Monday 23 October 2017

Jalan-Jalan: Cameron Highland, 6-7 September 2017

6/9/2017 - 7/9/2017
Trip kali ini:
Azri 9 bulan
Amni 7 tahun
Adam 8 tahun
#journeyA4 4bulan

Sabtu dan Ahad weekend. Cuti hari Malaysia, bawa A's jalan jalan ke Cameron Highland, Pahang. Sebenarnya mama nya yang nak sangat makan sayur goreng celup tepung yang jual kat pasar malam tu. Makanya sebab tak dapat nak dijangka bagaimana keadaan kesihatan mama, jadinya hanya plan overnight satu malam ja.

Setiap tahun pergi Cameron Highland, cumanya kali ni bermalam di Cortphone, Brinchang. Sebelum ni overnight kat Ipoh, takpun hanya pergi day trip. Dengan keadaan sekarang, tak boleh nak duduk lama dalam satu masa, jadi kenalah overnight. Cari hotel yang ada swimming pool supaya A's dapat main air.

Dan kali ini merasalah tidur menggigil kesejukan di malam hari. Selimut sahaja tidak mencukupi. Dahlah sweater pun tak dibawa. Yang bestnya Azri, bila tutup kipas menangis marah mungkin panas kot. Yang mak paknya kesejukan. Sejuk tahap menggigil, bisa hingga ke tulang. Kalau boleh dan dan tu nak balik dah. Siang takda lah sejuk sangat, malam haa amik kauu.

Pergi pasar malam, lalu ja ladang teh dan A's main snoker etc kat hotel.
Esok pagi breakfast kat hotel ja, A's mandi pool, main snooker dan jam 12 tengahhari check out.

Dalam perjalanan pulang singgah pasar tani, and again beli dan makan masa tu juga sayur celup tepung. Dan yang lain adalah masing-masing membeli. Singgah Healthy Strawberry Farm. Dan pergi Cameron beli sayur lah bawa balik.













Itulah happy moment ke Cameron Highlands. Nak datang lagi ke? mestilah nak!

🍓🍓🍓   Trip kali ini sama sama dengan Laili dan anak anak, Ika, Adib, Mimi, Angah, Along, Azmi and wife dan our family. Semuanya atas perbelanjaan masing masing hahaha.

🍓🍓🍓     Jauh berjalan, lagi sedar diri!


No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...