Friday 3 November 2017

Berdua dengan Adam Danial

3 November 2017, Jumaat

Hari ini Adam balik sekolah jam 12.30tengahhari. Abah dia pergi ambil dan bawa masuk workshop. Suruh balik dengan mama lah tu. 

Adam, bila dengan mama beranilah dia minta apa yang dia nak. Kali ni ajak pergi Giant, nak repair jam. Bawalah ke Giant walaupun mama mata dah mengantuk sangat ni. Bagu layanan uncle chinese man itu melayan Adam. Kos repair jam Rm5. Dan lupa nak candid gambar Adam dan uncle. Dari semalam lagi sebenarnya Adam minta tolong mamanya pergi repair. Siap letak dalam zipper bag bersama duit Rm10, dan siap dia masukkan dalam handbag mama lagi. Dan mama penat nak ke Giant.. balik rumah marah dan menangis lah Adam sebab jam belum repair. And today settle, tuan punya badan pergi buat sendiri.

Dan tadi dalam kereta, Adam cakap: Thank you mama.. bawa Adam repair jam. Alahaii cair lah pula sweet sangat ni hahahaah. Mak mak begitulah kan bila anak pandai menghargai walau hanya say thank you.

Lepas siap repair jam, makan dan balik rumah. Mama nak balik tidur yaa anak anak. Okeh cerita di kemudian hari. 

Happy moment today dengan Abang Adam yang penuh kasih sayang. 




Budak baik. Kata kata tu doa kan. 7years old


Kadang bagus bila keluar berdua sahaja. Lepasni keluar dengan kakak Amni pula. Jika dia tengok ini nanti adalah ayat ayat cinta yang keluar tu.



Salam kasih sayang
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...