Thursday 6 July 2017

Cerita Tentang Bisnes

Dan tentang bisnes, jika difahami dengan sedalamnya, bila makin belajar tentang entiti yang berbeza, sebenarnya antara syarikat dan personal adalah dua hal yang berbeza. Walau katanya kita adalah shareholder, tetapi tetap kena sedar diri masih ada undang-undang yang memisahkan diri kita dari mahu terus mendabik dada "ia milik saya".

Satu entiti bisnes, ia hadir sekali dengan tanggungan dan tanggungjawab yang sangat besar. Yang perlukan komitmen yang bukan sedikit. Semakin kita menjalani dan memahami setiap inci perkara berkaitan undang-undang dan tanggungjawab, ia bukan satu mainan yang jika untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tidak boleh hanya berserah sebegitu sahaja. Ini dalam konteks bisnes yang memerlukan akal fikiran dan perancangan.


Sejujurnya semasa bermula, saya hanya melihat dari sudut saya boleh buat, di mana dan bagaimana mahu menyelesaikan masalah kepada pelanggan ini sahaja. Dan ia dibuat dengan pengetahuan saya yang terhad sahaja. Dan bila makin sedar tentang komitmen, tentang ia bukan lagi tentang saya semata mata, ia tentang team yang berada bersama saya, komitmen itu telah berubah. 

Mungkin pada pandangan manusia lain, saya lambat, slow dan sebagainya. It's okay dengan pandangan setiap manusia. Yang terlebih utama adakah diri kita bertindak selayaknya. Asalkan kita terus berjalan dan buat, langkah demi langkah, teruslah berjalan. Disaat kita berhenti, disitulah mulanya kegagalan. Kerana bila berhenti, sudah tiada apa lagi progress. Titik. Noktah. Mati.

Tetapi jika berjalan, pastinya ada naik turun, ups and downs. Ada tinggi rendah... kadang terpeleok ke lubang paling dalam, kadang terus mendaki ke bukit yang tinggi... masih lagi ada progress.. masih lagi boleh try and adjust. Jika berlaku kesilapan sekalipun, masib boleh diperbetulkan. Saya bukan menggalakkan orang gagal berkali kali... tetapi yang saya mahu sampaikan, it's okay kerana kita masih lagi berjalan, bergerak untuk menemui apakah titik kejayaan untuk diri kita.

Makna sebuah kejayaan adalah menurut definisi kita. Bukan definisi dari orang luar. Bersainglah dengan progress diri kita sendiri. Apakah langkah kemajuan diri yang telah aku buat hari ini untunkaku menjadi lebih baik?

Bila kita tak tercapai nak membandingkan kejayaan dengan orang lain, cukup hanya keep progress dengan diri sendiri. Buatlah carta, buatlah catatan. Kerana sesungguhnya yang mahu hidup, yang terus berjuang adalah diri kita sendiri. Orang luar hanya boleh bercakap, menilai, mengata dan sewaktu dengannya (ini untuk yang suka sebegitulah... tetapi saya masih percaya dan yakin, masih ramai orang orang yang positif dan penuh kasih sayang di luar sana).

Tetap ingatkan diri sendiri, yang mahu hidup aku, jadinya aku yang mesti bangun untuk meneruskan hidup, bukan penilaian orang diluar sana.

Nak cerita tentang bisnes, dah masuk bab lain. Takpa lah ya. Mungkin ini yang mahu disampaikan oleh Sang Jiwa ini.
Terus berjuang! Terus bersemangat... kerana diriMu begitu berharga.

Salam kasih sayang
LiyaNurli Salleh

No comments:

Post a Comment

The Chicken Rice Shop, Tesco Shah Alam 2018

1 December 2018, Sabtu Teringat ingat sedapnya nasi ayam kat The Chicken Rice Shop dan 3layer tea nya yang kena pada tekak. Makanya jomlah r...