Tuesday 12 December 2017

Jalan-Jalan: Genting Highlands November 2017

5 November 2017, Ahad

Unplanned trip sebenarnya ni. Jam 1petang pergi kenduri, on the way tu cakap kat Abah A’s nanti nak pergi Genting Sempah nak beli potato manis tu. Rasa nak makan benda alah tu. Haha bab makanan sanggup hang jalan jauh kan.

Makanya lepas kenduri, terus ja Abah A’s pecut ke Genting Sempah. Kalau cuti panjang dah ke Janda Baik ni hahhaha. Lepas dah membeli, dia tanya nak ke mana lagi? Amboi! pucuk dicita ulam mendatang ni.. alang alang dah dekat, jomlah ke Genting Highland ambil angin sejukkk beku. 

Makanya teruslah beliau drive ke puncak. Kami seronok aja. Orang paling gembira mestilah A’s. Satu dapat berjalan, maknya pun seronok sama hahhaha.

Boleh lah jalan ke Genting Premium Outlet juga. Adam Amni nak naik cable car bila depa nampak benda yang bergayutan kat atas tu. ( nanti tulis entry lain pasal depa naik cable car )

Berhenti di setiap tempat berhenti nak ambil gambar dan nak rasa udara sejuk. Hahhaha. Sekejap sekejap ok lah.. if lama lama tak sanggup juga nak menahan kesejukan tahap menggigil. Dah naik sampai ke puncak, turun ke GPO untuk Adam Amni naik cable car.



Memenuhi undangan kenduri dahulu



Tahniah Ibu As dan Ayah Ajis dapat menantu

Yaa simpanlah gambar saya yang sangat gemuk itu. Eh ini sedang melalui Journey A4 juga ini. 6bulan sudah ni. Takpa gemuk sekarang, nanti kita pulun kurus yaa ( kurus dimulut sahaja hahhaha )




Ke Genting Sempah semata mata nak beli buah berangan dan potato manis. Sedap itu sahaja yang boleh diungkap



Inilah potato manis yang hanya drive thru sahaja



Selepas itu ke puncak genting highlands yang sangat sejuk rasanya pada ketika itu.. Siapa yang paling seronok? Itu sikenit kat atas dukung itu



Nampak berkabus itu.. teringat lah pula kat Kundasang. Tengok tahu  depan ada rezeki boleh pergi ke sana pula. Atau terus ke Korea? Semuanya dengan izinNya kan



Tengok kenit itu.. 



Selepas itu ke GPO

bila sejuk, mudahlah baby Azri tidoq

Cerita tentang GPO dan Adam Amni naik cable car kita tulis di entry lain lah. Dah panjang sangat dah.

Semua bergembira dan penat berjalan seharian. Terima kasih PakEncik rajin drive kerana masuk je kereta balik kami semua lena keletihan dari tengahhari sehingga malam. Abah A’s suka drive, makanya kami tumpang lah kesukaan beliau hahahha.


Nota: 
Azri 11bulan++
Amni 6tahun
Adam 7tahun
Journey A4 6m++



Terima kasih Ya Allah atas rezeki pemberianMu


LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...