kasih Ya Tuhan
Untuk segalanya..


LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...