Saturday 11 November 2017

Journey LS: 11.11.2017

11 November 2017

Hari ini termeterai satu kolaborasi baru dengan sahabat bisnes untuk JV in new bisnes venture. Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan selaju aliran sungai yang terus mengalir laju dan tenang

Semoga kerjasama ini terus menambah nilai manusia lain dan untuk kesenangan orang orang terdekat dengan kami di masa sekarang dan hadapan. 

Untuk ber JV dalam bisnes, ia bukan perkara yang mudah kerana memerlukan kepercayaan yang tinggi, transparent di antara kedua dua pihak, ketelusan dan kejujuran.

Saya berjanji dengan diri sendiri, jika ada rasa tak puashati, terus maklumkan dan kita mencari jalan penyelesaian sehingga selesai. Jika mahu bergaduh, bertekak tentang isu bisnes sekalipun, teruskan sehingga puashati dan menemui titik selesai. Dah habis selesai, kita berkawan balik seperti biasa seperti tiada badai dan terus fokus dengan matlamat dan apa mahu kita diawalnya. Alang alang menyeluk pekasam, buat biar sampai kebabom makan tak habis mengalir rezeki melimpah ruah kepada semua yang memerlukannya. Kan seronok untuk kegembiraan semua alam raya.

Alang alang mahu berimpian, bermimpilah terus yang besar besar dan kita berjalan menuju ke arah situ... walau berat langkah sekalipun, kita tetap jalan sehingga berjaya. Semoga JV ini membuahkan hasil lumayan dan mengeratkan lagi silaturrahim kami. 

Aturan yang terbaik dari Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Memberi Maha Pengasih dan Penyanyang. 

Note to myself as a reminder, dalam masa 1tahun, pada tarikh akan datang, di manakah kami..

Terima kasih Ya Allah.. 




LiyaNurli Salleh
11.11.2017
Sabtu
2pm

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...