Monday 10 July 2017

Kisah Buku 3: Buku Aku Lori Dan LAAWRI WORKSHOP




Buku Aku Lori dan LAAWRI WORKSHOP 
Harga Jualan: RM29 + postage RM8

Ada yang tanya, kenapa tak bagi free ja? As a marketing to LAAWRI WORKSHOP. 

Jawapan saya, segala kos dan printing buku ini bukan di atas perbelanjaan syarikat. Ia adalah di bawah tanggungan perbelanjaan personal saya.

Kenapa saya cakap personal? Ya kerana buku ini hanyalah saya bercerita tentang bagaimana saya boleh terjun ke bidang ini. Bagaimana asalnya saya bekerja di workshop lori dan sehinggalah saya membina bisnes dengan bengkel lori.

Mungkin satu masa nanti, LAAWRI WORKSHOP diterajui oleh orang lain pula. Orang yang lebih komited dan berjuang sama dengan BIG WHY saya terjebak dengan workshop lori. Semoga hadir orang yang lebih bijak dan hebat untuk terus mengembangkan bisnes ini dengan telus jujur dan amanah. 

Ia bukan semata mata kerana duit, kerana ia lebih dari itu. Tentang nyawa manusia yang banyak menunggu kepulangan mereka dengan penuh harapan. Keselamatan tonggak keluarga yang wajib kami jaga agar terus dapat melindungi orang yang mereka sayang.

Kenapa buku ini perlu dibayar? Kerana saya tidak mendapat mana-mana sponsor pun untuk menerbitkan buku ini. Saya hanya menulis agar saya tidak lupa satu masa nanti, agar saya mendapat ingatan saya juga pernah membina sebuah bisnes di dalam skala besar dan menerajui satu Team yang hebat. Hanya untuk rekod pencapaian diri sendiri.

Habis tu kenapa jual?

Kerana di dalamnya ada cerita bagaimana saya jatuh tersembam ke lembah yang paling hitam, lembah yang paling dalam... Dan yakin dan percayalah di setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan. 

Cuma sedikit inspirasi dan motivasi jika ada yang terbacanya mampu jadikan penyebab:
Jika dia boleh, aku pun mesti boleh
Dia jatuh seteruk ini, dan bisa bangun, aku pun mesti boleh bangkit juga ni

Cukuplah sekadar itu.

Usah memberi harapan yang tinggi terhadap buku ini... Hanya sembang kosong pada saya yang sangat bermakna untuk saya kenang.
Jika mahu membelinya juga, saya terima dengan gembira. Dan selamat menikmati senyum tawa dan airmata dalam buku ini.

Selamat membaca!

Oh jika mahu membelinya boleh Whatssap 017-478 9335 dan anda akan dibantu untuk tindakan seterusnya.

Boleh juga emel personal saya : 
liyanurli@gmail.com ( Letak tajuk: BUKU )


Lot of love;
Liyanurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...