Saturday 4 November 2017

Journey A’s: Azri 11bulan today

4 November 2017, Sabtu


Hari ini Azri dah 11bulan. Happy 11mo baby shark! budak baik dan sangat mendengar cakap ni. Hari ni Azri tak berapa sihat. Batuk kadang kadang dan selesema on off. Mungkin proses nak meringankan badan untuk dapat akal baru. Orang cakap budak nak berubah bulan. Tak tau nak percaya ke tak, tapi apapun nak sebab kan. Sebenarnya just enjoy the moment je lah.

Azri 11bulan, laju merangkak, gigi tumbuh 2batang belah atas, gigi kapak besar hahaha, terror memanjat dan terror turun katil dah. Sekarang dia duduk kat rumah dengan kaklong masa mama abah keluar. Kadang rasa kesian dengan Azri sebab masa dia banyak dengan kaklong than mama. Huhu mama looks like pemalas nak jaga anak anak.. mama melayan keletihan dan nak bersendirian.. bukan tak sayang anak.. mestilah sayang oii.. anak kita.. still makesure makan minum mereka cukup, selagi boleh tunaikan apa depa nak makan, mama usahakan.. bab makanan no kompromi.. tetapi bab mainan mengikut keadaan sahaja boleh hahaha. Tak tahulah pengaruh hormon ke apa. Mama dalam #journeyA4 huhu. Azri 11bulan, and mama pregnant again 6months dah ni.. Pregnancy untuk Azri dan babyA4 ini sepertinya memakan tenaga yang lebih dan kesihatan yang huru hara. Bukan merungut dan menyalahkan mereka, tetapi nak share how penat, sakit sakit dan kesihatan yang sangat teruk pada saya. Mungkin sebab dah berumur hahaha. Pedulilah orang cakap manja sangat pun huhu.

Eh melalut dah, back to birthday boy ke 11bulan, semoga Azri terus sihat dan gembira yaa. Apa jadi sekalipun, mama sayang Azri, abang adam, kakak Amni dan adik baby. Kasih sayang mama sama jaa semua untuk anak anak. Selagi daya tetap akan menjaga kamu semua.

11bulan, Azri lebih suka makan makanan orang dewasa berbanding bubur dan biskut baby beliau. Hmm.. suka makan sudah tentu lah sebab dia aktif bergerak kan. Suka jalan jalan, dan waktu dia bangun qiammullail dari baby 1hari sehingga sekarang belum lagi berakhir. Mula jam 2pagi dia akan bangun setiap 1jam sehinggalah jam 6pagi. Dan jam 8pagi dia terus segar bugar. Nanti jam 10pagi baru dia akan tidur lama huhu. Itu kadang mama jadi panda dan huru hara penat tak cukup tidur ditambah dengan sakit badan sendiri. Kadang Azri tidur ja dengan abahnya. masa tu tidur lena lah mama. Tapi mak, lena macam mana sangat kan? tetap berjaga jaga kot abahnya tak sedar Azri nangis nak susu ke apa. Hahahah mak mak betul kan!

Apalagi cerita tentang Azri? nanti kita sambung lain kali bila mama sempat tulis ya wahai anakku sayang.

Again! selamat menikmati umur 11bulan sayangku Azri



Jom kita makan kek ya baby boy


Sebenarnya Abang Adam dan Kakak Amni yang nak makan kek, Azri menumpang tuah ajelah ya. Merasalah Azri makan cheese cake huhu


And pumpkin soup untuk Azri.. yummy lah yaa




Salam kasih sayang

LiyaNurliSalleh
11:09pm

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...