Tuesday 4 July 2017

Jalan-Jalan: Trip Redang kali ke2, Aktiviti mencandat sotong May 201-

Pertama kali dalam hidup saya melalui pengalaman ini.
Naik bot selama satu jam setengah perjalanan menuju ke tengah laut. Berada di tengah lautan luas teroleng-oleng di atas bot.

Merasai pengalaman yang dilalui oleh para nelayan. Nelayan yang membekalkan sumber seafood yang kita hanya tunjuk di kedai mahu apa.

Pengalaman kali ini menjadikan saya lebih insaf dan lebih sedar diri. Terus cakap lepas ini berapa harga yang diletak untuk ikan sotong dan sewaktu dengannya saya tidak akan komplen apa-apa. Mahal atau murah, bila melalui pengalaman ini, terima kasih wahai para nelayan. Mungkin bagi mereka, alah bisa tegal biasa. Bagi saya... ooh ia sangat memenatkan dan menguji kesabaran yang sangat tinggi.

Menunggu sotong memakan umpan
Melalui mabuk laut
Keadaan bayu laut yang panas dan kadang berangin dan juga berada dalam gelap malam.


Jika dekat, mahu saya mengajak pakcik bot patah balik hantar saya ke daratan. Tetapi tetap menghormati ahli kumpulan yang lain, akhirnya saya tersadai baring dan menunggu hasil dari mereka sahaja.

Sangat seronok bila candatan mengena dan masing-masing akan bersemangat kembali untuk memancing. Bila dah lama tak dapat, mulalah putus asa kembali. Sememangnya saya sangat kagum dengan kesabaran mereka semua.







Jika ditanya mahu pergi lagi?
Nak bila ingat akan kesedapan rasa sotong fresh itu
Bila kegembiraan mendapat hasil pancingan

Taknak bila mengenangkan mabuk lauk
Taknak bila lama menunggu hasil

Jadinya macam nak pergi lagi jaa.

Yang arrange bot dengan nelayan semua tourist guide kami Mr Joe. Hari tu bayar sewa bot RM800 termasuklah semua alatan candat sotong depa sediakan.

Itulah kisah candat sotong.
Sebuah kisah yang menjadi pengalaman terbaik untuk kami dan anak-anak juga.

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...