Friday 7 July 2017

Cerita Tentang Education

Ini hanya pendapat dan pandangan saya sahaja. Jika tidak seiring dengan saya tak mengapa.

Adam sekarang darjah 1
Amni sekarang kat tadika
Azri baru 7bulan
Lagi? eh 😉😉🙃🙃🙃


Bila berada di kalangan mak-mak dan bertanya tentang pelajaran anak, apa achievement anak, saya hanya senyum dan meraikan apa pandangan kerisaun dan kebanggaan mereka. Anak depa dapat straight A.
Anak depa kurang excellent dalam BM.
Anak depa fluent English.
Anak depa belum lancar kira-kira.
Mana kelas tuisyen terbaik untuk mereka?


Dan bila mereka tanya saya, saya senyum.
Kerana baik atau buruk hanya bila kita telah melaluinya.


Tipulah tak bangga jika anak kita bagi best result, bagi semua yang good-good ja. Tapi kita kena faham, dah nama manusia pasti ada turun naiknya.

Pengalaman lalu saya yang sentiasa berada dalam perbandingan.
Dia jadi medical doktor
Dia jadi dentist
Dia kerja kerajaan
Dia engineer
Dia orang minyak
Dia polis, 
Dia pegawai atasan,
Dia setiap bulan bagi mak dia gelang emas 5k
Dia baik beriman beramal beraklak mulia.
Dan sebagai mak-mak mesti bangga bercerita tentang achievment masing masing.


Dan saya? 
Sentiasa di belakang
Masa orang belajar, saya tidur
Jam 4 pagi orang bangun study, saya tidur.
Jam 8 malam orang buat ulangkaji, saya tidur juga.
Balik sekolah, orang sambung buat latihan, saya main.
Bila besar, orang kerja best best... saya kerja tak tentu arah. 
Kerja entah apa apa.


Dan sekarang bila tentang anak anak... apa mahu mereka jalanilah seadanya
Asas hidup
Tahu membaca menulis mengira
Dan ajarlah anak tentang survival hidup.


Mungkin masa kecil ini depa lah juara main
Mungkin bila besar dan sedar diri, depa tahu apa yang perlu mereka lakukan.


Tugas saya masa itu, tunjukkan arah apa mahu mereka buat
Nak sambung belajar ke tahap tertinggi? teruskan
Nak berbisnes? teruskan.

Saya bukan jenis prepared well untuk anak anak.
Kerana mereka ada pilihan mereka nanti.
Seperti mana kita orang dewasa kadang memberontak dengan parents aku nak jadi A, tapi sebab mak nak aku jadi B. aku buat lah. sampai bila?

Cumanya saya tak lepaskan terus
Kadang lepas, kadang tarik kadang maintain

Saya sedar, ramai yang menunggu mahu melihat anak-anak saya jadi apa? Saya senyum kerana mati kita tak tahu bila kan.

Sampai saatnya, adalah rezeki untuk mereka. Di zaman kanak-kanak, bagilah mereka bermain bertindak seperti kanak-kanak seadanya. Jangan nanti bila dah tua perangai masih lagi seperti kanak -kanak yang tak pernah puas bermain di zaman kecilnya.

Apapun seimbang.. itu ja
Peace ✌🏻✌🏻✌🏻✌🏻

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...