Wednesday 22 November 2017

Journey A’s : Hari Ihtifal Genius Aulad, Amni 6tahun

12 November 2017, Ahad

Hari ini Amni “konvo” dari Genius Aulad, Putra Height. Kali ni dia pakai jubah, hat dan semua lah sebab 6tahun kan. Amni mula sekolah kat GAPH dari umur 4tahun hinggalah umur 6tahun.

Walau on off pergi school, sebenarnya bukan isu Amni tetapi isu mak abah dia yang kadang terbabas tidur sehinggalah lambat depa nak pergi sekolah. Itu kadang walau lewat macam mana pun, tetap hantar depa ke sekolah.

Tahun 2017 ni, Amni minta nak tidur kat sekolah. Maksud dia sebenarnya nak fullday kat school. Dia seronok ada kawan kawan kot, dan masa tengahhari semua wajib tidur sebelum memulakan kelas petang pula. Layan je lah asalkan Amni gembira. 

Tahun depan 2018, Amni dah masuk darjah 1. Itupun dia dah tak sabar dah tu. Semoga mudah ke sekolah sehingga ke puncak jaya ya Amni. 


Tak jelas gambarnya, mama ambil dari jauh je


Dia yang paling kenit tu 


Buat persembahan, penutup Amni cakap: That’s all from 6 Istanbul... waah bangga mama tau 


Selepas habis event.. seronok dia

liyanurlisalleh
Mama dan Abang Adam support Amni tauu.. Kaklong jaga baby Azri kat rumah, sebab Abah outstation, jadinya tak bawa Azri. Sebab dari jam 1pm sehingga 5.30pm.. risau kan Azri nangis bila lama lama. 

Nasib baik tak bawa Azri. Sebab dalam dewan pun panas, tak terasa sangat aircond. 

Sesuatu untuk diingati: Temanya: Children See, Children Do

Tahniah Amni berjaya menghabiskan fasa preschool. Next Fasa sekolah rendah pula ya. Semoga Amni terus happy dan bahagia sentiasa.

Mama sayang Amni banyak banyak tauu



Lots of love

LiyaNurli Salleh
12.14am
22/11/17, Rabu

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...