Wednesday 13 December 2017

Jalan-Jalan: Adam Amni naik cable car di Genting Highlands

5 November 2017, Ahad

Dah tulis kisah jalan jalan, sekarang fokus kepada Adam Amni naik cable car. Kenangan dan ingatan untuk depa. Jika depa berbunyi: kitaorang tak pernah naik puncable car, haaa mama tunjuk posting ini.. ini bukti korang dah naik cable car.



Mama Abah dan Azri hanya hantar kat Stesen Cable Car sahaja. Terima kasih Auntie Ika dan Kaklong rajin melayan Adam Amni. 



Abah A’s yang nak juga menghantar depa ke tempat beli tiket dan dia tunggu sehingga depa masuk ke dalam. Ikutkan hati mama biar jelah Adam Amni masuk dengan aunty ika dan kaklong. Kan ada orang dewasa tu. 

Mama sebenarnya penat nak jalan jauh jauh. Tapinya dah dia bertegas nak hantar juga, makanya mama seret kaki lah ya. Mama dan Abah dah naik dah dulu cable car ni. Jadinya bagi korang je lah naik. Sebenarnya abah hangpa tu gayat. Serik sudah dia tu hahaha. 

Azri tunggu besar sikitlah ya baru naik hahaha. Baby A4 pun sakan berjalan nih.



Lepas depa dah naik, makanya berlalulah kami dari situ. Ohh depa naik kat Stesen Genting Premium Outlet. Jadinya tunggu depa kembali semula ke GPO, kami duduklah melepak kat starbuck memanaskan badan dengan latte dan makan hahahha. 



Tengok baby boss kemain makan. Senyap terus dan lepas itu berak 



Gambar depa dalam cable car. Itu gambar dari fotografer dan Amni snap semula. Adalah kenangan depa kan



Again gambar depa dalam cable car. Gambar lain tak dapat dikesan. ok lah tu ada kenangan kan. Again thank you to kaklong dan auntie Ika temankan Adam Amni.

Turun dari cable car depa cakap pening. Hahahah. Cerita dalam cable car? Yang bising beria nak naik, terus senyap dan cuak..
Yang pada awalnya tak nak naik, terus cool dan peace yo lagi. Apapun anak anak gembira mama pun gembira juga.

Hanya memori indah yang boleh kita cerita nanti. 




Nota:
November 2017
Adam 7 yo
Amni 6yo
Azri 11m++
BabyA 6m++ in mama tummy



Semoga terus berbahagia

LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...