Wednesday 20 December 2017

Jalan-Jalan: 16 - 20 December 2017, Kelantan Kita


Banyak perkara untuk disyukuri.
Bila kita merasa kekurangan, lihat kembali nikmat nikmat yang telah dirasai, dinikmati dan yang telah diberikan oleh Allah swt. Semua dengan izin Allah kan? Sehenat mana sekalipun manusia merancang, sehebat mana sekalipun kita cuba melindungi, bila Allah kata Kun Fayakun, maka jadilah.. walau kadang kita rasa seperti mangsa, walau kadang kita rasa seperti dilukai, dikhianati oleh manusia, ingatlah semua yang berlaku dengan izinNya.. hanya Dia yang mengizinkan baik dan buruk.. cumanya biasalah sebagai manusia kita hanya mahu yang baik baik sahaja..

Saya berazam di blog ini hanya mahu menulis kenangan yang menggembirakan sahaja.. Apa sahaja yang dilalui, hanya akan tinggal kenangan dan memori sahaja untuk diingati.. untuk menjadikan saya lebih bersyukur dan terus menghapuskan rasa duka dan irihati jika ada.. 

Back to cerita jalan-jalan

Balik ke Kelantan bulan December 2017 ini kali ke 2 sebenarnya. Hinggakan makcik makcik tanya kenapa balik lagi? Hari tu kan dah balik? hahaha kadang depa ni tanya soalan entah apa apa kan

Mama gembiralah anak cucu nak balik, telefon cakap ja nak balik terus dia baliklah. Tanya juga nak balik buat apa? Nak balik cari makan.

5hari di kampung. Puashati kenyang perut dan Adam Amni pun tak banyak komplen. Balik sebelum ini rushing sangat bisinglah depa.

Nasib baik Abah A’s rajin melayan. Tapinya dia pula naik boring bila ajak berjalan saya sudah surrender. Penat sangat, jalan tak berhenti. Dan bila takda helper dah, ingatkan saya dah tak tahan berjalan jauh hanya dengan anak anak. Tetapi bila terpaksa, Allah permudahkan segalanya. 



Ini singgah di Pantai Penarik, Terengganu dalam perjalanan balik ke Shah Alam. AdamB ikut kami jalan jalan ke KL katanya



Gambar dalam perjalanan pulang sudah, sebabnya kat kampung hanya gambar makanan sahaja yang banyak



Jalan juga ke Pengkalan Kubor

Sekian cerita jalan jalan balik kampung cari makan. 

Tahun depan lah pula kita balik ya



LiyaNurli Salleh
20 Dec 2017, Rabu
8.35pm


No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...