Tuesday 5 December 2017

POV: MLM?

Bila saya ditanya tentang MLM

mula mula baca eh! MALAM  apa pula ni.. cer tulis dengan perkataan yang penuh

( yaa saya memang old school.. dan saya akan tegur directly kalau ada yang mesej saya word yang shortcut sesangat sehingga saya pun salah faham 🤣🤣🤣 ) 

Rupanya MLM = Multilevel Marketing

Hehehe tanya orang yang berjaya jatuh terlungkup tertusuk dalam ke lohong hitam buat MLM.. Masa buat MLM ini lah bercakap mendongak langit.. tetapi kat sini saya banyak belajar.. banyak sangat.. dan kat sinilah saya tahu saya boleh bercakap dan betapa terserlahnya sifat introvert saya. Cuma yang bestnya bila orang dah kenal kita, orang akan cari kita.. jadinya tetap introvert.. bila orang yang datang tegur kita, pandailah nak bercakap. 

Dan again dari awal mindset wajib dibetulkan dari awal. Apa jenis bisnes sekalipun, bila ada ja terma goyang kaki dapat duit, sila lari mencicit jauh jauh.. bisnes apa yang mudah cik? Itu dia hanya mahu closing duit hangpa sahaja.. kerana apa bisnes pun hangpa kena ada tindakan dan usaha

MLM itu tak salah. Dan jika satu masa nanti saya perlu berubah arah, saya akan pilih MLM juga. Yang salah adalah attitude orang yang membawanya. Saya sedar saya jatuh dulu sebab teruja sangat dan lupa diri dengan income yang banyak kosong tu. Dan masa itu diajar untuk belanja, untuk menunjukkan kemewahan untuk tunjuk hang ada ada aje... 

(bukan saya nak menyalahkan leader masa itu.. cumanya saya nak bagitahu dengan siapa kita berkawan, bagaimana kawan sebelah kita bagi nasihat bagi cadangan sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi kita juga )

Masa tu umur baru 21tahun awak.. pegang duit 5 angka.. dan masa saya umur tu tak banyak terdedah info kewangan seperti sekarang. Lagi bijak hutang tak bayar kononnya next next pendapatan boleh lah bayar hutang 😆😆😆

Cuma tengok dan perhati, produk dan company depa.. produk bagus, company pun dah establish. Yang duk ulang cakap orang atas makin kaya orang bawah terkulat kulat itu, cuba tengok balik dan kaji balik pro n cons nya. Banyak yang kita akan dapat belajar sebenarnya.

Setakat ini sahaja kerana apapun bisnes selagi buat dijalan yang betul yang memberi manfaat kepada manusia lain buatlah. 

Mana ada bisnes yang hari ini buat, esok terus kaya raya? Sudah sudahlah terpedaya dengan ayat scammer yang nak menyedapkan hati sanubari kita. 

🚚🚚🚚 buat apapun, konsisten jujur amanah tahan kuat tabah gigih wajib ada.. 

#journeyLS


LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...