Friday 8 December 2017

Makan di Mana : Aunty Aini’s , Nilai

8.12.2017
Jumaat

Pagi tadi jam 11pagi pergi ke Nilai, atas urusan kerja. Jadinya mahu lunch di mana? Dah 2minggu rasanya nak makan masak lemak tempoyak kat kedai Aunty Aini’s, makanya hari ini pergilah. Angkut sama Team LW. Sekali jalan sudah.


Menunggu makanan sampai. Sedikit lambat tetapi sanggup tunggu juga. Sambil tu makan lah kuih muihnya.  Onde - onde dan lepat pisang. Sedap dan terasalah



Kedai makan di dalam taman katanya. Saya suka dikelilingi oleh pokok pokok dan nature. Berangan kalau rumah sendiri sebegini tenang jiwa. Tapinya saya membeli pokok pokok rajinlah, bab nak membelainya gagal. Hanya Pak Encik yang rajin bab maintenance pokok pokok. Makanya kita tengok laman orang sudahlah



Masak lemak kepala ikan jenahak
Masak sambal petai kupang
Ulam dan sambal belacan
Kailan ikan masin
Kerabu pucuk paku + kerang tetapi tiada dalam gambar sebab lambat sampai
Dan nasi putih

Makan bertambah tambah nasi nya. Haha tak taulah sebab portion nasi yang sikit atau memang dah sedap kan.

Sedap pada selera kami lah. Tetapi biasanya jika Pak Encik sanggup nak datang berkali kali, makanya itu sedap dan kena selera beliau lah. Kalau tak payah juga dia nak drive ke sini. Biasalah sebab saya malas nak drive, kenalah harapkan beliau hahhaha. Shah Alam ke Nilai.. jauh juga sebenarnya, tetapi bab makan sanggup tu.

Akan datang lagi ke sini? Sudah tentu.



Ini detail yang saya ambil kat internet. Just sharing dan google lah tempatnya if nak pergi juga. Dia ada makanan lain juga, tetapi lupa nak snap gambar menu nya. 



Sharing is caring

LiyaNurli Salleh
7.50pm

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...