Wednesday 1 November 2017

Bila mahu mencuba, cuba aja

Mencuba untuk update blog dari telefon. Kita cuba jaya ajalah ya. Kadang bila duduk sendirian dan berfikir mahu buat apa, rasa mahu menulis, rasa mahu membuatnya sendiri... tetapi hanya rasa semata mata

Hadir suara halus, senang sangat dah hidup hang ni... hehehe syukur alhamdulillah atas kurniaanNya.. Doakan rezeki kami sentiasa melimpah ruah dan tetap mengalir dengan melimpahnya. Boleh kami sama sama menikmati dengan mereka yang mahu bersama kami.

Saya sedang memikir mahu menambah pendapatan melalui online bisnes. Mungkin melalui blog ini, disamping saya mencatat momen momen indah untuk dikenang. Azam saya mahu mencatat sebanyak mungkin kenangan yang gembira agar hanya yang baik baik sahaja untuk dikenang sehingga mati. Dan bila hadir apa dugaan sekalipun, ia menjadi satu pembangkit semangat untuk mengingatkan... apalah sangat dugaan yang hadir ini jika mahu dibandingkan nikmat yang melimpah telah Allah bagi. Banyak nikmat dan kelazatan dunia yang telah Dia beri.. Masih belum mahu bersyukurkah? Masih mahu membanding-banding kan? Kenapa dia ada itu? Kenapa aku tiada ini? Sehingga bila? Tanpa sedar banyak sudah yang telah kita lalui dengan tawa.. dan kadang airmata susah sempit itu wajib dilalui agar menjadikan aku hamba yang tahu apa itu nikmat dan apa itu syukur. 

Alamak! melalut ke arah lain sudah. Begitulah bila rasa mahu menulis itu hadir. Hanya menulis untuk kepuasan diri sendiri dan again akan dibaca semula apa yang ditulis seperti membebel kepada diri sendiri. Ingatan kepada diri sendiri agar terus berada di bumi yang nyata. Haaa ingat! ini yang kamu tulis kan? Dah pandai tulis, buat! barulah walk the talk namanya.. 

Oh tentang blog ini sebenarnya, saya hanya menulis, tetapi urusan susunatur apa apa kerja teknikal ada penulis upahan yang membuatnya. Sehinggalah beliau sudah tidak mahu mengambil fee nya lagi, kerana katanya saya tidak banyak entry yang ditulis. Baik sungguh beliau kan. Jika mahu ghostwriter @ penulis upahan blog,  boleh emel saya untuk saya perkenalkan kepada beliau. Insyaallah berpuashati dengan servis beliau yang sangat teliti dan ocd! ooppss termengata pula... bagus hasil kerjanya sehingga kadang saya pun tidak terjangkau boleh menjadi seperti beliau. 

Padahal dulu dulu pada tahun 2009, update blog pun sendiri jaa.. Amboi! sangat sekarang ni semua nak senang jaa kan. Cerita tahun 2009 nanti saya tulis semula jika ingat hahahaha. Masa itu gigih update blog untuk jual buku novel terpakai. Lepas tu sekarang boleh pula banyak alasan nak update blog kan? Hmmm itulah manusia yang nak juga diketuk baru sedar diri.. ( ketuk diri saya sendiri yaaa ) 

Ini saja test update dari telefon. Boleh menulis sambil baring starfish kat atas katil. Sambil membetulkan tulang belakang. Dan jujurnya saat ini sangat letih dan penat, tetapi tak boleh lena. Dengan masa yang suntuk, dengan kesihatan kadang ok, kadang kelaut, banyak perkara yang belum selesai sebelum babyA4 keluar. Penat dan letih bersebab sebenarnya.

Entah jika dijudge hanya merungut, its okay... kerana saya hanya mahu menulis di laman sendiri. Mahu membuang segala yang sesak difikiran. Nak kata stress tidak. Nak pergi bercuti lah.. tapi nak ke mana? Yang tidak memenatkan hahahha.. 

Orait... sekian bebelan saat ini.. kan nanti melalut lagi panjang.

Yang gigih membaca atau terbaca posting ini, semoga terus bahagia dan maju jaya.

Salam penuh kasih sayang

LiyaNurli Salleh
9.54malam
1 November 2017, Rabu

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...